Ya! akhirnya aku sudah pun memiliki buku ini..
bukan tak mahu membeli secara online tetapi memang dah perangai aku tak suka bende-bende online.. sekadar lihat sedapkan mata sahaja.. well, atleast buat masa sekarang la.. mungkin seminit kemudian aku berubah fikiran dan terus membeli secara online..
kamera hilang untuk mengambil gambar buku. jadi kredit tu pakcik google.
aku tidak membaca sepenuhnya lagi buku ini.. memang tabiat aku akan semak sehelai-sehelai muka surat sampai habis barulah akan serius membacanya.. err mungkin tabiat ini bukan untuk aku sorang..
ada juga aku membaca review buku ini di internet menyoalkan mengapa buku senipis ini dijual dengan harga rm 30??
sampai di MPH, aku terus mencari buku ini seperti aku sorang dalam kedai buku ni.
tak jumpa. hampa.
pikir nak tanya di kaunter service,
'kak, buku bogel menuju tuhan ada lagi tak?'
ayat itu aku pendam kerana malu pulak untuk aku bertanya atas sebab uniknya tajuk buku ini..
tiba-tiba hatiku terusik untuk ke top-seller,
melihat buku yang tertera,
aku hepi.
memengang buku yang diidamkan di tangan,
aku puas.
secara spontan aku teringat kembali review di atas. dalam fikiran aku agak menyoalkan juga kenapa buku senipis ini dijual dengan harga ini. tetapi aku tidak kisah sebab bagi aku setiap penulisannya ada lagi yang berharga lebih dari harga buku itu.
sedang menyelak buku ini aku terpana di muka surat 54.
lalu tersenyum puas tahap tiga kali ganda.
p/s : mungkin sebab terlampau asyik dengan puisi sejak akhir-akhir ini, so penulisan pun da ala-ala pemuisi yang bajet akan jadi terbit buku sendiri kelak. haha.