Thursday, March 29, 2012

bagai bom jatuh ke muka..






dapat markah paling rendah dalam kelas..
mula-mula berair gak mata.. lama-lama ketawa sendiri.. pelik juga sebab sampai sekarang tak tau kenapa hati tenang ja terima.. Alhamdulillah untuk hati yang tenang ini..
dulu pun selalu gak goreng-goreng time test tapi takdelah sampai dapat markah teruk sangat camni.. nak kata tak study, aku study gak.. mungkin aku tak mendalami.. mungkin aku takde masa untuk bersedia dengan test..



Ya. aku mengaku aku aktif. aku aktif atas dasar aku minat. kire bonus la sebab boleh stay kolej. aku tau akibatnya untuk terus kekal aktif ni, cuma mungkin aku tak bersedia dengan kebrangkalian yang lebih besar! plus dengan rakan dan taulan yang memerli kerna kerja tak siap jadi mereka tak boleh untuk sambung kerja seterusnya.. inilah keburukan kalau kerja kumpulan.. mereka tak paham orang yang busy ini macam mana miserable nya hidup dia.. macam mana dia terpaksa rushing untuk lakukan semua perkara.. dan mereka tak paham bahawa aku sedang melakukan yang terbaik untuk segala kerja.. aku bukan minta simpati cuma tolong lah memahami. aku bukan jenis tak buat kerja.




eleh, kau tu boleh stay kolej tapi tak aktif pun ada aku perli-perli? ada aku kecoh-kecoh? *betulpunyatakpuashati




Ibu tepon petang tadi. jarang dia tanya pasai test or final exam.. tetapi terkeluar dari mulutnya bertanyakan test aku. berat juga hendak aku khabarkan.. last2 cakap jugak result teruk cuma tak beritahu jumlah berapa.. dan aku mengaku juga dekat ibu pasai aku memang busy mengaktifkan diri.. Alhamdulillah ibu paham.. sekali lagi mata aku berair kerna masih ada lagi yang memahami especially daripada orang yang paling aku admire the most! makin berkobar-kobar juga semangat aku untuk perbaiki diri..


lepas ni fokus pada study.. FYP pun tak tergerak lagi ni... @___@






Monday, March 26, 2012

Kau yang mula dulu..



mungkin juga anggapan itu benar.
mungkin juga terlampau memikirkan kenapa.
segalanya bermungkin. tak jelas sebab tak tanya? atau makin serabut kalau ditanya?


mahu juga ambil langkah extreme. tapi hati cepat mengalah. hati? ke nafsu?


kalau dah jumpa tiap-tiap malam mana tak badan ni segar, bibir ni senyum, mata sentiasa curi pandang?




Thursday, March 15, 2012

Teruk sangat ke DUNIA ni?




dah 2-3 aku tgk orang post pasal program DUNIA akan datang.. Post-post tu memang buat aku terasa. aku bukan lah nak jadi orang penting pun dalam program ni tapi aku dah minat jadi aku buat berkobar-kobar. Tak suma orang yang buat DUNIA ni tak kenal AKHIRAT kan? Bila aku baca post camtu, aku rasa jahil sungguh. Yang cakap tu tgh Qiamulai ka? tengah baca Quran ka? dah solat Dhuha? maaf. aku memang pandang orang yang bercakap lebih daripada apa yang kau cakap itu. jadi silalah berperangai seperti mana cara kau berkata-kata. mungkin kau tak pernah pegang program. try lah sekali baru kau tahu langit tinggi atau rendah.