Saturday, December 15, 2012

burden burden please fly away


so me dah nak sampai ke penghujung sem.. tapi assigment belum berkurang lagi.. dengan fyp lagi.. semua kene siap by this week which means me have only 2 days to finish them.. huhuhu.. tapi dah 2 hari aku bercuti since aku present khamis lepas.. nak larikan diri sebentar katanya..  =__=.. btw oyo dah boleh jilid buku.. ohh betapa aku jeles nya~~~ dia memang tak pernah ada masalah dengan sv dia.. n as for me? sangat beda dengan situasi beliau.. memula cam takleh terima, kenapa ada sv yang okay boleh ja terima kerja student dan kenapa pula ada sv yang sentiasa saja cari kesalahn student? alaahh manusia, siapa yang perfect? takpelah mungkin rezeki kawan ku di sini.. mungkin rezeki ku di luar sana nanti.. in the meantime just bare with it ye nadia.. next week maybe the most tension week i ever had in my entire student life.. I can't wait for the moment when I jilid my fyp, send to faculty office and release this burden evaaa...



Yes, sorry to say I considers my final year project as a workload. but not to every assignment I had.. Each of these assigns taught me to see in every directions and always think different. and I don't know why, I cant feel this way to my fyp..


Aku akan ikut nasihat Dr. Fadzilah Kamsah.. maafkan orang lain, sentiasa doakan kesejahteraan tenaga pengajar kita sebelum tido..

Thursday, November 22, 2012

sayembara penulisan








terasa macam nak masuk.. novel tu memang idak le dapat ditulisnye.. kalau cerpen mungkin la kot.. tapi dah bila kene hantar sampai 10 cerpen, celah mana pulak aku nak create stories ni.. mungkin kene pergi vacation yang menenangkan sambil menulis.. extravagant kau nyah! tapi kalau tulis puisi pun cambest gak kan.. 30 karya? Gulp! mungkin aku boleh buat puisi tentang makanan.. asik cintan je kan.. haha.. okay itu kemungkinan.. 

terasa nak masuk.. cuma ayat kitak sik madah pujangga.. sik sama lirik malique.. eh sedap pulak kalau dapat campur bahasa sarawak dalam puisi.. =__=  

persetankan semua itu, okay mari selongkar buku puisi then start menulis then mana tau kot-kot ada rezeki menang saguhati pun jadi.. dapat gak income lebih.. hik hik hik.. dengar lagu lama pun boleh buat puisi tau.. jadi ayuh kita dengar 'songkok mereng' seround! 


*pasni boleh la tuka nama jadi N nadia said...











Saturday, November 17, 2012

If you create a status, please act like one




macam pantat
sial doh
babi betul
celaka kau



awat berkerut? kasar? tak elok? macam minah jalang bila cakap mende-mende camni?
kalau yang selalu mencarut tu maybe you can put that title on her. tapi kalau mencarut bila tengah marah ja? oh betul, dari mencarut baik berzikir. maaf. masih sedang perbaiki ke arah tu. so, yang cakap camni berzikir tak time marah? kalau buat.. bagus. be proud of yourself.

but lemme put this way.

kau naik status islamik habis, cakap semua rezeki, bala, dosa, pahala datang dari Allah, tak elok itu, tak elok ini, pompang pompang pasal akhlak baik. dan lagi best siap tulis 'peringatan untuk diri dan semua'. tapi bila tengok depan-depan, kemain gossip kau, kemain bercuit-cuit dengan abang sayang, kemain kau perlekehkan aurat kau. jadi itu lagi sopan dari mencarut?


bila aku mencarut semua cam 'tak sangka dia camni' bila kau peluk abang sayang semua cam 'lagi setujukan'


one said, 'look at what they said not to how they behave' tapi kalau perangai kau cam taik memang aku boleh ambil kata-kata kau jadikan pedoman.








Thursday, November 15, 2012

F.Y.P




buat
asal siap
jilid buku


sumpah aku tanak tengok kau dah.













Wednesday, November 14, 2012

A journey to Balik Kampung






When it comes to balik kampung, everyone will be super excited especially for those who have far village and will have the long journey. well I pointed this to whom balik kampung with car where he or she does not have to do the driving part. haha. Long back then, The balik kampung trip is the best part beside arrived kampung safetly because we can sleep as long as we can and I always feel that sleep in car resemble sleep in cradle. maybe because of the car goyang-goyang bila lalu jalan tar yang dah lama tidak di betulkan. Often me and my bros will argue to grab the windows side seat cause we couldn't resist the coldness from the air cond and eventually my adek will give in and seat at the centre. dah kata adek bongsu kene buli la kan. Then my father bought bigger car which have 6 sits at the back. oh man since then our balik kampung trip couldn't be more exited. Only this time me still seat at the window side while my two bros lie down at the back in turn. like a bos. anak kedua kene buli *sigh*.

Now, when abang bought his own car, he drive his car to our village. so it would be two cars for our family whenever we go to our village. we give a private time for our parents along the trip while we trios sedap mengumpat sana sini in my abang's car. haha. don't say that only girls like to gossip. a part from that, my trip now could't be more valuable when my siblings shared each other stories, shared our thoughts, shared our experiences, our childhood memories, our rise and falls, and I love to hear advices from abang and realized how extraordinary my adek's thinking despite his looks. To think of this, we seldom chat with each other when we were at home. we just crack a joke, and bully each other at home. but it's different in the car, we chat but more to matured chat. well sometimes abang still crack a joke and  gossiping about my mom. haha.. I'm glad that my village is far away and I'm glad we had such memorable conversation.

the conversation made us more aware that we do need each other. we are siblings and we need each other. Some said that siblings are like cats and dogs but they missed the part where siblings connect with the same blood. we might fight like these cats and dogs but we still understand each other whether verbal or non verbal ways. It took us a situation, a right time to realize how lucky we are to have siblings.



and I am looking forward for the next trip to balik kampung.. ^___^









Tuesday, October 16, 2012

Sila jadi pelajar produktif ye nadia





dah jadi pelajar final year ni kan makin tinggi pulak tanggungjawabnye bermaksud assignment kami memang tersangatlah mantap.. memang maha karya punya. fyp semacam tergendala sekejap selepas buat lab last week. ini kerana beri laluan kepada 3 paper minggu ni. dah aim nak gondol habes-habesan untuk dapat A semua subjek. sudahlah kene buat sensory lab pula lepas ni untuk fyp.. yang survey haritu pun tak dianalisis lagi. eh bila dah senaraikan semacam banyak kejenye.. pffttt 2 hari lepas Dr. Rina offer mee sirih kami atau nama sedap nya betelnus vermicelli ke pertandingan inovation food di UITM Melaka nanti.. kami sangat lah teruja! muka tak henti-henti senyum sampai memasing lupa sarat fyp di kepala. over kau jah! kami pun setuju nak masuk sebab ini peluang terakhir nak dapat pengalaman camni.. Alhamdulillah 2 paper sebelum ni dapat jawab dengan confiden. tunggu result ja la camna. harapannya bagusss. lagi satu paper esok malam. kata nak skor tapi sempat lagi update blog. =___=  Khamis ni ada even untuk subjek dan even iu diberi nama pirates night. serius kelas ini sangat membantu saya release stress walaupun bagai nak gila buat satu-persatu event. sudahlah kali ini saya jadi event manager. mau terkentut terkincit nak kejar masalah kitchen sambil maintain part service pulak. belum kira Dr punya suggestion. haha! tapi nasib baik team kami sangat supportive. memang kalau boleh, nak jadikan sem ni sangat bermakna.. sem akhir di ktp la katakan. ok hiba pulak rasanya..



takut nak jumpa supervisor... pengsan la kene hentam ag..






Saturday, October 13, 2012

Frankly speak




kau tegur dulu. setiap malam chatting
kau cakap pasal rahsia kau.
kau cerita problems kau.
kau tuka profil pic sama dengan aku.
kau cerita pasal perempuan kau minat. tapi,
kau mintak aku teman kau study.
kau belikan hadiah.
kau bagi aku harapan
aku dah letakkan deep feeling di situ.




dan aku tak tau kita ni kawan or more than that. kau buat aku terpinga-pinga.


dah tiga tahun beb macam ni..

Wednesday, September 12, 2012

SEM 7 yay!





so far duduk dekat upm ni asik hujan. in fact sekarang ni pun tengah hujan.. sudahlah tengah jemur baju, baru duduk depan lappy tiba-tiba nampak hujan kat tingkap.. berderau lari ke ampaian angkat baju balik.. hewhew.. hari ini hari ketiga for the new sem.. dapat rumate junior first year yang boleh tahan jugak petahnya cuma terkejut sebab semalam dia study kenegaraan.. freshy~~~~~ tapi masih rasa kekok nak sembang-sembang.. what do you expect? baru 3 hari bersama ma.. pepepun rindu nak berumate dengan ari dan rindu nak berjiran dengan oyo.. jahat korang tinggalkan aku dekat aras 2 ni keseorangan.. okay sangat drama sebab za duduk selang 3 bilik ja.. ada jugak plan jahat nak paksa rumate ari duduk dengan rumate aku so that aku boleh sebilik dengan ari.. haha.


masa mula-mula start sem baru memang tak sedia nak belajar pun.. mungkin sebab cuti lama.. rasa nak skip terus ke LI.. wattehek.. tapi ntah kenapa dah masuk 3 kelas so far rasa macam berkobar-kobar nak siapkan semua assigment. sejak hari isnin ke hulu hilir buat fyp yang tak berkesudahan.. tak jumpa dengan supervisor lagi.. haiyoo.. mungkin minggu depan.. btw, weekend ni siti ajak pegi fashion show! weeeeeeee.. sudah berangan nak dress up macam fazura.. ehek.


so, itu sedikit sebanyak tentang sem baru saya. macam mana dengan sem baru anda? mari kita kongsi pengalaman bersama.. *rasa nak sepak diri laju-laju skang jugak*

Friday, September 7, 2012

Cuti sem yang terakhir..




tinggal lagi 3 hari sebelum naik sem baru.. perkara yang paling malas nak buat adalah kemas baju.. kemain semangat arini masak awal-awal so that bagi ruang untuk kemas kononnya.. tapi lepas ja masak terus TERtidur sejam.. terbangun pun sebab parents dah balik.. hewhew.. penat masak kot~~~~ pfftt

sejak menjak duduk rumah sepanjang cuti sem ni badan jadi malas sangat.. penat minda la konon sebab asik pikir pasal fyp,, sudahnya kerja suma tergendala.. baru sapu umah dah duduk kejap. rehat. haishh.. masa mula-mula cuti kemain kemas umah cuci itu cuci ini masak itu jemur kain bla bla bla... semangat habes.  skang ni rasa nak tidur ja seharian.. oh how I miss my buzy life.. *dandan. sudahla sepanjang cuti tak buat part time pun sebabnya supervisor asik mau jumpa like every week.. takkan nak mintak cuti sakit tiap-tiap minggu kan.. jadi tak berduit untuk keluar jejalan sudahnya duduk umah.. menambahkan lagi penyakit malas.

nasib baek kene jaga 6 ekor kucing kat rumah ni.. jadi terisi juga lah hari-hari ku.. dah macam jaga anak.. bagi makan, mandikan, bersihkan tempat yak yak mereka, kadang-kadang berkejaran main bersama mereka... sounds like ibu mithali ha? nak upload gambar kucing tapi malas nak pasang kabel? dah tahap gaban penyakit malas ni.. serius tak nak dah duduk rumah lama-lama..  even nak update pasal raya +abang tunang pun malas.. takpelah da tengok video kat fesbuk tu kire update an? kemain tegur den ni tak boleh duduk diam.. =___=''


mahu sambung kemas baju yang bergelimpangan tu.. tak ada mood langsung untuk sem kali ni sampai pernah terfikir nak berhenti belajar.. aku syak sebab penyakit malas berleluasa di minda ni.. cuma sedih ja sebab sem terakhir untuk kumpul pengalaman bersama kawan-kawan kolej...


me impress dengan senior-senior yang buat master.. fuhhh..
naik sem ni rasa-rasa tanak terseliuh kaki tu sila jangan tegur pasal badan.. ^__^













Tuesday, August 28, 2012

Quick note





Nak menjinak- jinakkan diri dengan bisnes.. just a small one...  bolehla belajar berniaga selain makanan kan.. beside, who does'nt want side income.. hehe







Saturday, August 18, 2012

ma bro Pre engagement..















Gedik nak tunjuk hiasan yang ittew buat untuk 7 balang yang di atasnya ada butterfly dia atas bunga tulip.. padahal ibu buat untuk 6 dulang selebihnya relek ja.. 





Sunday, August 12, 2012

Akibat project final year in making




boleh tekan untuk tumbesaran


oleh itu di sini saya ingin meminta maaf untuk 6 bulan akan datang atau sepanjang project final ini dijalankan.. emosi aku kadang-kadang tak stabil. believe me itu sangat di luar jangkaan. one minute aku hu ha gelak macam nak gila then one minute later aku rasa nak berapi ja dengan orang sekeliling. haritu keluar bangsar dengan siti. we have good time. then masa nak balik kami sesat. banyak kali pusing-pusing federal highway tu.. tiba-tiba aku terus mara-mara dia.. macam tengking pun ada.. aku sangat tak sedar time tu.. bila dah sampai jalan semarak baru aku perasan, apa aku buat ni? why so serius?? i feel bad for siti.. houkudchew nadia!! okay tarik-tarik rambut  pashmina skang.. and for the past few days hati rasa sangat tak tenang memikirkan fyp..  ohh~~~


merujuk pada gambar di atas.. ya, tetiba kejadian tetiba nak marah pun tiba.. padahal dia hanya bertanya.. then kene sedebik "makan tebuan ke berbuka tadi"  sentap hati mak nak.. but we're cool beybeh..


tak la makan lebah jaa....







Thursday, July 26, 2012

Kenangan Ramadhan 2012



Alhamdulillah, masuk hari ni dah masuk puasa keenam..

so for the past few days, me had a chance to puasa di kampung terchenta, di Kuala Terengganu. selalunya balik time-time nak raya an.. ni tetiba parents bagi kezutan balik awal puasa. so, agak first time first puasa di kampung. dua keluarga ja yang balik untuk puasa ni dan sememangnya ada 3 keluarga di kampung. jumlahnya lima la kan. oh tidakkah saya beritahu bahawa ibu saya ada 8 adek beradek? jadi 8 lah keluarganya.. so yeah, keluarga kami memang besar bilangannya.. kami keluarga bahagia!! *winkwink*


di mana tadi? oh ya 5 keluarga ja yang ada untuk berbuka puasa dan itupun dah riuh semacam umah nenek aku tu.. kali ni kami berbuka dengan cara berbeza! thanks to ayah for the great idea. kami buka khemah di luar.. ho ho ho.. buktinya seperti gambar tertera di bawah.. dan itu baru separuh dari 5 keluarga tadi..



masing-masing amik seat.


maap gamba penuh khemah sedara tak terupload pulak..



oleh itu, suasana berbuka sangat lah kecoh mengalah kan pasar malam. dengan berebut air nya.. dengan kuihnya macam nak panggil jiran makan pon ada.. dengan jenis lauknye.. punya kecoh sampai tak sedar dah azan.. pfftttt.. lepas baca doa then minum ayak, barulah tenang...................sekejap. then kecoh mintak lauk tu lauk ni.. kadang-kadang aku hanya mampu gelak ja.. sebab kenangan ini manis sangat.. dan suasana ini berlanjutan sampaila hari keempat puasa. sweet tak kami? hehe.


dalam banyak-banyak lauk yang kami masak, ikan goreng itu perlu dan budu saanggaaat tak boleh dilupakan. masak la 7 jenis lauk diraja pun kalau 2 bende penting tu tak da memang terpapar lah aksi kemasaman di muka masing-masing. sampai aku pun sama naik habeskan budu tu.. ni belum masuk tang kecoh masak di dapur.. dah suma loghat ganu yang kuar, aku loghat kl ni diam ikut arahan.. time ni ja la pun nak manja dengan makciks. hewhew. hari ketiga mak yu masak ayam percik and ikan percik.. kuah percik tu nenek yang masak makyu tolong bakarkan ayam.. perhhh terangkat oo.. dapat pulak pengat durian bersama pulut kak sara masak.. mau tak indah waktu berbuka aku? itu belum kira kuih muih makmi beli lagi. oh cakap pasal kuih.. kenal nekbak? (aku tak tau ejaan dia camna tapi sebutan dia cenggitu la) kuih ni hanya boleh jumpa di pantai timur ja tau.. sodap tak terkata lagi-lagi bila mamam sejuk.. feuhh.. kuih ni macam bahulu yang di basahkan dalam air gula.. tapi stil rasanya takkan jadi lembik.. dah la bulat chomel gituu..


 ala-ala gini la ghupenye
(kantoi amik gamba blog orang)


balik kali ni bertambah best sebab abang am and adiknya, shafiq buat rumah pokok.. tapi time ni baru lagi la buat.. belum siap sepenuhnya.. nanti nak pasang lagi kat atas tu buat 2 tingkat and pagar kat tepi-tepi tu untuk keselamatan.  keje aku memang lepak sini la dengan bebudak ni.. layan kerenah depa sambil angin libas-libas ke muka.. feel habes!



kami ada tempat lepak, kau ada?




pandangan tingkat dua dan 'escalator' ke tingkat satu




cuma yang kureng sikit balik kali ni sebab tak pergi pantai poongg... T__T    tapi kalau petang-petang pi pantai sapa nak masak berbuka kan? yedak?
tidak mengapa.. raya nanti boleh singgah pantai.. weeeeeee
rindu hutan *tetiba*


beberapa makciks ada kata yang badan ambe dop gemuk tapi rangka beso. jadi, mohon bakal suami tinggi dan berangka besar. kalau dapat dari johor mesti ayah suka an... eh?











akibat jumpa set kaler luna syadini





Thursday, July 19, 2012

Aku tau tidak kemana, I'll just go with the flow..


aku tak tau itu alasan kau atau tak.
aku rasa kau boleh ja direct ke orang yang berkenaan.
takde masalah kot.
selepas beri apa yang patut. dengan bertukar pandangan. kau mulakan mesej lagi.
dan aku terkesima.... kali ke 2.
terima kasih ya. terima kasih kerana mengelirukan lagi aku. terima kasih kerana buat aku berfikiran begini lagi. dan terima kasih kerana aku benci perasaan ini.
pabila ditimbang, ditolak, ditambah.. ini namanya kawan kah? teman berbual kah?
kau lonely sangatkah?
sila jangan kacau plan untuk fewtcher husbund aku..
kerna aku tau aku lemah dengan kau. sila bantu aku untuk tidak melemahkan lagi iman yang sudah tersedia nipisnya ini..




aku tau kita tidak kemana.. tapi aku akan ikut flownya sahaja.
cuma aku juga ada tempoh tertentu..






Thursday, July 5, 2012

mimpi




Mimpi..
selalu orang cakap mimpi mainan tidur..
jadi macam mana pula dengan mimpi membawa maksud?
ada ke mimpi yang membawa maksud?
atau semua mimpi mainan tidur..? mainan syaitan bak kata sesetengah rakanku..
arghhhh fenin...
kadang -kadang perkara yang kita sedang lalui sebenarnya pernah masuk di dalam mimpi.. jadi itu maksudnya apa? dejavu?
kalau mimpi ombak tsunami berkali-kali datang menerpa namun aku selamat jua sambil menyaksikan ratusan terkorban, apakah meaningnya? atau hanya mahu menyedarkan kita tentang kematian?
kalau mimpi dua kali abang sendiri meninggal dunia, gimana pula? umur panjangkah dia di dunia?
kalau mimpi kene patuk ular.. orang tua-tua kata orang mahu masuk meminang..
tapi bila aku terbaca buku tafsiran mimpi, penulis itu kata ada orang yang mahu menyakitimu.. mungkin juga sebab time tu tengah jadi KB.
oh aku bukanlah pentafsir mimpi.. jadi tidak tahu mana betulnya..
pernah juga mimpi menakutkan sehinggakan berkali-kali tersedar namun tetap juga hanyut dalam mimpi dasyat itu.. adek kata sebab kita halang laluan syaitan..? lagi aku keliru.. pfftt
 

pagi tadi aku terjaga.. dan ya, aku bermimpi.. boleh juga dikatakan mimpi itu adalah angan-angan aku selama ini.. untuk seketika aku sangat mahukan mimpi itu jadi kenyataan.. sangat mahukan... seketika kemudian aku beristighfar dan ingatkan diri  kerana takut mimpi itu hanyalah mainan syaitan..






tula... sebelum tido tak basuh kaki~~~








Saturday, June 30, 2012

Perahsia yang fail..





bila dah serabut camni mulalah rasa nak pergi berlari selaju yang boleh..
kadang-kadang rasa bagilah aku busy supaya aku tak memikirkan kekeliruan ini..
bende yang tak perlu pikir pun habes suma dipikirinnya.. atoii..
bukan aku yang mencari masalah tu.. bukan aku yang mencari sakit tu..
sebab aku penah kene dahulu jadi bodohlah aku nak pi mencari sakit tu balik sekarang.
maaflah rakan-rakan sekeliling sebab aku asik menyatakan masalah yang sama ja..
mesti korunk boring kan.. nak buat camne, dah jadi perahsia fail.








Friday, June 29, 2012

Novel




cuti ni ingat nak kill masa dengan main game tu yang pi ambil segedebuk game-game dari mami.. tapi tiada mood pula.. then sambung lah baca novel cinta high class. oh ya, novel Islamik.. aku teruja dengan cara si perempuan ini menjaga hatinya jadi aku pun beli untuk ketahui dengan lebih lanjut. dan sory to say, tak berapa berkenan dengan cara penulisan dia ecxept for kita kene banyak beristihghfar dan hadis-hadis yang dia beri. cuma tak suka dengan cara dia memandang dunia. Betul. kita kene create masa silam yang baik untuk masa depan yang cerah but hey semua manusia tak lari dari kesilapan. tipulah kalau kamu semua tak piki nak keluar lepak memalam, tak piki nak kapel dengan orang yang kita minat, tak piki nak pakai nail colors, tak piki nak kenekan budak gedik tu. no? okay maybe just me then... =___=''  dan cara dia pandang budak nakal tu jahat sesangat.. nampak main judge orang di situ.. oh then disebabkan aku hisap shisha aku jahat. homaigad! aku melihat sekeliling aku ramai juga budak nakal yang makin berubah.. Alhamdulillah.. jadi jangan cepat judge ya. oh dan bahasa dia berbunga sangat tu yang malas nak habeskan baca.. but berbunga ngan romantik lain ek. (okay dah menyimpang). Maybe itu semua cara dia pandang tak sama dengan aku pandang kehidupan, pandang sekeliling. Maybe juga anda marah bila aku kritik novel dia begini. Cuba baca Aku Terima Nikahnya dan compare cara mereka menyebarkan mesej Islamik pada dunia. Bagi aku sangat berbeza..



Ada beza samada beri nasihat dan beri cara untuk membaiki diri.



pst.. sori tenet, eden memang suka tulis entry pendek begini.. simple dan padat. *padatlasangat*









Tuesday, June 26, 2012

The N's Bros..



Abang dah nak tunang nanti kawen pastu duk umah baru..
Adik akan daftar ke kolej MMU then akan duk asrama..
pasni sapa lagi nak tinggalkan aku?? ha! cakap!





okay nadia, drama sangaaat..



tapi tula.. nanti bila suma takde kat umah aku nak gaduh dengan sapa..? selalu pukul-pukul manja dengan adek sebab dah tengah hari pun liat lagi nak bangun.. dengan abang jarang gurau tapi kalau dah kami bertiga bersatu ibu hanya mampu duk atas sofa layan tibi sambil geleng kepala.. hewhew.. siapa tak sayang adek beradik sendiri kan.. lagi-lagi kami ni bertiga ja.. tapi disebabkan kami mempunyai ego yang tinggi masing-masing namoh cakap yang masing-masing rindu masing-masing.. time matrik dulu-dulu pi curi bantal smiley kesayangan abang sebab nak peluk bantal tu tiap-tiap malam sebelum tido.. pastu selalu mesej abang sebab takut hidup sorang-sorang di matrik. abang la banyak layan adek dia ni sampai sudah.. meooww. ayah pernah cakap ada satu masa tu adek selalu tido bilik aku time aku kat matrik.. sweet kan? and ibu jugak pernah cakap abang bebel sorang-sorang sebab aku tak bagitau yang aku tak cukup duit kat upm ni.. *melt dengan kerisauan abang.. ada satu masa tu aku gaduh betul dengan adik dan aku sangat terasa dan balik ke matrik dengan hati yang duka. tiba-tiba beberapa hari lepas tu tersenyum terharu adik bagi mesej mintak maaf. *nanges*

aku tak pasti dengan orang lain.. tetapi disebabkan kami ni berjauhan, kami jadi makin rapat.. Bila balik memang rutin harian akan sakat sesama sendiri.. kadang-kadang tu cuba jadi serius nasihat adek.. then adek terus buat muka toya dan jerit "pondan pondan pondan". bermulalah adegan kejar mengejar kat rumah kechil ini.. pffftt.. apa-apa pun aku tau di hati mereka ada aku dan dalam hati aku sentiasa ada tempat special to my dearest bros..




muka bajet gedik..




muka tak cukup umur.. padan muka sapa suh deactivate fesbuk!




eh?
















Monday, June 25, 2012

Hantaran tunang yang pertama





Tak saba sangat nak buat hantaran tunang untuk abang.. sayep pegang bahagian makanan.. bahagian-bahagian lain ibu yang buat sebabnye ibu memang expert dari dulu lagi! selalu ibu yang tolong buatkan hantaran sedara mara.. tanga ibu terbaek! jadi kali ini sayep nak sumbangkan juga satu untuk abang.. kalau yang ni jadi, time kawen nanti boleh la sumbang banyak lagi... hehe.. mula-mula nak buat tema fairy tale which is guna agar-agar.. kire agar-agar sebagai air (basement) n dalam dia ada ikan-ikan comel an naga. dan atas dia ada castle siap dengan kasut cinderella, mushroom alice, teapot dalam beauty and the beast. feuh banyak gak keje tu.. suddenly abang cakap tunang kat penang bukan ampang.. lorrhh.. then tuka plan! nak buat kek castle pink ja.. jenis simple and nice.. ala-ala like this..


superb betul..


Then piki balik.. dalam dari kl ke penang amik masa 4-5 jam.. then nak bawak kek camtu.. elok ada yang terlentok tido kat kek tu kang... ohhh habes my masterpiece! haha. gonna need plan C. eventually, me come out dengan idea cake in jar sebab ada nampak satu gambar kek red velvet dalam jar tu.. terus heppi sbb buat camni lagi sesuai! takyah risau tergolek ke ter comot cream ke termakan ke.. eh? -__-.. sebabnya dalam jar kan.. nak bawak pon senang.. nak tido dengan aman pon senang..




and me gonna do the rainbow cake. weepiiee..


oh and another idea came out. nak cucuk kat cake tu with cake pops! shomeeeeeel sangaaaaattt~~~ dah dapat bayangkan dah ni.. cake pops tu camni..



ini design paling simple and nice..



soooo tak saba nak buat dua-dua jenis cake ini... dah dapat approval dari abang nak buat idea ni.. and now tak saba nak tunggu ibu balik untuk bentangkan idea ini (presentation sangat..) dan shopping barang-barang bakery.. homaigad!













Thursday, June 21, 2012

jaga hati punye pasai






tau tak perasaan di mana kau nak cerita sangat kat kawan kau or lebih tepat nak luahkan. tapi tak tercapai sebab kau dah janji dengan diri supaya tanak lagi bercerita pasal 'itu'. dan sekarang kau rasa ada beban kat hati kau yang meminta untuk diringankan. payah tau nak tahan lagi-lagi jenis yang akan berkongsi cerita dengan kawan-kawan. lantaklah kawan tu memahami atau tak. hanya nak mereka mendengar luahan ja. kadang-kadang tu dah nak terlepas tapi cepat-cepat tuka topik atau kaver dengan cerita lain. ohh aku bukanlah jenis perahsia. maksud aku rahsia diri sendiri la. seorang pencerita nak menjadi perahsia memang fail!



dan aku bukanlah suka off chat!!
eeeeeeeeeee








Friday, June 15, 2012

Sudah tiba masanya..





rasanya dah tiba masa awak sedar kot. kali ni betul-betul sedar ya. walaupun asik deny benda fakta. just jangan bercerita pasal dia.





Tuesday, June 12, 2012

penghujung study week




esok bakal bermula my first day of exam.. jadi mari kita imbas semula apa yang aku dah wat for the whole study week.

Rasanya boleh tuka la study week tu kepada esaimen week kerana baru semalam aku habes buat esaimen and belum mulakan study satu apa lagi.. hoyeah.. mari joget-joget. tapi dalam takde masa nak study sempat lagi naik broga kul 5 pagi. eh eh rhyme sangat~~~ =__=''. so last minit jah ajak naik broga kul 5 dan bila diri rasa nak bebas mula la nak feel natural alam sekitar. oleh itu tak dapat masuk hutan, broga pun jadi.. jadi teruslah mengajak maria dan rupanya yani, alie, chetah n cik qie pun ada sekali.. walaupun baru kenal korunk (gile kentang dah sem 6 baru kenal dak satu batch!) korunk sangat lawak dan suka nyakat ek.. blushing mak tauuu..

papepun tunggu dak laki pepagi kul 5 tu cam tunggu retis nak perform. lambatnya Nauzubillah.. aku syak depa pakai eye shadow buat smokey eyes tak pun sebok pakai blusher. papepun selamat la sampai broga walaupun maria terlajak lampu merah.. dan tak sangka aku sampai puncak keempat sebabnya dah lemau habes akibat tak tido siapkan esaimen lalu terus ke broga. tapi time balik aku dan maria tido seperti tiada hari esok. sebaik tak dengkur ja..

oh kat atas tu aktiviti biasa. bergambar. tapi tanak masuk gambar kat sini nanti nano cakap 'sudah sudah la'... haha. ok bukan. malas nak upload.

conclusion nye selain buat esaimen saya pi broga untuk study week ni. wish me luck untuk final okayh!




*stalker pepagi buta terbaek oooo





Monday, June 4, 2012

Let pics do the writing..





berjimba bersama kosmate di pantai bagan lalang..




 















































had a very great time with gegurlz.. main game sesama, bergelak bersama, mandi bersama, melepak bersama, main pasir bersama, keriangan bersama, makan besar bersama..
Thanks a lot girls with this memory.
Bila dah camni rasa rindu sudah pun menjelma..






korunk jangan graduate laaa..




Monday, May 14, 2012

Realiti


Bermulanya di hentian bas..

tersenyum bila berjumpa. mulanya sekadar minat, tak lebih dari itu. si b sempat juga curi-curi pandang si a. beberapa hari selepas tu, muncul kotak bernamakan si a. si b sudah terlonjak gembira. dan boleh kira dari situ mulanya permainan ini. dan betapa hati si b mahu hentikan semua ini. tak sangka perit ini datang lagi dan makin teruk.

It was a bad idea from the start.

Monday, May 7, 2012

semangat pertama untuk terus berjuang..



Ahad, 6 Mei 2012..

hari yang di tunggu dah tiba.. hari larian amal! oh memang aku sangat excited menunggu hari ini.. jangan tanya kenapa kerana aku pun tak tau nak jawab apa. mungkin sebab stress assign, jadi kira mahu lepaskan segala stress itu.. padahal tak prepare betul-betul untuk larian ni.. jog pun sekali ja.. sebaik selalu buat squad..

bangun ja pagi tu, terus tersenyum! pi mandi pakai baju biru jerit-jerit kat blok buh bedak sikit pakai tudung, ok done! (betul punya semangat). Then pagi tu mula dengan senaman sebagai warm up la konon.. tapi aku warm up mulut ada la.. tergelak ja lebih.. haha.. then tiba la masa ke garisan permulaan.. hati debar jugak nak lari-lari ni.. takut pancit pun ada.. haha.. then preeett.. larian pun bermula.. aku bermula dengan slow jog.. tapi agak terkebelakang.. hewhewhew.. memang aim nak jog sampai habes. tanak berhenti! tapi apakan daya.. aku kalah juga tang bukit. pancit~~~ berbekalkan nasihat rumate ''kalau kau tak larat jog, jalan laju. jangan jalan lenggang kangkung..'' jadi aku putuskan untuk jalan laju di setiap bukit.. haha.. semangat aku naik bila tengok nano.. apa lagi.. berdesum la cuba lawan dia.. kami agak berlawan antara satu sama lain.. bila nak sampai ke garisan penamat, en hafiz cakap pompuan lagi 3 medal.. elok ja pas pengumuman tu, nano pecut sampai ke garisan penamat.. oh~~ aku ketinggalan.. tapi aku pecut juga bila hampir-hampit ke penamat. time tu heppi bukan kepalang sebab dapat habeskan larian.. weeehuuuuu! *joget2.

then tetiba kak pah panggil.. dia suh amik medal.. pelik juga, tapi amek ja dah rezeki.. rupa-rupanya aku no 19 dari top 20.. *terdiam. time tu rasa nak nangeh terharu sebab selama merentas desa ka larian apa-apa ka mana penah dapat pingat. yeah.. dalam agak kecewa aim nak jog tanak pancit tak kesampaian, rupa-rupanya aku telah diberikan 'hadiah' lagi besar dari tu.. pingat ini menjadi bukti untuk usaha semangat aku selama ni.. *genggam pingat ke langit. haha.. mungkin la bagi you olls kan like cam hape ntah setakat menang no 19 ja.. tapi for me la kan, i sangat berbangga tau.. rasa macam atlet sukma dah.. haaa kelas gituuu..

rumate dapat no 4, rumate lari laju.. ^__^



kol ibu.. punya heppi cite kat ibu.. ibu pun boleh terjerit-jerit kat tepon sekali.. memang dasar mak borek anak rintik.. pffttt.. then ibu bagi lagi semngat suh kuruskan badan.. hoyeah! ibu minggu ni nadia balik.. nak masak ayam ketuk belaja dari jiran.. yeayeayeayea..





bersama-sama mereka..
esoknya, kawan-kawan semua cakap tak sangka aku lari kuat.. stamina kuat.. hidung kembang mak tauuu... okay jangan bangga sangat.. Aku syukur memang badan aku besar tapi stamina aku agak kuat.. cuma bagi aku stamina ini tak cukup lagi dan aku mahu lebih fit.. hoyeah.









sepanjang karnival sedetik lebih ni macam-macam da aku dapat.. suka la ada karnival camni.. tahniah kepada pengarah, ajk-ajk dan semua yang menjayakan karnival ni.. besh sangat sangat.. walaupun terpaksa potong tudung sebab tersekat kat abseiling, terhumban ke pokok time flying fox, tembak tak kene time shooting paintball, tu belum kira aku habes kat duit makanan ag.. hahaha.. tapi bagi aku karnival ni memang gempak...!


nak helmet tu.. style~~


mua pandang lain mana tembak nak kene..









Wednesday, May 2, 2012

@___@



kan best kalau FYP boleh tulis apa sahaja macam aku merepek di twiter dan merapu di blog sendiri. Nescaya kerja FYP aku itu akan berjela-jela panjangnya dan akan siap sebelum tarikh sepatutnya. tapi memang suma tu angan-angan la.. aku tak tau nape yang aku stress sangat-sangat pasai FYP ni.. orang lain pun stress tapi aku rasa melampau gak stress aku. ke sebab dapat supervisor very very particular camtu? lepas jumpa comfirm down. or aku yang memang letakkan kewajipan perasaan itu? rasa nak drop tapi kalau drop memang tak graduate lah aku kan.. jeles tau i tengok friends yang supervisor mereka like soo tak kesah and like takde pun nak reject-reject.


mari merungut Malaysia...


beginilah hidup student yang nak grade, harap aku dapat bertahan.. makan dah tak jaga. senam pun kadang-kadang. tapi sempat lagi ada yang cakap dah kurus.. heheh. lagipun tak manis la hidup tanpa stress (bak kata ustazah Nik).. taklah suma benda nak stress ja.. so dah hilangkan stress dengan pergi dinner MAPURA, dinner MANJA. oh well selain dapat makan, hilangkan stress dengan ber dress up juga.. walaupun tak pandai.. hewhewhew. dan terdekat ni nak hilangkan stress dengan event sedetik lebih! jadi marilah kita berstress dulu kerna supervisor mahu jumpa lagi jumaat ni dan jumaat ni jugak lah aku tets marketing (which tak baca pape lagi) dan khamis malam ada teater 10 minit. *pengsan






Friday, April 20, 2012

Yes to healthy lifestyle

Assalamualaikum and hai peeps!

first sekali sangatlah kekok bila blog dah tuka setting baru and terasa jakon pun ada.. time tengah tulis ni pun asik pandang kiri kanan skrin sebab tak biasa dengan pembaharuan ini..

teanjat boboi..


okay okay.. bukan nak cerita pasai setting blog baru.. cuma hendak bercerita pasai body weight loss. sudah sekian lama saya tak merasa tough.. err not yg ketul-ketul macam bina badan tu.. dolu-dolu sangat lah gigih kuruskan badan sampai minum Melillia (vege drinks) and work out tiap-tiap petang. oh i'm more to toned body and build up muscle at that time. eventually, i get flat abs. kire tunggu masa nak ada line tepi-tepi tu ja. terasa macam pompuan instructor gym pun ada time tu.. -___-'' try jugak untuk toned arm tapi degil lengan ni cuma rasa keras sikit ja la. time tu terasa la sangat healthy hidup ini.. hari-hari pun terasa fresh and segar ja.. mata sina-sinar gituu.. lagi-lagi bila kawan puji dah kurus lagilah terasa di awang-awangan.. but then, i'd not focus much on legs, butt, and stamina workout which is not la so perfect healthy lifestyle sangat kan.. time tu memang jaga makan.. hari-hari mesti makan epal and jambu (without asam) as well as bihun sup (replace to rice). Dan time tu ibu sangat lah strict mendisiplinkan saya. Oh jangan piki saya skinny at that time. My body just fit not skinny but i love it.





setelah sekian lama tinggalkan hidup sehat camtu, badan pun makin naik kan and i once had gained more weight so fast in just one sem! time tu badan macam tong drum and muka macam pau.. oh oh T___T ni semua sebab makan tak jaga and tak amek kesah pasai senam dah.. fortunately aku sedar cepat lepas ja baju kurung tak muat. time tu rasa nak menanges air mata darah.. okay dramatic. time tu terus nak balik pada healthy lifestyle macam zaman sek dolu-dolu. i know it hard but i must start something no matter what. tapi jadi cam yoyo pun ada.. tak consistent.. Alhamdulillah badan dah kurus sikit.. sikit ja la.. but still turun okkaayyy~~~

aku tak pernah suka berlapar.. 


and now i really2 getting toward this healthy lifestyle! dah tengok video-video senaman, dah baca pasai pemakanan, dah research pasai facts body.. ini kalau fyp gerenti supervisor aku tangkap leleh tgk keje aku.. sekarang ni tengah cuba masukkan rutin senaman dalam rutin harian aku.. oh dan sekarang bukan sahaja fokus pada abs ja tapi lower, and cardiovascular work out.. hoyeah! Aku rasa syukur kerana ada kawan-kawan yang seangkatan untuk hidup sehat and really thankful to nano yang banyak bagi tips and tak putus-putus support aku.. dan bila aku tgk usaha dia terasa tercabar jugak lalu saya akan buat lagi baik! haha..


dan lagi satu!



aku nak masuk larian amal ni.. aku tak menjankakan kemenangan cuma aku akan rasa bangga dan gembira bila dapat habeskan larian ini tanpa perlu berhenti sekejap atau berjalan.. Insyallah..











apa tunggu lagi kawan- kawan! start now not tomorrow.















Wednesday, April 18, 2012

quickie



baru puas hati ngan wajah baru blog ini...
barulah ada semangat nak tulis entry baru..
tapi nanti-nanti lah yaa..









till then, live life to the fullest!

Thursday, April 12, 2012

This is secret between us




I know a lot about you. but, you don't know anything about me. The worst part is you even forget what i have been told you.


masih tak bukak mata lagi nadia?








I just let myself into deeper conversation which i know that it will hurt me and it did! like a fool im playing this game with my heart.


it seems that i hadn't post any happy brighter story right... well someday~~~~ perhaps.



Thursday, April 5, 2012

Pandang rendah


awak tahu tak kalau awak pandang rendah kat seseorang tu, orang tersebut samada akan manjadi:


a) down yang teramat, terasa diri ni useless untuk semua orang.

b) 'aku akan buktikan kau tu salah!'




dan waktu sekarang ini potential untuk saya menjadi yg (a) sgt lah kuat. saya tau saya tak sebijak awak, tak setegas awak, tak pandai nak mematahkan kata-kata awak. tapi kalau suma pendapat saya awak tak nak terima jangan la pulak tuduh saya yang tak keluarkan idea.












i need to see more laughter in everyone faces and to put smile in every words.
but first of all need a shoulder to cry..




Thursday, March 29, 2012

bagai bom jatuh ke muka..






dapat markah paling rendah dalam kelas..
mula-mula berair gak mata.. lama-lama ketawa sendiri.. pelik juga sebab sampai sekarang tak tau kenapa hati tenang ja terima.. Alhamdulillah untuk hati yang tenang ini..
dulu pun selalu gak goreng-goreng time test tapi takdelah sampai dapat markah teruk sangat camni.. nak kata tak study, aku study gak.. mungkin aku tak mendalami.. mungkin aku takde masa untuk bersedia dengan test..



Ya. aku mengaku aku aktif. aku aktif atas dasar aku minat. kire bonus la sebab boleh stay kolej. aku tau akibatnya untuk terus kekal aktif ni, cuma mungkin aku tak bersedia dengan kebrangkalian yang lebih besar! plus dengan rakan dan taulan yang memerli kerna kerja tak siap jadi mereka tak boleh untuk sambung kerja seterusnya.. inilah keburukan kalau kerja kumpulan.. mereka tak paham orang yang busy ini macam mana miserable nya hidup dia.. macam mana dia terpaksa rushing untuk lakukan semua perkara.. dan mereka tak paham bahawa aku sedang melakukan yang terbaik untuk segala kerja.. aku bukan minta simpati cuma tolong lah memahami. aku bukan jenis tak buat kerja.




eleh, kau tu boleh stay kolej tapi tak aktif pun ada aku perli-perli? ada aku kecoh-kecoh? *betulpunyatakpuashati




Ibu tepon petang tadi. jarang dia tanya pasai test or final exam.. tetapi terkeluar dari mulutnya bertanyakan test aku. berat juga hendak aku khabarkan.. last2 cakap jugak result teruk cuma tak beritahu jumlah berapa.. dan aku mengaku juga dekat ibu pasai aku memang busy mengaktifkan diri.. Alhamdulillah ibu paham.. sekali lagi mata aku berair kerna masih ada lagi yang memahami especially daripada orang yang paling aku admire the most! makin berkobar-kobar juga semangat aku untuk perbaiki diri..


lepas ni fokus pada study.. FYP pun tak tergerak lagi ni... @___@






Monday, March 26, 2012

Kau yang mula dulu..



mungkin juga anggapan itu benar.
mungkin juga terlampau memikirkan kenapa.
segalanya bermungkin. tak jelas sebab tak tanya? atau makin serabut kalau ditanya?


mahu juga ambil langkah extreme. tapi hati cepat mengalah. hati? ke nafsu?


kalau dah jumpa tiap-tiap malam mana tak badan ni segar, bibir ni senyum, mata sentiasa curi pandang?




Thursday, March 15, 2012

Teruk sangat ke DUNIA ni?




dah 2-3 aku tgk orang post pasal program DUNIA akan datang.. Post-post tu memang buat aku terasa. aku bukan lah nak jadi orang penting pun dalam program ni tapi aku dah minat jadi aku buat berkobar-kobar. Tak suma orang yang buat DUNIA ni tak kenal AKHIRAT kan? Bila aku baca post camtu, aku rasa jahil sungguh. Yang cakap tu tgh Qiamulai ka? tengah baca Quran ka? dah solat Dhuha? maaf. aku memang pandang orang yang bercakap lebih daripada apa yang kau cakap itu. jadi silalah berperangai seperti mana cara kau berkata-kata. mungkin kau tak pernah pegang program. try lah sekali baru kau tahu langit tinggi atau rendah.




Wednesday, February 29, 2012

beranjak lagi umurku..





Entah kenapa aku mengharapkan sesuatu yang miracle sempena hari lahir akan datang.. rasa macam belum tentu dapat tapi kalu nama miracle an, mestilah bende immposible itu boleh dilaksanakan.. Ya aku akan menantikannya. tapi tak mengapa kalau tak dapat capai miracle tu.. mungkin tiada rezeki.. jawapan nya kita sama-sama lihat nanti.









Friday, February 24, 2012

Bukak Sem Baru





masalah berkenaan kereta menimpa lagi.. sumpah lepas ni aku naik bas ja.

hasrat untuk membeli basikal tak kesampaian

jadual kelas sumanya start pagi..

kelas paling last jumaat petang. aiseh..

semalam terjadinya isu pilih-pilih ahli untuk group. pabila dah berkenalan lama dengan rakan-rakan maka sudah tahu hendak menilai baik buruk kerjanya.. feuh.

DUNIA pulak tangguh.. why oh whyy??

berusaha untuk datang awal dan tidak tidor dalam kelas. *gengam tangan

Foodcourt ni macam lagi teruk ada la..

oh lappy sedang mengalami kesakitan. jadi berpuasa FB bagai.. haha. bolehla sebagai alasan jugak untuk jauhkan diri dari dia.





Friday, February 17, 2012

cuti








cuti sem nak habis tapi badan tak jugak surut-surut... feuh =__=''






Saturday, February 11, 2012

luahan hati



kadang -kadang aku terasa seperti anak manja.. ya. anak yang tak tau apa itu erti kesusahan. aku tau susah tapi aku seperti mengelak dari mengalami. kalau tak, kenapa aku tak ikut mak aku berniaga? sebab panas? sebab boring tunggu customer? sebab tak cool? sebab tak mesra alam bila seisi tawar menawar? kenapa? puas aku piki. aku hanya beri alasan tak minat berniaga tapi jauh hati kecil ku mengatakan alasan lain. cuma tak tau apa. aku kesian tgk parents aku balik dengan kepenatan. muka mak aku burn mukanya. betapa kaki mereka kering, betapa bapakku sengal-sengal lutut. aku nampak tapi apa yang aku buat? aku cuba tebus dengan kemas umah masak lunch tapi seperti tidak cukup berbanding penat dengan mereka berniaga.


aku rasa seperti aku tidak berdikari sepenuhnya. jikalau namanya duduk hostel boleh berdikari, maka aku tidak setuju. pabila aku melihat kesusahan orang lain, kepayahan mencari duit sambil belajar. aku rasa kagum dan serta merta aku rasa diri aku ni dimanjakan. ada kesah di mana budak perempuan sebaya denganku tidak sanggup melanjutkan pelajaran sebab mahu tolong mak berniaga. maknya ibu tunggal. betapa cekalnya hati dia. aku tahu dari mata dia, dia teringin sangat mahu belajar pabila ku bersembang dengannya. pernah juga aku terpikir, jika satu hari aku tidak dapat sumber wang. dari mana aku mahu dapatkan? mampu aku bekerja sambil belajar? mampu tidur aku kurang atas sebab mencari wang dan dalam masa sama belajar untuk maintain pointer tinggi?


abang aku ada nasihat suruh berniaga di kolej tapi aku menolak alasan aku busy. see. mentah-mentah aku tolak cadangannya tanpa mencuba. aku kagum dengan abangku. dia sangat mencuba sehabes baik menambahkan pendapatan, hampir setiap malam balik kerja terus ke tapak niaga supaya boleh tolong parentsku. kenapa aku tidak ada semangat begitu? kerna itu aku malu untuk meminta apa-apa wang dari parentsku biarpun ptptn hampir nyawa-nyawa ikan. aku tersangat malu.


bukan aku tak syukur senang begini. malah aku sentiasa mendoakan rezeki halal kepada kami sekeluarga. cuma aku takut, kalau datang rintangan depan aku, mampukah aku menghadapinya? atau semngat aku terus hilang dan menagis saja jalan keluarku?



Thursday, February 9, 2012

Aku Hanya Mahu Membuatnya Tersenyum




Selesai sudah skrip aku untuk teater 10 minit ini. Skrip pertamaku. di atas itu tajukku. Tema yang diperlukan ialah JIWA. Ya. sangat subjektif jiwa ini. Mulanya aku mahu menceritakan tentang perjalanan seorang anak yang akhirnya insaf tapi sejak membaca novel Sang Pemimpi, kepala aku asik terngiang-ngiang jalan ceritanya. Asal mahu perah otak, lain yang dipikirnya. Jadi, aku mengambil keputusan untuk mengambil satu babak dalam cerita sang pemimpi. Mozek 4, Biola Nurmi. Ada jugakla perubahan yang aku lakukan takkan lah amik bulat-bulat kan. Ya. Ternyata memang bukan idea asal aku dan aku tahu skrip ini haruslah dari idea sendiri. Tapi dialognya aku bikin sendiri. aku hanya mahu penonton tersentuh sebagaimana aku tersentuh dengan babak ini. Itu pun kalau skrip aku diterima untuk penghasilan teater ini. Harapnya terima. :)




nasib baik skrip 4 muka surat ja.. dah nama untuk teater 10 minit. takkan nak buat skrip untuk setebal teater setengah jam, yedak?







Tuesday, February 7, 2012

Mee Bandung Ayah





aku suka bila ayah ku yang mengambil alih acara dapur.
ayah akan memotong semua bahan-bahan terlebih dahulu.
kalau ada 4 lauk yang akan dipersembahkan, maka keempat-empat bahan ayah siapkan terlebih dahulu sebelum mula memasak. maka penuh juga meja makan dengan semua bahan-bahan itu.
walhal boleh saja ayah sediakan lauk kedua sementara memasak lauk pertama.
dan mulalah kedengaran ibu mengomel sendiri kata ayah tak pandai bahagikan kerja.
ayah diam sahaja. aku tergelak.
dan yang paling aku suka, ayah sentiasa mengalas kerja-kerja dapurnya dengan surat khabar lama. walau potong bahan di atas papan pemotong sekalipun, surat khabar lama setia meneman di bawahnya.


hari ini. ayah memasak mee bandung!
mee bandung ayah memang pure sebabnya ayah pon memang asal johor.
sangat sedap! oh lupa ayah ku boleh tahan juga dalam bab-bab memasak. sehinggakan mak saudara aku cukup suka tempe masak kicap hasil dari air tangan ayahku sahaja.
mee bandung ayah belum sampai tengah hari dah tinggal setengah.
biasanya aku dan abangku yang akan semangat makan.
di mana lagi dapat cari di KL ni mee bandung pure sebegitu. Walau aku ke johor sekalipun dan merasa mee bandung tersedap di sana, mee bandung ayah tetap juara nombor satu.







Thursday, February 2, 2012

sekurang-kurangnya..




aku mempunyai kawan..
dia sentiasa tak puas hati dengan kehidupannya di sana..
semacam sebab diberikan supaya aku percaya bahwa tempat di sana sangat teruk..
dan bermula jugaklah naik statusnya..
kedengaran seperti tidak syukur pun ada..
mungkin juga kalau aku di sana aku lebih teruk berikan alasan..
cuma aku terpiki sejenak..
sudah 2 tahun dia di sana..
kenapa masih teruk lagi?
atau dia masih tersekat dalam pemikiran lama..
atau dia masih mahu percaya bahwa tempat itu teruk..
pabila aku beri nasihat bagai..
dia seperti kata aku tak paham..

ya memang aku tak paham..
sekurang-kurangnya kau sudah ada tempat belaja..
jadi syukurlah..



Sunday, January 29, 2012

masakan mak mertua


tajuk tak habis ag tu... sebetulnya berbunyi begini.

'masakan mak mertua belah abang'


saja bagi dipendekkan...... errrr motif?


papepun semalam balik ja umah terus bukak peti ais akibat lapar disebabkan kuar ngan kawan hanyalah minum saja, bajet tak lapa konon, then nampak apam. APAM! hoyeah! haruslah gembira sebab apam ni adalah apam the best in the world. betul. tak tipu. kalau mama (bakal mak mertua abang) buat apam sangat lah fluffy plus terasa lemaknya and the sweet is just nice. punye sedap sampai makan camtu pun dah cukup. tak payah cicah kelapa parut dah.

pernah gak tanya mama camne nak buat. dia kata boleh ja bagi resepi tapi takkan jadi sama punya. (errrr) bukan apa sebab cara dia maybe kita akan buat lain.. teringin gak nak pi berguru sehari kat umah dia belaja apam ja.. tapi malu.. dengan kak shiela pun malu, ngn mama dia lagi la... haha. tapi mama dia sempoi!!

selain apam, masakan mama yang lain memang perrrhh.. dia suka masak banyak-banyak then sumabat ke mulut abang aku, kalau tak habeh abang akan bawak bekal ke umah. patutla abang aku makin buncit. disogoknya ngn makanan sodap-sodap kat umah tu.. kata mama anak-anak umah dia suma makan sikit so dia jadi hepi bila abang datang makan banyak-banyak umah dia. patutla adek beradik kak shiela keding. and not to mention lawa beb.. feuwhh..





harap sampai ke jinjang pelamin..




told ya



nak snap gambo apam tapi maklumlah hp torch (light). kamera kuasa tinggi sangat~~~ -_-''


Thursday, January 26, 2012

Sometimes reality suck. but i'm glad i knew the truth.





two times already and i don't know if i can take it anymore.. it hurts. really!

never in my life wanna put on shoes in this middle of night and run as fast as i can so badly.





Wednesday, January 25, 2012

HRAT 016



sememangnya kem tahunan Hrisk buat aku ternanti-nantikan kemunculannya.. dan setakat ni aku tak pernah terlepas dari kem ini tiap tahun semenjak aku bergelar ahli Hrisk.. Alhamdulillah..


kali ini tempatnya berlainan. bukan di tempat faveret dah, Lata Jerangkang. tapi di Ulu Kenas. kali kedua aku jejak di kem Ulu kenas. first time masa kem BTN. tetiba teringat lak sebab apa dapat nama byro. aiseh! -_-''


berbalik pada kem Hrisk ni.. tempat kali ni sama seperti sebelum ni di mana bukan lah di camp side yang sudah tersedia facilities nya seperti kem kepimpinan dolu-dolu.. haruslah dalam hutan. sampai dah sebati dah dengan perkataan 'berak di air yang deras' pfftt.. agak-agak kat kampung takde air boleh ja terus pi sungai membuang di sana.. tarak hal la.. haha.


aktiviti suma sama juga seperti taun2 lepas.. ada penambahan sikit la sana sini.. ragam peserta ja berubah saban tahun.. cuma kali ni aku dapat sedikit pengalaman baru - terkena sengatan lipan bara. oh ini bukan lah lipan kecil yang kita selalu nampak kat belukar2 tu.. dah nama hutan an.. haruslah ada kelainan walaupun lipan. apakah? patutla rasa tak sedap hati ja nak pi kem ni.


anggarkan lipan ni sepanjang siku ke bahu anda dan besar lagi dari ibu jari anda.. (agak2 yg kurus tu doublekan ibu jari anda) dan lepas disengat satu malam mengerang tuhan saja tahu.. time tu memang terasa seperti berperang hidup dan mati.. mana taknya.. boleh terasa bisa naik sampai ke peha.. mujur mona dan bidan tekan kaki kuarkan bisanya.. kuar sepenuhnya atau tak itu tak la aku tau.. sengatnya terkena di belakang tumit tapi bengkaknya sampai ke betis. woahhh!


mujur aku diberi kesempatan untuk bernafas lagi.. syukur. tula lain kali kat hutan pakai kasut penuh bukan crocs separuh... banyak lagi sebenarnya perkara yang lain berlaku.. malas nak menaip.. sila hubungi saya ya untuk tau lebih lanjut.. amboih mak jemah gituuu...

aku sangat berterima kasih kepada suma yang menjaga aku sepanjang aku sakit.. tak lupa maaf dipinta pada suma kerna sudah menyusahkan anda suma.. T_T


sekali lagi hutan banyak mengajar diri ini.








yang pasti aku dahpun tahu jawapannya.


Friday, January 13, 2012

Friends till Jannah uolss..



just done reading ami jim's blog.

her latest issue is quite similar to me right now. A phase where we wanna show our love to Allah desperately but have to merangkak to achieve the Jannah. well as for me la yang sedang merangkak tu.. but i think she made a great sacrifice when she delete all the Kpop songs and add in surah-surah and zikir instead in her mp3 coz i know her well about her craziness to that group. However we both do it, we just wanna get keredhaan Allah and be near to Him. May Allah guide me, us n all of us to the right path. Friend till Jannah, sis.


I know it is hard to make people that we love to bow down to Allah. Believe me i still thinking the best way to make them search the light and obey to Allah. ''hati orang bukan kita pegang, Allah yang pegang..'' . So, i often doa that Allah will give them Nur to change to be better Muslimin/ Muslimat. Insyallah..


Ya. consider me lucky to have friends that always remember me to Allah. and i love the feeling like now. i feel more calm in whatever i'm doing and face problems with more peacefully. I need these friends to keep remind me how beautiful Islam it is.. How actually we can get pahala so easyly in our everyday life. i love to explore more about Rasulullah and follow all His sunnah.



maybe i am too slowly for this process but i'm heading towards there and really hope i never fall back to my old habit.


Allah is watching us, act like you know it. ^___^










Friday, January 6, 2012

Bertambah





disebabkan kene tegur letak post 1 ja untuk every entry and orang yang tegur tu malas nak memusnahkan mouse dia dengan mengklick banyak kali di older post maka aku pun tambahkan la post menjadi



DUA.




kah kah kah.. ada beza tak??






*tak saba nak berjimba-jimba ngan pokok kat hutan nanti, apa yang ada disebalik pokok, yang tu aku tanak tau.. lalalala




Thursday, January 5, 2012

salah duga kebaikannya




di sebabkan mulut aku, semua rahsia pasal dia terkeluar.. mulut tempayan betul *tepuktepukmulut.

Dah kalau bercerita kat sorunk ni, sorunk lagi nak dgr then sorunk lagi touching sbb yg lain tau dia tak tau so aku da macam cite kat suma geng pun ada.. -___-''
rasa cam nyesal pun ada... kalau aku tak cita kat orang takde la aku malu gila kan.. atleast kalau tau sorunk, malu sorunk, sedih sorunk..


dan bila jumpa dia, semua pun nak senyum dengan senyuman yang aku rasa nak cubit sekor-sekor.. ada lagi siap buat 'ececececece...' lebih teruk lagi yang nak 'terbersin'.. oohhh~~~ memang dulu aku suka gak la kalau di bahan camtu.. *losergile tapi skang aku rasa macam tak payah la buat camtu.. sebab aku sakit di dalam sebenarnya.. aku rasa memang aku yang perasan sebelum ni.. padahal aku rasa dia layan aku sama ja macam dia layan orang lain.. tu la susahnya kalau cepat perasan ni.. haisshh.. and now aku nak kuar dari suma ni.. aku tau dia bukan ada hati sama macam hati aku kat dia.. aku dah tanak ikut flow dah.. tapi kuat kah aku? sedangkan tgk dia on9 awak bukan nak off9 padahal awak tau akan berchat dengan dia.. jadi apa guna kata nak stop suma ni..



apa aku merepek ni syetaaaannnn.....




yang pasti.. tolong lah stop buat senyuman, ececece, 'bersin' bagai bila aku berjumpa or terjumpa dgn dia, ye kawan-kawan.. lagi cepat hati ni lupa lagi cepat tenang diri aku..





*haishh nape background tetiba lagu sedih ni??





Monday, January 2, 2012

Pertembungan




dah dua kali bertembung kat tempat yang sama dan tak expect pun tempat tu.
serious tak!


pertama kali, bertembung, sedikit terkejut ja, senyum, bertukar pertanyaan beli apa. senyum. gerak.


kali kedua, sedang bercakap pasal dia kat kawan seblah. bertembung! terkejut besar. dengan kondisi yang terkejut boleh lari dengan malunya ke kawan.. dah tanak piki dia dengar ka tak perbualan tadi..


ohhh~~ rasa macam nak lari terus ke kereta dan duduk diam-diam tanpa toleh kiri kanan. Nasib tak baik kene tunggu kawan habis bayar dulu. dan....... dia datang! ok, berlagak cool. ok, lupa camne nak berlagak cool. oh dia pandang. senyum. (die senyum aku tersengih kambing) malu lagi. -_-''







orang kata bertembung kali pertama, kebetulan. kali kedua, jodoh.
eh petikan ayat novel ka?


Sunday, January 1, 2012

New Year






semua orang gembira malam tahun baru ni...
aku menangis semahu-mahunya..





apa ada pun dengan new year.. sekadar satu lagi hari yang kita bakal tempuh~~