Monday, December 30, 2013

Dah tau jawapan dia




Aku minta tempoh dua tahun
Kau kata lama
Aku pendekkan jadi setahun
Kau okay sahaja

Tapi lama-lama kau hambar
Tau-tau kau akan bertunang tahun depan bulan tiga
Bukan dengan aku
Pandai kau pilih tarikh
Bulan kelahiran aku pulak tu


Demn.


Interview




Esok tarikhnya
Subang Jaya tempatnya
Kitchen positionnya


Aku tak sedia pape
tempat pun tak bape mahir nak selongkar lagi
Tau dah gaji kitchen memang sikit tak setimpal ngn 'title pelajaran' aku.


Dah kalau yang ni panggil aku
Dah kalau yang ni aku minat


gasak ja lah


baru interbiu, belum di hire lagi..

Moga dipermudahkan... Amin.



Thursday, December 26, 2013

Tersenyum Terjatuh Tergolek dok Terbangun sepanjang 2013





Err.. rasa kekok plak sebab dah lama tak menulis.

Disebabkan hampir nak ke new year, jadi aku amik kesempatan ni untuk rumuskan hidup aku sepanjang tahun 2013. Many great things happened!



  • Pergi kem high risk kat jerangkang.. tiap-tiap tahun pergi dan tiap-tiap tahun jugak aku missed nak cerita kat sini.
  • Praktikal kat Sime Darby Convention Centre untuk 6 bulan.. dapat member baru.. dapat geng kamcing..
  • Kenal dengan hanafi dan rasa sangat jeles dengan relationship dia n isteri dia sebab mereka sangat kewl dan loving. kadang-kadang habeskan masa stalk depa dua (kantoi).
  • isteri dia nama nadia jugak. So, tak dinafikan nadia memang kewl dan loving. hoyeah!
  • Jatuh cinta dengan western punye masakan tapi priority tetap suka pastry.
  • Terminat lebih kat chef western.. meow
  • Cousin rapat bertunang.
  • Time raya masih dikatakan gemuk walaupun berusaha diet time puasa.
  • Graduate dengan bangga walaupun tak dapat first class degree dapat degree pun dah kira bersyukur.
  • Hitam balik lepas seharian bergambar dengan ex classmate sambil peluh-peluh dengan jubah grade di Putrajaya.
  • Tau tak kulit aku ni ambil masa lama nak putih! sian makk tau noks.
  • Cari keje dan cari dan cari dan cari~~~
  • Dapat offer buat part time sebulan di Sabah. So, yeah I flew to sabah and worked as Hygiene Officer at Nexus, Karambunai.
  • Minggu pertama sampai Sabah dah homesick sampai ibu pening nak layan.. pfftt.. But at the end of the day, aku syukur pergi ke sana sebab aku belajar banyak pasal hidup dan kehidupan.
  • Dapat tawaran jadi pekerja sambilan kat KPJ Gombak tapi terpaksa tolak sebab time tu lagi dua hari nak gerak ke sabah.
  • Last-last keje tu dapat kat Oyo which I'm glad she get it sebab dia nak kawen. rezeki dia.
  • Dapat tawaran Management Trainee kat Coffe Bean tapi tolak.
  • Dapat interview kat Laura n Daddy as cake decorator tapi tak pegi.
  • Sumpah tanak demand keje dah pasni. =_="
  • Baru putus cinta. T.T
  • Lepas duk Sabah sebulan balik KL tak sampai 3 hari dah gerak ke Terengganu seminggu then balik KL duk dalam 4 hari terus jejalan ngan besties meronda Penang. Holiday sakan katanya.
  • Cousin rapat kat Terengganu dah kawen.. so sad. dah takleh nak peluk cium dia tiap-tiap malam time raya pasni..
  • Menggila di wedding Fic bersama kawan sek dolu-dolu.. sebaik tak ranap ja pelamin tu..
  • Sedang buat preparation kek untuk wedding Oyo.. weeee =)
  • Dah makin banyak mengumpul buku-buku Lejen Press, Freud Press, dan indie
  • Masih Part time di Sime Darby Convention Centre sampai dapat kerje tetap.
  • Masih mencari dan mencari dan mencari keje..




Cam tak banyak la nak cite an.. kalau nak banyak ag kita talk face to face ya.








Tuesday, May 28, 2013

Si manis



Terkena sendiri..
malu campur suka..
tapi lebih malu sampai tak nak pandang mata dia..
baru perasan dia pandang kita..
senyum gelak sebab tak mampu dah nak layan kerenah gurauan kawan..
Tak. malu nak tak tercakap sebenarnya so senyum dan gelak saja sebagai cover di muka ni.
bagi reaksi slumber..
lantak la dalaman berdebar yang amat.


walaupun aku tau itu suma hanya gurauan bagi dia
walaupun aku tau tak kemana hubungan tu,
tapi biarlah aku simpan rasa berbunga ni.
harini ja..
biarlah aku perasan untuk harini ja.



Sunday, April 7, 2013

Hormat aku sebagai seorang perempuan



oh hai!! Assalamualaikum...!

so sekarang saya dah jadi perempuan bekerjaya..


ha ha ha. baru praktikal sebulan lebih kat SDCC dah claim 'perempuan bekerjaya'. jadi mari ulang ayat di atas..

so sekarang saya dah jadi perempuan berpraktikal yang berjaya. so far best la keje sana walaupun memula asik kene maki ja ngan chef. itu aku dah mentally prepared walaupun setiap malam pi meroyan kat kengkawan pasai kene maki bajet macam cabaran besar. tetapi sebenarnya aku baru nampak cabaran besar bekerja di situ sekarang ni. kami di kitchen hanya empat orang perempuan and the rest lelaki. ya hanya kami empat orang so kalau depa nak kacau pun kami ja. senang cerita kami ni jadi bahan entertainment depa.

oi oi oi.. jangan piki lain..

aku tak kesah depa nak cakap kasar ka mencarut ka nak ejek aku gemuk ka konon nak kenenkan aku ngan  bangla ka. tapi hormatlah aku sebagai perempuan. tangan tu tolong jaga. mata tu tolong jaga. Iman aku banyak tercabar bila bekerja kat situ. dan open minded aku ada batasnya. tak perlu nak bercerita lucah sampai aku rasa hinanya kami di mata lelaki seperti kamu-kamu. rendah sangat ka nilai seorang perempuan dia mata lelaki seperti kamu-kamu? Tapi tak semua laki-laki kat situ teruk macam tu.. kebanyakan la..


Kerja dengan korang sumpah best! tak tipu punya.. tapi memang satu ni ja yang aku minta..
hormat aku sebagai seorang perempuan.








Sunday, February 3, 2013

two is better than one..



 bila dua pertunangan terjadi dalam masa sehari? maka..

lagi ramai sanak saudara mai sebab double important kan..
lagi kecoh jadinya sebab nak kene fikir majlis tu untuk dua orang sekaligus kan...
double neves.. mau taknye.. aku pi dapur yang ni kata neves nak naik atas sorang lagi ngadu neves neves.. aku yang tak neves ni keliru depa ni bakal jawab akad nikah ke?

nadia tak pernah tunang sila senyap.


but one thing yang depa dua ni sepakat!
the theme for the engagement ceremony! which is PINK!
and they both look soo stunning soo gojes.. weewiitt..

majlis tunang ni sebenarnya untuk my aunt and my best cousin..

cuma yang tak bestnye my hp camera ni suka mood blur.. nak tunggu dari kamera abang macam lambat benau kan so i'll proceed to this blur pic la.. hewhew


majlis tunang dimulakan dengan my aunt dulu dan majlis bermula lepas Asar..


yang pink itu my gojes + vogue aunt



And the ceremony begins..



dok bincang apa ntah..



Tok ki gagah sungguh duduk di samping isteri dan anak-anaknya.




sesuku dari sanak saudara yang mai..
ni kalau semua saudara duk atas pelamin mau roboh.



muka semua makin hensem.. meoww..
muka semua tahan lapar.. 



pic time yaw!



we conquer the pelamin!


So sementara menunggu majlis kedua tunang cousin lepas Maghrib, kami anak beranak pi pakat makan pabila dengar cerita belah malam bakal datang seramai 100 orang.. konon tambah tenaga la..
sambil tu den pun penat la dengar si cousin ni dok neves... sian dia sebab den lagi layan nasi berlaukkan gulai ayam dari dengar rintihan dia.. 



alat make up mak andam katanya



hantaran dari pihak perempuan



kemain pi tutup muka sampai si tunang tak nampak pelamin.. kahkah



malu-malu plus neves memasing



okay dah tak malu dah..



sekali lagi adek-beradek bergambar..



happy family of 'teh'



sempat lagi adik buat gaya aizat dan tak sempat lagi kaki ku untuk dikepit terus di snap



STUNNING!
then ika kata macam hantu~~~ =___=



ignore muscle kat tangan I




bersama 3 pahlawan pasir panjang



The best pic so far kalau tiada yang sampuk kat belakang



Then lepas ja Ika tunang suma sebok cakap.. 'kalau time nadia nanti buat camni...' 'kalau time nadia nanti buat kaler..' 'kalau time nadia nanti... bla bla bla'. aku pun kat tengah-tengah tu buat muka seinnocent yang boleh sambil practise fish eye..
Ada satu part tu lagi sadis pabila mak saudara tak percaya yang aku tarak boyfriend. sampai buat mata terbeliak. terkejut ke tak paham? aku syak kene cakap Myanmar kat dia baru dia paham.



nasib kau lah nadia sebab jadi orang last single antara saudara kannnnn


Wednesday, January 30, 2013

buku hitam




tengah kemas buku..
terjumpa diari tingkatan 3.. the only diari that i have.. dan aku bukan lah penulis diari tegar..
cuma disebabkan seseorang itu, buatkan aku laju dan senang untuk luahkan di diari berkulit hitam itu setiap hari..
tingkatan 3 yang mengajar aku apa itu rasanya bila terbitnya cinta..
tetiba part last tertulis 'I just being sooo desperate'

biasa la waktu muda, waktu yang berapi-api..
haha..






Sunday, January 13, 2013

Mereka





mereka pergi seperti bakal berjumpa di lain sem..
mereka pergi seperti akan ada kelas sama lagi di lain sem..
mereka pergi seperti akan bergelak ketawa bersama lagi di lain sem..
mereka pergi dengan hati yang gembira kerana tidak akan patah balik ke kolej ini..


dan aku selalu menjadi orang yang terakhir melihat mereka pergi..

ohh betapa aku rindukan mereka..