Wednesday, September 12, 2012

SEM 7 yay!





so far duduk dekat upm ni asik hujan. in fact sekarang ni pun tengah hujan.. sudahlah tengah jemur baju, baru duduk depan lappy tiba-tiba nampak hujan kat tingkap.. berderau lari ke ampaian angkat baju balik.. hewhew.. hari ini hari ketiga for the new sem.. dapat rumate junior first year yang boleh tahan jugak petahnya cuma terkejut sebab semalam dia study kenegaraan.. freshy~~~~~ tapi masih rasa kekok nak sembang-sembang.. what do you expect? baru 3 hari bersama ma.. pepepun rindu nak berumate dengan ari dan rindu nak berjiran dengan oyo.. jahat korang tinggalkan aku dekat aras 2 ni keseorangan.. okay sangat drama sebab za duduk selang 3 bilik ja.. ada jugak plan jahat nak paksa rumate ari duduk dengan rumate aku so that aku boleh sebilik dengan ari.. haha.


masa mula-mula start sem baru memang tak sedia nak belajar pun.. mungkin sebab cuti lama.. rasa nak skip terus ke LI.. wattehek.. tapi ntah kenapa dah masuk 3 kelas so far rasa macam berkobar-kobar nak siapkan semua assigment. sejak hari isnin ke hulu hilir buat fyp yang tak berkesudahan.. tak jumpa dengan supervisor lagi.. haiyoo.. mungkin minggu depan.. btw, weekend ni siti ajak pegi fashion show! weeeeeeee.. sudah berangan nak dress up macam fazura.. ehek.


so, itu sedikit sebanyak tentang sem baru saya. macam mana dengan sem baru anda? mari kita kongsi pengalaman bersama.. *rasa nak sepak diri laju-laju skang jugak*

Friday, September 7, 2012

Cuti sem yang terakhir..




tinggal lagi 3 hari sebelum naik sem baru.. perkara yang paling malas nak buat adalah kemas baju.. kemain semangat arini masak awal-awal so that bagi ruang untuk kemas kononnya.. tapi lepas ja masak terus TERtidur sejam.. terbangun pun sebab parents dah balik.. hewhew.. penat masak kot~~~~ pfftt

sejak menjak duduk rumah sepanjang cuti sem ni badan jadi malas sangat.. penat minda la konon sebab asik pikir pasal fyp,, sudahnya kerja suma tergendala.. baru sapu umah dah duduk kejap. rehat. haishh.. masa mula-mula cuti kemain kemas umah cuci itu cuci ini masak itu jemur kain bla bla bla... semangat habes.  skang ni rasa nak tidur ja seharian.. oh how I miss my buzy life.. *dandan. sudahla sepanjang cuti tak buat part time pun sebabnya supervisor asik mau jumpa like every week.. takkan nak mintak cuti sakit tiap-tiap minggu kan.. jadi tak berduit untuk keluar jejalan sudahnya duduk umah.. menambahkan lagi penyakit malas.

nasib baek kene jaga 6 ekor kucing kat rumah ni.. jadi terisi juga lah hari-hari ku.. dah macam jaga anak.. bagi makan, mandikan, bersihkan tempat yak yak mereka, kadang-kadang berkejaran main bersama mereka... sounds like ibu mithali ha? nak upload gambar kucing tapi malas nak pasang kabel? dah tahap gaban penyakit malas ni.. serius tak nak dah duduk rumah lama-lama..  even nak update pasal raya +abang tunang pun malas.. takpelah da tengok video kat fesbuk tu kire update an? kemain tegur den ni tak boleh duduk diam.. =___=''


mahu sambung kemas baju yang bergelimpangan tu.. tak ada mood langsung untuk sem kali ni sampai pernah terfikir nak berhenti belajar.. aku syak sebab penyakit malas berleluasa di minda ni.. cuma sedih ja sebab sem terakhir untuk kumpul pengalaman bersama kawan-kawan kolej...


me impress dengan senior-senior yang buat master.. fuhhh..
naik sem ni rasa-rasa tanak terseliuh kaki tu sila jangan tegur pasal badan.. ^__^