Thursday, February 9, 2012

Aku Hanya Mahu Membuatnya Tersenyum




Selesai sudah skrip aku untuk teater 10 minit ini. Skrip pertamaku. di atas itu tajukku. Tema yang diperlukan ialah JIWA. Ya. sangat subjektif jiwa ini. Mulanya aku mahu menceritakan tentang perjalanan seorang anak yang akhirnya insaf tapi sejak membaca novel Sang Pemimpi, kepala aku asik terngiang-ngiang jalan ceritanya. Asal mahu perah otak, lain yang dipikirnya. Jadi, aku mengambil keputusan untuk mengambil satu babak dalam cerita sang pemimpi. Mozek 4, Biola Nurmi. Ada jugakla perubahan yang aku lakukan takkan lah amik bulat-bulat kan. Ya. Ternyata memang bukan idea asal aku dan aku tahu skrip ini haruslah dari idea sendiri. Tapi dialognya aku bikin sendiri. aku hanya mahu penonton tersentuh sebagaimana aku tersentuh dengan babak ini. Itu pun kalau skrip aku diterima untuk penghasilan teater ini. Harapnya terima. :)




nasib baik skrip 4 muka surat ja.. dah nama untuk teater 10 minit. takkan nak buat skrip untuk setebal teater setengah jam, yedak?







No comments: