Thursday, July 26, 2012

Kenangan Ramadhan 2012



Alhamdulillah, masuk hari ni dah masuk puasa keenam..

so for the past few days, me had a chance to puasa di kampung terchenta, di Kuala Terengganu. selalunya balik time-time nak raya an.. ni tetiba parents bagi kezutan balik awal puasa. so, agak first time first puasa di kampung. dua keluarga ja yang balik untuk puasa ni dan sememangnya ada 3 keluarga di kampung. jumlahnya lima la kan. oh tidakkah saya beritahu bahawa ibu saya ada 8 adek beradek? jadi 8 lah keluarganya.. so yeah, keluarga kami memang besar bilangannya.. kami keluarga bahagia!! *winkwink*


di mana tadi? oh ya 5 keluarga ja yang ada untuk berbuka puasa dan itupun dah riuh semacam umah nenek aku tu.. kali ni kami berbuka dengan cara berbeza! thanks to ayah for the great idea. kami buka khemah di luar.. ho ho ho.. buktinya seperti gambar tertera di bawah.. dan itu baru separuh dari 5 keluarga tadi..



masing-masing amik seat.


maap gamba penuh khemah sedara tak terupload pulak..



oleh itu, suasana berbuka sangat lah kecoh mengalah kan pasar malam. dengan berebut air nya.. dengan kuihnya macam nak panggil jiran makan pon ada.. dengan jenis lauknye.. punya kecoh sampai tak sedar dah azan.. pfftttt.. lepas baca doa then minum ayak, barulah tenang...................sekejap. then kecoh mintak lauk tu lauk ni.. kadang-kadang aku hanya mampu gelak ja.. sebab kenangan ini manis sangat.. dan suasana ini berlanjutan sampaila hari keempat puasa. sweet tak kami? hehe.


dalam banyak-banyak lauk yang kami masak, ikan goreng itu perlu dan budu saanggaaat tak boleh dilupakan. masak la 7 jenis lauk diraja pun kalau 2 bende penting tu tak da memang terpapar lah aksi kemasaman di muka masing-masing. sampai aku pun sama naik habeskan budu tu.. ni belum masuk tang kecoh masak di dapur.. dah suma loghat ganu yang kuar, aku loghat kl ni diam ikut arahan.. time ni ja la pun nak manja dengan makciks. hewhew. hari ketiga mak yu masak ayam percik and ikan percik.. kuah percik tu nenek yang masak makyu tolong bakarkan ayam.. perhhh terangkat oo.. dapat pulak pengat durian bersama pulut kak sara masak.. mau tak indah waktu berbuka aku? itu belum kira kuih muih makmi beli lagi. oh cakap pasal kuih.. kenal nekbak? (aku tak tau ejaan dia camna tapi sebutan dia cenggitu la) kuih ni hanya boleh jumpa di pantai timur ja tau.. sodap tak terkata lagi-lagi bila mamam sejuk.. feuhh.. kuih ni macam bahulu yang di basahkan dalam air gula.. tapi stil rasanya takkan jadi lembik.. dah la bulat chomel gituu..


 ala-ala gini la ghupenye
(kantoi amik gamba blog orang)


balik kali ni bertambah best sebab abang am and adiknya, shafiq buat rumah pokok.. tapi time ni baru lagi la buat.. belum siap sepenuhnya.. nanti nak pasang lagi kat atas tu buat 2 tingkat and pagar kat tepi-tepi tu untuk keselamatan.  keje aku memang lepak sini la dengan bebudak ni.. layan kerenah depa sambil angin libas-libas ke muka.. feel habes!



kami ada tempat lepak, kau ada?




pandangan tingkat dua dan 'escalator' ke tingkat satu




cuma yang kureng sikit balik kali ni sebab tak pergi pantai poongg... T__T    tapi kalau petang-petang pi pantai sapa nak masak berbuka kan? yedak?
tidak mengapa.. raya nanti boleh singgah pantai.. weeeeeee
rindu hutan *tetiba*


beberapa makciks ada kata yang badan ambe dop gemuk tapi rangka beso. jadi, mohon bakal suami tinggi dan berangka besar. kalau dapat dari johor mesti ayah suka an... eh?











akibat jumpa set kaler luna syadini





Thursday, July 19, 2012

Aku tau tidak kemana, I'll just go with the flow..


aku tak tau itu alasan kau atau tak.
aku rasa kau boleh ja direct ke orang yang berkenaan.
takde masalah kot.
selepas beri apa yang patut. dengan bertukar pandangan. kau mulakan mesej lagi.
dan aku terkesima.... kali ke 2.
terima kasih ya. terima kasih kerana mengelirukan lagi aku. terima kasih kerana buat aku berfikiran begini lagi. dan terima kasih kerana aku benci perasaan ini.
pabila ditimbang, ditolak, ditambah.. ini namanya kawan kah? teman berbual kah?
kau lonely sangatkah?
sila jangan kacau plan untuk fewtcher husbund aku..
kerna aku tau aku lemah dengan kau. sila bantu aku untuk tidak melemahkan lagi iman yang sudah tersedia nipisnya ini..




aku tau kita tidak kemana.. tapi aku akan ikut flownya sahaja.
cuma aku juga ada tempoh tertentu..






Thursday, July 5, 2012

mimpi




Mimpi..
selalu orang cakap mimpi mainan tidur..
jadi macam mana pula dengan mimpi membawa maksud?
ada ke mimpi yang membawa maksud?
atau semua mimpi mainan tidur..? mainan syaitan bak kata sesetengah rakanku..
arghhhh fenin...
kadang -kadang perkara yang kita sedang lalui sebenarnya pernah masuk di dalam mimpi.. jadi itu maksudnya apa? dejavu?
kalau mimpi ombak tsunami berkali-kali datang menerpa namun aku selamat jua sambil menyaksikan ratusan terkorban, apakah meaningnya? atau hanya mahu menyedarkan kita tentang kematian?
kalau mimpi dua kali abang sendiri meninggal dunia, gimana pula? umur panjangkah dia di dunia?
kalau mimpi kene patuk ular.. orang tua-tua kata orang mahu masuk meminang..
tapi bila aku terbaca buku tafsiran mimpi, penulis itu kata ada orang yang mahu menyakitimu.. mungkin juga sebab time tu tengah jadi KB.
oh aku bukanlah pentafsir mimpi.. jadi tidak tahu mana betulnya..
pernah juga mimpi menakutkan sehinggakan berkali-kali tersedar namun tetap juga hanyut dalam mimpi dasyat itu.. adek kata sebab kita halang laluan syaitan..? lagi aku keliru.. pfftt
 

pagi tadi aku terjaga.. dan ya, aku bermimpi.. boleh juga dikatakan mimpi itu adalah angan-angan aku selama ini.. untuk seketika aku sangat mahukan mimpi itu jadi kenyataan.. sangat mahukan... seketika kemudian aku beristighfar dan ingatkan diri  kerana takut mimpi itu hanyalah mainan syaitan..






tula... sebelum tido tak basuh kaki~~~