aku suka bila ayah ku yang mengambil alih acara dapur.
ayah akan memotong semua bahan-bahan terlebih dahulu.
kalau ada 4 lauk yang akan dipersembahkan, maka keempat-empat bahan ayah siapkan terlebih dahulu sebelum mula memasak. maka penuh juga meja makan dengan semua bahan-bahan itu.
walhal boleh saja ayah sediakan lauk kedua sementara memasak lauk pertama.
dan mulalah kedengaran ibu mengomel sendiri kata ayah tak pandai bahagikan kerja.
ayah diam sahaja. aku tergelak.
dan yang paling aku suka, ayah sentiasa mengalas kerja-kerja dapurnya dengan surat khabar lama. walau potong bahan di atas papan pemotong sekalipun, surat khabar lama setia meneman di bawahnya.
hari ini. ayah memasak mee bandung!
mee bandung ayah memang pure sebabnya ayah pon memang asal johor.
sangat sedap! oh lupa ayah ku boleh tahan juga dalam bab-bab memasak. sehinggakan mak saudara aku cukup suka tempe masak kicap hasil dari air tangan ayahku sahaja.
mee bandung ayah belum sampai tengah hari dah tinggal setengah.
biasanya aku dan abangku yang akan semangat makan.
di mana lagi dapat cari di KL ni mee bandung pure sebegitu. Walau aku ke johor sekalipun dan merasa mee bandung tersedap di sana, mee bandung ayah tetap juara nombor satu.
No comments:
Post a Comment