Monday, May 7, 2012

semangat pertama untuk terus berjuang..



Ahad, 6 Mei 2012..

hari yang di tunggu dah tiba.. hari larian amal! oh memang aku sangat excited menunggu hari ini.. jangan tanya kenapa kerana aku pun tak tau nak jawab apa. mungkin sebab stress assign, jadi kira mahu lepaskan segala stress itu.. padahal tak prepare betul-betul untuk larian ni.. jog pun sekali ja.. sebaik selalu buat squad..

bangun ja pagi tu, terus tersenyum! pi mandi pakai baju biru jerit-jerit kat blok buh bedak sikit pakai tudung, ok done! (betul punya semangat). Then pagi tu mula dengan senaman sebagai warm up la konon.. tapi aku warm up mulut ada la.. tergelak ja lebih.. haha.. then tiba la masa ke garisan permulaan.. hati debar jugak nak lari-lari ni.. takut pancit pun ada.. haha.. then preeett.. larian pun bermula.. aku bermula dengan slow jog.. tapi agak terkebelakang.. hewhewhew.. memang aim nak jog sampai habes. tanak berhenti! tapi apakan daya.. aku kalah juga tang bukit. pancit~~~ berbekalkan nasihat rumate ''kalau kau tak larat jog, jalan laju. jangan jalan lenggang kangkung..'' jadi aku putuskan untuk jalan laju di setiap bukit.. haha.. semangat aku naik bila tengok nano.. apa lagi.. berdesum la cuba lawan dia.. kami agak berlawan antara satu sama lain.. bila nak sampai ke garisan penamat, en hafiz cakap pompuan lagi 3 medal.. elok ja pas pengumuman tu, nano pecut sampai ke garisan penamat.. oh~~ aku ketinggalan.. tapi aku pecut juga bila hampir-hampit ke penamat. time tu heppi bukan kepalang sebab dapat habeskan larian.. weeehuuuuu! *joget2.

then tetiba kak pah panggil.. dia suh amik medal.. pelik juga, tapi amek ja dah rezeki.. rupa-rupanya aku no 19 dari top 20.. *terdiam. time tu rasa nak nangeh terharu sebab selama merentas desa ka larian apa-apa ka mana penah dapat pingat. yeah.. dalam agak kecewa aim nak jog tanak pancit tak kesampaian, rupa-rupanya aku telah diberikan 'hadiah' lagi besar dari tu.. pingat ini menjadi bukti untuk usaha semangat aku selama ni.. *genggam pingat ke langit. haha.. mungkin la bagi you olls kan like cam hape ntah setakat menang no 19 ja.. tapi for me la kan, i sangat berbangga tau.. rasa macam atlet sukma dah.. haaa kelas gituuu..

rumate dapat no 4, rumate lari laju.. ^__^



kol ibu.. punya heppi cite kat ibu.. ibu pun boleh terjerit-jerit kat tepon sekali.. memang dasar mak borek anak rintik.. pffttt.. then ibu bagi lagi semngat suh kuruskan badan.. hoyeah! ibu minggu ni nadia balik.. nak masak ayam ketuk belaja dari jiran.. yeayeayeayea..





bersama-sama mereka..
esoknya, kawan-kawan semua cakap tak sangka aku lari kuat.. stamina kuat.. hidung kembang mak tauuu... okay jangan bangga sangat.. Aku syukur memang badan aku besar tapi stamina aku agak kuat.. cuma bagi aku stamina ini tak cukup lagi dan aku mahu lebih fit.. hoyeah.









sepanjang karnival sedetik lebih ni macam-macam da aku dapat.. suka la ada karnival camni.. tahniah kepada pengarah, ajk-ajk dan semua yang menjayakan karnival ni.. besh sangat sangat.. walaupun terpaksa potong tudung sebab tersekat kat abseiling, terhumban ke pokok time flying fox, tembak tak kene time shooting paintball, tu belum kira aku habes kat duit makanan ag.. hahaha.. tapi bagi aku karnival ni memang gempak...!


nak helmet tu.. style~~


mua pandang lain mana tembak nak kene..









1 comment:

nano said...

hahaha seriously aku tak dengar pon en. hafiz punya pengumuman tu. sbb dgr mp3. hah hah. aku pecut pon sebab dah nak dekat, tak sanggup ada org potong. ;P