Wednesday, January 25, 2012

HRAT 016



sememangnya kem tahunan Hrisk buat aku ternanti-nantikan kemunculannya.. dan setakat ni aku tak pernah terlepas dari kem ini tiap tahun semenjak aku bergelar ahli Hrisk.. Alhamdulillah..


kali ini tempatnya berlainan. bukan di tempat faveret dah, Lata Jerangkang. tapi di Ulu Kenas. kali kedua aku jejak di kem Ulu kenas. first time masa kem BTN. tetiba teringat lak sebab apa dapat nama byro. aiseh! -_-''


berbalik pada kem Hrisk ni.. tempat kali ni sama seperti sebelum ni di mana bukan lah di camp side yang sudah tersedia facilities nya seperti kem kepimpinan dolu-dolu.. haruslah dalam hutan. sampai dah sebati dah dengan perkataan 'berak di air yang deras' pfftt.. agak-agak kat kampung takde air boleh ja terus pi sungai membuang di sana.. tarak hal la.. haha.


aktiviti suma sama juga seperti taun2 lepas.. ada penambahan sikit la sana sini.. ragam peserta ja berubah saban tahun.. cuma kali ni aku dapat sedikit pengalaman baru - terkena sengatan lipan bara. oh ini bukan lah lipan kecil yang kita selalu nampak kat belukar2 tu.. dah nama hutan an.. haruslah ada kelainan walaupun lipan. apakah? patutla rasa tak sedap hati ja nak pi kem ni.


anggarkan lipan ni sepanjang siku ke bahu anda dan besar lagi dari ibu jari anda.. (agak2 yg kurus tu doublekan ibu jari anda) dan lepas disengat satu malam mengerang tuhan saja tahu.. time tu memang terasa seperti berperang hidup dan mati.. mana taknya.. boleh terasa bisa naik sampai ke peha.. mujur mona dan bidan tekan kaki kuarkan bisanya.. kuar sepenuhnya atau tak itu tak la aku tau.. sengatnya terkena di belakang tumit tapi bengkaknya sampai ke betis. woahhh!


mujur aku diberi kesempatan untuk bernafas lagi.. syukur. tula lain kali kat hutan pakai kasut penuh bukan crocs separuh... banyak lagi sebenarnya perkara yang lain berlaku.. malas nak menaip.. sila hubungi saya ya untuk tau lebih lanjut.. amboih mak jemah gituuu...

aku sangat berterima kasih kepada suma yang menjaga aku sepanjang aku sakit.. tak lupa maaf dipinta pada suma kerna sudah menyusahkan anda suma.. T_T


sekali lagi hutan banyak mengajar diri ini.








yang pasti aku dahpun tahu jawapannya.


No comments: