Sunday, January 26, 2014

Deeper conversation between bro and sis



"Kalau aku dah jadi ibu suatu hari nanti aku akan plan biar anak-anak aku tak jauh beza umur antara depa."


Tak semua anak yang boleh luahkan kat ibu atau ayah dia sendiri tapi at least diorang boleh luahkan kat certain adik beradik. Sama konsep macam kengkawan. Tak semua kawan yang kau boleh luahkan kan? Takkan kau nak cerita kat semua orang yang kau pakai seluar dalam gambar pikachu?

Tak. aku takde seluar tu.

Kadang-kadang bukan parents tak penting tapi lebih kepada kau selesa nak cerita kat siapa. dan kadang-kadang abang or kakak or adek lebih memahami sebab baru lepas kena 'pijak' masa nak rempuh kehidupan. Atau sesama tengah mengejar nasib dalam life memasing. So, perasaan tu fresh dan perasaan fresh ni bila dikongsi memang lagi power gaya pemahamannya.

Dan kadang-kadang kau jangan ingat yang kau kakak or abang, kau rasa kau banyak berkorban untuk keluarga. cuba kau ambil masa duk ngan adek kau sambil sap rokok sepam dua takpun sambil tangan main-main pen dan dengar cerita adek kau heart to heart. kadang-kadang cerita depa boleh buat kau tangkap leleh sebab pengorbanan mereka lagi besar dan kesabaran mereka lagi tinggi dari kau. Dan sampai satu masa kau rasa betapa tak bersyukur nya kau sebab asik merungut pasal kepayahan diri sendiri.

Aku tak tau la adek engkorang baik ke jahat tapi yang aku tahu everything goes for reason(s). 

Jadi, kalau korang sebagai kakak or abang, cuba jadikan diri korang tempat luahan adek korang sebab at least depa ada juga tempat mengadu. Mengadu dengan darah daging beza dengan mengadu kat boipren/girlpren mahupun bestpren. 

Aku bercakap ni sebagai seorang kakak yang selama ni ingat adek dia ok.


p/s: tenet.. takat ni ja aku boleh tulis. den tak reti nak ulas panjang lagi.. hewhew.





Wednesday, January 22, 2014

Mencuba bende baru

Angkatlah bontot anda dan mari bergerak ke sini
Nescaya Weekend anda akan jadi lebih gempak!








Tuesday, January 21, 2014

Anak manja


Aku memang kategorikan aku ni anak manja. tak payah nak tengok anak jiran or anak sedara manja ka tak sebab aku tau aku anak manja. Tapi diingatkan maksud aku anak manja bukan lah manja yang tergedik tergesel-gesel tu. hewh.

Cuma rasa macam selalu sangat di manja oleh ayah. Dari kes bank in duit ke kes sesat jalan ke kes kereta sampai la kes beli makanan memalam, semuanya ayah.

Kalau tang ibu. errrr ibu ni keras sikit sebab suka anak dia kental. tapi kalau tang nak mengadu nasib macam kita ni susah bebeno ngadu kat ibu la jawapnya. Ibu pun layan ja. pastu bagi ayat sebijik "dah 24 tahun pun homesick lagi". he he he.

Cite dia skang ni sebab aku dah berhenti keje. dan teruskan menganggur. rasa cam anak manja asik duk tergolek-golek kat umah ja. tapi angan-angan tinggi nak berduit sebab nak senangkan ibu ayah.

Aku berhenti pun ada alasan kuat dan disokong oleh family. Walaupun seminggu ja kerja tapi dah dapat kengkawan cambest. Ralat gak nak tinggalkan tapi terpaksa. So, cam aku ni bukanlah manja sangat kan kan.

Ok skang ni dah konfius, patut aku teruskan tajuk ni dengan anak manja or berhenti kerja?

Wednesday, January 8, 2014

Hari Lahir Nashriq Nathiman



Selamat Hari Jadi Bro,

semoga dimurahkan rezeki
semoga dapat membina keluarga bahagia dunia dan akhirat
semoga terus kekal jadi abang yang tegas

terima kasih sebab sentiasa pedulikan adik adiknya
terima kasih sebab sentiasa bagi hujah supaya adik adiknya boleh berdiri walaupun dunia ini kejam
terima kasih kerana terus jadi abang sulung. gua tau lu banyak berkorban bro.

dalam diam gua tabek.

Sunday, January 5, 2014

Mimpi Indah


Walaupun tu semua hanya mainan tidur
tapi dalam diam aku berdoa kenyataan itu menjadi
suatu hari nanti
mungkin?

Wednesday, January 1, 2014

Interview (2)


Aku dapat job tu, syukur Alhamdulillah.

Padahal aku memang tak sedia langsung nak berinterview tu. Mungkin sebab nak pi sesaja ja. test market. Choii kau sesaja. dah tu nape kau goyang? nebes bagai? siap sampai setengah jam awal pastu boleh tenangkan diri salam keta sampai 15 minit. haha.

Tapi interview ni memang sempoi la aku penah kene. Selama ni asik interview strict ja. kali ni cam sembang kopi dengan chef pastu tautau aku dihire. mata terbeliak gak sebab terus dapat title cook. ingat senang nak dapat title cook? title sama dengan napi yang berumur 28 lak tu. pasni leh r kalahkan napi masak western food. HAHAHA. ok nadia kau tu baru setahun jagung, ilmu pun tak banyak ag. Balik pada tadi. gila kau noks dapat title 'cook'. punye aku tak percaya sampai tanya chef tu dua kali.

Tapi bila diingat balik sebenarnya hancur gak aku tadi time interview. Dia tak tanya banyak, dia just intro dengan how to make mayonnaise. aku boleh tak dapat jawab. bukan, bukan tak dapat jawab tapi amik masa lama. sumpah kalau time ni Dr. Shahrim, Dr. Rina, Prof Yazid tengok memang menanges kenapa dapat student food camni. Semuanya sebab : aku tak bersedia.

Aku syak depa ni desperet nak pakai orang ni. mau tak restoran baru nak bukak kot.

kerje tu memang passion aku la. Food dan Nadia mana leh dipisahkan. lagilagi di tambah bermain gastronomy pulak lagi mata aku bersinar la. Bayangan aku masak tu dah ada dah tu. fuhh

Tapi tapi tapi

gaji di tawarkan sangatlah sikit. untuk hidup di kota metropolitan ni. untuk meredah harga minya harga tol yang meningkat ni. sudahlah rumah aku ke subang boleh tahan gak la jauh dia. Alamatnya memang kais pagi makan pagi la. cam lamo lagi nak merasa Neo r3 merah ni.

aku pejam mata. tarik nafas. hembus.

"can you give me two or three days for me to consider about this job?"


balik wat Istikharah la.