kadang -kadang aku terasa seperti anak manja.. ya. anak yang tak tau apa itu erti kesusahan. aku tau susah tapi aku seperti mengelak dari mengalami. kalau tak, kenapa aku tak ikut mak aku berniaga? sebab panas? sebab boring tunggu customer? sebab tak cool? sebab tak mesra alam bila seisi tawar menawar? kenapa? puas aku piki. aku hanya beri alasan tak minat berniaga tapi jauh hati kecil ku mengatakan alasan lain. cuma tak tau apa. aku kesian tgk parents aku balik dengan kepenatan. muka mak aku burn mukanya. betapa kaki mereka kering, betapa bapakku sengal-sengal lutut. aku nampak tapi apa yang aku buat? aku cuba tebus dengan kemas umah masak lunch tapi seperti tidak cukup berbanding penat dengan mereka berniaga.
aku rasa seperti aku tidak berdikari sepenuhnya. jikalau namanya duduk hostel boleh berdikari, maka aku tidak setuju. pabila aku melihat kesusahan orang lain, kepayahan mencari duit sambil belajar. aku rasa kagum dan serta merta aku rasa diri aku ni dimanjakan. ada kesah di mana budak perempuan sebaya denganku tidak sanggup melanjutkan pelajaran sebab mahu tolong mak berniaga. maknya ibu tunggal. betapa cekalnya hati dia. aku tahu dari mata dia, dia teringin sangat mahu belajar pabila ku bersembang dengannya. pernah juga aku terpikir, jika satu hari aku tidak dapat sumber wang. dari mana aku mahu dapatkan? mampu aku bekerja sambil belajar? mampu tidur aku kurang atas sebab mencari wang dan dalam masa sama belajar untuk maintain pointer tinggi?
abang aku ada nasihat suruh berniaga di kolej tapi aku menolak alasan aku busy. see. mentah-mentah aku tolak cadangannya tanpa mencuba. aku kagum dengan abangku. dia sangat mencuba sehabes baik menambahkan pendapatan, hampir setiap malam balik kerja terus ke tapak niaga supaya boleh tolong parentsku. kenapa aku tidak ada semangat begitu? kerna itu aku malu untuk meminta apa-apa wang dari parentsku biarpun ptptn hampir nyawa-nyawa ikan. aku tersangat malu.
bukan aku tak syukur senang begini. malah aku sentiasa mendoakan rezeki halal kepada kami sekeluarga. cuma aku takut, kalau datang rintangan depan aku, mampukah aku menghadapinya? atau semngat aku terus hilang dan menagis saja jalan keluarku?
1 comment:
Fokus belajar pun aku rasa kau dah boleh terbit rasa gembira kat hati mak bapak kau bairo. Berusaha!
Post a Comment