Tuesday, February 4, 2014

Pasal diri aku yang aku nak dedahkan



Aku ni dibesarkan dari keluarga bukanlah alim tapi parents aku akan sematkan basic Islam dalam diri kami adik beradik.

Dulu aku bukan macam skang. op course la kann.. ceh. dulu aku kuat gak carut. tapi aku kategori 'baik' lagi la. tak la jadikan carut tu zikir harian. mau tak carut kalau perangai abang tak macam setan. adik aku pulak jenis yang diam dalam dunia sendiri. kalau kat rumah tak lawan maki ngan abang aku memang tak sah. rasa macam tercabar bila tak mencarut balik kat dia. asal jumpa ja bertekak maki hamun. Takat setan babi pukimak pantat tu apa la sangatt.. tapi kitorang tak buat depan parents. gila kau! nak kene rembat ngan ibu aku? mak aku reti taekwando kott.. and again adik aku terus keep silent dengan dunia dia.

Nak dijadikan cite aku ngan kengkawan aku pun jadikan carutan tu cam bende bese. tapi bila dah sekolah menengah dah feel feel rasa matang so aku kurangkan carut pada babi bodoh bangang ja. And yess. sekolah menengah aku ni jenis cam sekolah high school dalam cite mat salleh tu. jenis ada geng hot girls and hot boys. tapi aku kesah lak suma tu. yang aku tau aku kawan ngan semua budak baik dari kelas depan mahupun kelas belakang. ada gak la kekadang jeles bila tengok depa wat party kat pool umah memasing. aku tak kaya cam depa sebab tu tak dijemput. again. kesah lak.

aku jadi berubah banyak tang matrik. kene lak matrik pahang timing bebudak alim bebudak tudung labuh banyak masuk. yang tudung biasa pun cakap baik gak la. so aku pun jadi terdidik tak mencarut. habes kuat pun bodoh ja. pernah satu hari stress sebab nak siapkan assignment then pen lak habeh dakwat, pelagi keluar la perkataan 'babi'. terus satu kafe pandang aku macam aku buat salah bunuh orang. sejak dari tu tobat tanak mencarut dah.

Aku tak ramai kawan kat matrik sebab aku takleh masuk dengan feel baik depa. tapi aku ada geng yang terdiri daripada 4 orang dan salah satunya bertudung labuh. aku jadi makin berubah ke baik pun sebab si tudung labuh ni. dia tak memaksa aku untuk berubah or untuk jadi orang lain pun tapi somehow perangai dia yang even tudung labuh tapi open dan masuk ngan kepala aku yang buat aku amaze dengan dia. dan maybe sebab kekeguman aku tu yang buat aku berubah.

Masuk universiti pun aku jumpa dengan geng yang baik-baik. dah berani buat ayat manja lemah lembut. gelak pun 'hewhew'. kali ni geng aku ahlinya besar. tidak lagi hanya 4 orang. dan kat sini jugak aku jumpa kawan yang sama wataknya macam perempuan tudung labuh kat matrik tu. jadi kes carut aku makin lenyap.

TAPI

dalam fasa-fasa aku nak berubah ni. perangai lama aku yang mencarut ni akan terkeluar bila jumpa geng rumah. bila jumpa habeh semua kuar bodoh pantat babi celaka ect.. semua la. takleh nak buat apa sebab kawan dari kecil kan. tapi aku baik sikit sebab aku tulis camni, 'vavi' 'vodo' 'fakop'. bajet cam kurangla sikit dosa mencarut tu. puih.

tapi aku memang takleh kawal kuasa carutan bila drive. sumpah bila drive tu akan melatah pantat dan babi. ni kalau ada bakal suami or bakal mertua kat seblah memang terus reject aku ni.

tapi aku jenis memang takkan tunjuk jari tengah. it's not my way. dan lagi satu sebab aku rasa cam bakal kene potong ja jari tengah aku kalau aku tunjuk. imaginasi yang hiperbola. kahkah. oh lagi satu imaginasi hiperbola aku, aku takleh makan kulit ayam sebab aku rasa berdosa. tapi pelik badan tetap besar. kahkahkah.

kenapa aku cakap pasal kes carutan ni?
sebab aku tengah baca buku 'awek chuck taylor' dan terasa terimbau kenangan lama.
dan sebab aku rindu geng umah aku. padahal tiap-tiap hari jumpa. vodo.

ok chow. nak pi bagi wassap maki kat group sameon ni.



p/s: abang aku dah jadi baik dan bertanggungjawab skang. tapi baru semalam aku nampak status kat FB dia tertulis "bangsat mana langgar keta aku pagi-pagi"

p/s: hobi baru pakai snow cap kat umah. bajet cam gadis indi punk lagi-lagi bila pakai spek ala-ala vintage. kan ke elok kau pakai tudung segera ja biar tutup semua.







No comments: