Wednesday, March 12, 2014

Jangan burukkan nama 'Cabaran'



Orang kata kita kene cabar diri kita.. sebab apa?

supaya satu hari nanti kita matang takpun nanti kita survive dalam kehidupan realiti yang sesux ni.

apa konsep cabaran kau orang ni sebenarnya?

kalau cabar diri kita dengan apa yang kita tak suka buat, berbaloi ke? contoh macam kau suka menyanyi tapi kau cabar diri kau buat kerja elektronik which kau tak suka then end up kau tak lama pun boleh handle bende tu. bila kau quit orang keliling kau cakap kau ni tak leh ada cabaran sikit.. asik-asik quit.

perlu ke cabar diri kita dengan apa yang kita tak suka? bagi aku boleh je kau cabar diri kau dengan apa yang kau suka.. contoh kau suka meniaga buku di bazaar so kau teruskan then ada satu cabaran datang di mana sale kau sikit ja haritu walaupun kau dah bukak booth seharian dalam kepanasan. tapi end up nya kau akan masih tersenyum sebab kau suka apa yang kau buat, walaupun sale kurang tapi kau mampu buat dan tak cepat mengalah.

kita tak tau macam mana orang tu rasa sampaila kita lalui apa yang dia rasa.

bila si A ni dapat lepas cabaran D, kau kagum. tapi bila si B ni tak lepas cabaran D, kau kutuk.
kau tau ke apa sebenar-benarnya si A dan si B ni rasa? then simply kau judge, ntah pape B ni.. cabaran camni pun takleh handle. Katakanlah kalau turunnya cabaran E, then B buat better than A. camne plak? kau nak kutuk si A pulak?


Lantak la orang nak kata aku apa.. aku tau hidup aku. buat apa aku nak terlampau stress sampai binasa life aku? banyak lagi pilihan lain aku boleh buat takpun aku create pilihan tu.


ni selagi aku boleh hadap aku hadap. aku pun ada limit aku.




Tuesday, February 25, 2014

Cerita Common Cinta.


dan-dan aku tengah lara time ni la si Rauf ni update tuit deep feeling lak..


"aku nampak kau ni sebagai bekap dia ja"

pergh takleh nak straight lagi ayat kawan aku ni.


"kite rasa dia tu tengah test market ja. kitorang pun perasan"

lagi sorang ayat takleh nak kaver.



cite dia ni cam cerita common biasa la.. kau kapel then baru nak tangkap cintan habes tetiba ada something jadi then clash. pastu kau cam meroyan. bagi perempuan haruslah nanges. tipula korang tak nanges. tipu la weh! ok. pastu di saat kau cam dah ok ja hidup tanpa dia tetiba dia mesej kau balik. komann memang komann.. pastu hidup kau terumbang ambing balik. komannnnnnnnnnnnnn.

dia kata dia sayang kau lagi sebenarnya. tapi kau tak bodoh dan kau boleh piki yang itu semua ayat laki semata sebab less than a month dia akan bertunang. tapi kau pilih untuk jadi bodoh untuk jadi dungu, bebal, sebal dengan percaya alasan dia bahwa tunang tu aturan keluarga. dan kau mulakan bibit-bibit cinta semula kononnya. bila kau sedar kau pilih untuk jadi bodoh? bila kawan dia kol cakap dia memang in love ngan perempuan tu. bila kawan dia cakap yang dia beriya-riya prepare untuk bertunang.


itu ke maksud tunang aturan keluarga? kepala bana dia.


pastu kau rasa cam tertampar dengan perkara yang sebenar-benar lagi benar tu. tapi apa boleh buat.. kau hanya boleh nanges. sabar. tahan. teruskan hidup. percaya pada ketentuan Allah.



"kalau jodoh, koma bangun semula pun akan dengan dia. tapi kalau belum sampai jodoh, buat la apa pun takkan jadi'


aku berterima kasih kepada tuhan sebab walaupun aku kehilangan kau, aku dikurniakan kakak walaupun bukan sealiran darah. Dan.. Korang tak tau betapa aku perlukan sorang kakak saat ni lalu aku bersyukur.



aku lara ni. aku lara.



p/s: Thanks napi and kak mimi








Tuesday, February 4, 2014

Pasal diri aku yang aku nak dedahkan



Aku ni dibesarkan dari keluarga bukanlah alim tapi parents aku akan sematkan basic Islam dalam diri kami adik beradik.

Dulu aku bukan macam skang. op course la kann.. ceh. dulu aku kuat gak carut. tapi aku kategori 'baik' lagi la. tak la jadikan carut tu zikir harian. mau tak carut kalau perangai abang tak macam setan. adik aku pulak jenis yang diam dalam dunia sendiri. kalau kat rumah tak lawan maki ngan abang aku memang tak sah. rasa macam tercabar bila tak mencarut balik kat dia. asal jumpa ja bertekak maki hamun. Takat setan babi pukimak pantat tu apa la sangatt.. tapi kitorang tak buat depan parents. gila kau! nak kene rembat ngan ibu aku? mak aku reti taekwando kott.. and again adik aku terus keep silent dengan dunia dia.

Nak dijadikan cite aku ngan kengkawan aku pun jadikan carutan tu cam bende bese. tapi bila dah sekolah menengah dah feel feel rasa matang so aku kurangkan carut pada babi bodoh bangang ja. And yess. sekolah menengah aku ni jenis cam sekolah high school dalam cite mat salleh tu. jenis ada geng hot girls and hot boys. tapi aku kesah lak suma tu. yang aku tau aku kawan ngan semua budak baik dari kelas depan mahupun kelas belakang. ada gak la kekadang jeles bila tengok depa wat party kat pool umah memasing. aku tak kaya cam depa sebab tu tak dijemput. again. kesah lak.

aku jadi berubah banyak tang matrik. kene lak matrik pahang timing bebudak alim bebudak tudung labuh banyak masuk. yang tudung biasa pun cakap baik gak la. so aku pun jadi terdidik tak mencarut. habes kuat pun bodoh ja. pernah satu hari stress sebab nak siapkan assignment then pen lak habeh dakwat, pelagi keluar la perkataan 'babi'. terus satu kafe pandang aku macam aku buat salah bunuh orang. sejak dari tu tobat tanak mencarut dah.

Aku tak ramai kawan kat matrik sebab aku takleh masuk dengan feel baik depa. tapi aku ada geng yang terdiri daripada 4 orang dan salah satunya bertudung labuh. aku jadi makin berubah ke baik pun sebab si tudung labuh ni. dia tak memaksa aku untuk berubah or untuk jadi orang lain pun tapi somehow perangai dia yang even tudung labuh tapi open dan masuk ngan kepala aku yang buat aku amaze dengan dia. dan maybe sebab kekeguman aku tu yang buat aku berubah.

Masuk universiti pun aku jumpa dengan geng yang baik-baik. dah berani buat ayat manja lemah lembut. gelak pun 'hewhew'. kali ni geng aku ahlinya besar. tidak lagi hanya 4 orang. dan kat sini jugak aku jumpa kawan yang sama wataknya macam perempuan tudung labuh kat matrik tu. jadi kes carut aku makin lenyap.

TAPI

dalam fasa-fasa aku nak berubah ni. perangai lama aku yang mencarut ni akan terkeluar bila jumpa geng rumah. bila jumpa habeh semua kuar bodoh pantat babi celaka ect.. semua la. takleh nak buat apa sebab kawan dari kecil kan. tapi aku baik sikit sebab aku tulis camni, 'vavi' 'vodo' 'fakop'. bajet cam kurangla sikit dosa mencarut tu. puih.

tapi aku memang takleh kawal kuasa carutan bila drive. sumpah bila drive tu akan melatah pantat dan babi. ni kalau ada bakal suami or bakal mertua kat seblah memang terus reject aku ni.

tapi aku jenis memang takkan tunjuk jari tengah. it's not my way. dan lagi satu sebab aku rasa cam bakal kene potong ja jari tengah aku kalau aku tunjuk. imaginasi yang hiperbola. kahkah. oh lagi satu imaginasi hiperbola aku, aku takleh makan kulit ayam sebab aku rasa berdosa. tapi pelik badan tetap besar. kahkahkah.

kenapa aku cakap pasal kes carutan ni?
sebab aku tengah baca buku 'awek chuck taylor' dan terasa terimbau kenangan lama.
dan sebab aku rindu geng umah aku. padahal tiap-tiap hari jumpa. vodo.

ok chow. nak pi bagi wassap maki kat group sameon ni.



p/s: abang aku dah jadi baik dan bertanggungjawab skang. tapi baru semalam aku nampak status kat FB dia tertulis "bangsat mana langgar keta aku pagi-pagi"

p/s: hobi baru pakai snow cap kat umah. bajet cam gadis indi punk lagi-lagi bila pakai spek ala-ala vintage. kan ke elok kau pakai tudung segera ja biar tutup semua.







Sunday, January 26, 2014

Deeper conversation between bro and sis



"Kalau aku dah jadi ibu suatu hari nanti aku akan plan biar anak-anak aku tak jauh beza umur antara depa."


Tak semua anak yang boleh luahkan kat ibu atau ayah dia sendiri tapi at least diorang boleh luahkan kat certain adik beradik. Sama konsep macam kengkawan. Tak semua kawan yang kau boleh luahkan kan? Takkan kau nak cerita kat semua orang yang kau pakai seluar dalam gambar pikachu?

Tak. aku takde seluar tu.

Kadang-kadang bukan parents tak penting tapi lebih kepada kau selesa nak cerita kat siapa. dan kadang-kadang abang or kakak or adek lebih memahami sebab baru lepas kena 'pijak' masa nak rempuh kehidupan. Atau sesama tengah mengejar nasib dalam life memasing. So, perasaan tu fresh dan perasaan fresh ni bila dikongsi memang lagi power gaya pemahamannya.

Dan kadang-kadang kau jangan ingat yang kau kakak or abang, kau rasa kau banyak berkorban untuk keluarga. cuba kau ambil masa duk ngan adek kau sambil sap rokok sepam dua takpun sambil tangan main-main pen dan dengar cerita adek kau heart to heart. kadang-kadang cerita depa boleh buat kau tangkap leleh sebab pengorbanan mereka lagi besar dan kesabaran mereka lagi tinggi dari kau. Dan sampai satu masa kau rasa betapa tak bersyukur nya kau sebab asik merungut pasal kepayahan diri sendiri.

Aku tak tau la adek engkorang baik ke jahat tapi yang aku tahu everything goes for reason(s). 

Jadi, kalau korang sebagai kakak or abang, cuba jadikan diri korang tempat luahan adek korang sebab at least depa ada juga tempat mengadu. Mengadu dengan darah daging beza dengan mengadu kat boipren/girlpren mahupun bestpren. 

Aku bercakap ni sebagai seorang kakak yang selama ni ingat adek dia ok.


p/s: tenet.. takat ni ja aku boleh tulis. den tak reti nak ulas panjang lagi.. hewhew.





Wednesday, January 22, 2014

Mencuba bende baru

Angkatlah bontot anda dan mari bergerak ke sini
Nescaya Weekend anda akan jadi lebih gempak!








Tuesday, January 21, 2014

Anak manja


Aku memang kategorikan aku ni anak manja. tak payah nak tengok anak jiran or anak sedara manja ka tak sebab aku tau aku anak manja. Tapi diingatkan maksud aku anak manja bukan lah manja yang tergedik tergesel-gesel tu. hewh.

Cuma rasa macam selalu sangat di manja oleh ayah. Dari kes bank in duit ke kes sesat jalan ke kes kereta sampai la kes beli makanan memalam, semuanya ayah.

Kalau tang ibu. errrr ibu ni keras sikit sebab suka anak dia kental. tapi kalau tang nak mengadu nasib macam kita ni susah bebeno ngadu kat ibu la jawapnya. Ibu pun layan ja. pastu bagi ayat sebijik "dah 24 tahun pun homesick lagi". he he he.

Cite dia skang ni sebab aku dah berhenti keje. dan teruskan menganggur. rasa cam anak manja asik duk tergolek-golek kat umah ja. tapi angan-angan tinggi nak berduit sebab nak senangkan ibu ayah.

Aku berhenti pun ada alasan kuat dan disokong oleh family. Walaupun seminggu ja kerja tapi dah dapat kengkawan cambest. Ralat gak nak tinggalkan tapi terpaksa. So, cam aku ni bukanlah manja sangat kan kan.

Ok skang ni dah konfius, patut aku teruskan tajuk ni dengan anak manja or berhenti kerja?

Wednesday, January 8, 2014

Hari Lahir Nashriq Nathiman



Selamat Hari Jadi Bro,

semoga dimurahkan rezeki
semoga dapat membina keluarga bahagia dunia dan akhirat
semoga terus kekal jadi abang yang tegas

terima kasih sebab sentiasa pedulikan adik adiknya
terima kasih sebab sentiasa bagi hujah supaya adik adiknya boleh berdiri walaupun dunia ini kejam
terima kasih kerana terus jadi abang sulung. gua tau lu banyak berkorban bro.

dalam diam gua tabek.

Sunday, January 5, 2014

Mimpi Indah


Walaupun tu semua hanya mainan tidur
tapi dalam diam aku berdoa kenyataan itu menjadi
suatu hari nanti
mungkin?

Wednesday, January 1, 2014

Interview (2)


Aku dapat job tu, syukur Alhamdulillah.

Padahal aku memang tak sedia langsung nak berinterview tu. Mungkin sebab nak pi sesaja ja. test market. Choii kau sesaja. dah tu nape kau goyang? nebes bagai? siap sampai setengah jam awal pastu boleh tenangkan diri salam keta sampai 15 minit. haha.

Tapi interview ni memang sempoi la aku penah kene. Selama ni asik interview strict ja. kali ni cam sembang kopi dengan chef pastu tautau aku dihire. mata terbeliak gak sebab terus dapat title cook. ingat senang nak dapat title cook? title sama dengan napi yang berumur 28 lak tu. pasni leh r kalahkan napi masak western food. HAHAHA. ok nadia kau tu baru setahun jagung, ilmu pun tak banyak ag. Balik pada tadi. gila kau noks dapat title 'cook'. punye aku tak percaya sampai tanya chef tu dua kali.

Tapi bila diingat balik sebenarnya hancur gak aku tadi time interview. Dia tak tanya banyak, dia just intro dengan how to make mayonnaise. aku boleh tak dapat jawab. bukan, bukan tak dapat jawab tapi amik masa lama. sumpah kalau time ni Dr. Shahrim, Dr. Rina, Prof Yazid tengok memang menanges kenapa dapat student food camni. Semuanya sebab : aku tak bersedia.

Aku syak depa ni desperet nak pakai orang ni. mau tak restoran baru nak bukak kot.

kerje tu memang passion aku la. Food dan Nadia mana leh dipisahkan. lagilagi di tambah bermain gastronomy pulak lagi mata aku bersinar la. Bayangan aku masak tu dah ada dah tu. fuhh

Tapi tapi tapi

gaji di tawarkan sangatlah sikit. untuk hidup di kota metropolitan ni. untuk meredah harga minya harga tol yang meningkat ni. sudahlah rumah aku ke subang boleh tahan gak la jauh dia. Alamatnya memang kais pagi makan pagi la. cam lamo lagi nak merasa Neo r3 merah ni.

aku pejam mata. tarik nafas. hembus.

"can you give me two or three days for me to consider about this job?"


balik wat Istikharah la.