Monday, October 31, 2011

saya nak berubah


memang teringin sangat... sangat teringin...
tetapi iman dalam diri ni turun naik..
nak nak lagi bila hadapi situasi tertentu..
harap tak terus turun..

dari segi pakaian, Alhamdulillah sekarang nak menuju ke jalan yang betul.. sedang mencuba sikit-sikit... atau aku yang tak bersungguh??

dari segi perangai... errrrr... susah jugak nak buang tabiat lama... suka lepak lama-lama, cakap nak kuat, gelak nak kuat, da la kuat pastu tanak benti-benti..
agaknya kalau jumpa ngn mak mertua kali pertama... terjerit-jerit panggil 'mak..! makk.. nak letak garam bape banyak niiiiii....??'
dapat lak mak mertua yang baik (maklumlah nak cari suami soleh), mau tak tersakit jantung orang tua tu walaupun medical history die sehat walafiat...?
harapla dapat mak mertua yang baik pastu boleh gamble sekaki...mesti best korek rahsia bakal suami.. lalalalalala


ok tajuk ni bukan pasai bakal suami



tapi tulah.. nak berubah kene ada niat yang betul.. bukan kerana orang tapi kerana Allah.. ingat tu nadia..

harap rakan-rakanku yang sudah biasa melihat ku sudi-sudikanlah biasa melihat perubahan ku... harap juga bakal suami boleh menerima segala kelemahan ni... eh?





Permata

Thursday, October 27, 2011

conversation

dalam telefon..



Ayah : Nadia nak selipar angry bird tak? banyak warna ni.. ada hitam, oren, tapi biru tak lawa la.. nak tak? kalau nak ayah belikan ni...

Aku : amik je la mana yang ayah rasa lawa...

Ayah : jap ayah lari pi kedai kawan ayah jap.. fuuh fuuh fuhh... ha. yang warna hitam la paling lawa.. Nadia saiz bape?

Aku : Nadia saiz 8, takpun ukur ja ikut kaki ibu..

Ayah : ok ok.. jap nak pi kat ibu lak.. fuuh fuuh .. ok bye.





how could my heart not smile in this cute conversation...

Sunday, October 23, 2011

Fear = kaget

AKU GAYAT!




sila klik untuk rasa apa yang aku rasa



ok itu pembukaan cerita aku.. mungkin sesuai digantikan 'pembukaan' dengan 'mukadimah'..
ke sama ja?? ahh bukan itu yang aku nak bangkitkan isu skang ni..
sekarang ini..


kenapa aku setuju nak main SKYTREX?? EXTREME CHALLENGE terus... thanks to suryani aka buryani aka jaga ko nanti aku carik water challenge yang super extreme aku heret ko..!
hari nak main sabtu ni.. so aku kene fit sebelum hari sabtu r...?


cuba bagi explanation sikit macam mana aku nak panjat tangga tu sedangkan tangga kat pokok bt ekspo aku naik masa pesta konvo aritu pun dah menjerit bagai nak turun... oohh~~ -___-''
ye aku gayat.. malah terlebih gayat sehinggakan suh naik atas meja pun aku takut..
tapi gayat2 aku, aku suka cabar diri.. pastu menyesal.. pastu tersekat tak naik2.. pastu dah abes, rasa bangga.. pastu bila nak naik cabaran lain still terketar lutut.. kesudahan gayat aku masih ada.



Skytrex ni main dari 1 pokok ke 1 pokok yang lain dan setiap kali nak ke pokok yg lain tu ada la caranya.. antaranya jalan kat atas tali ja.. jalan kat bamboo.. flying fox.. nak tgk gambar ke sini ye.. or yang ni.. tapi dah nama pun 'sky' sah2 r tinggi-tinggi tempat die... aku tak kesah sangat yang lain *tipu* sbb dah mmg ada kat atas tapi beginning ja dah kene naik tangga tggi tu..
piki tangga tu ja pun dah wat perut aku seperti ada rama-rama sedang girang menari..
camna??



nasib r korunk aku tersekat nanti suma kene tggu! wajib!




ok skang nak tgk youtube macamana nak kuatkan tangan untuk angkut badan yang comel ni...
oh sebelum tu pi dapur kali ke 9 jap r..
nadia! esok sile jogging!




*ani cakap nak rakam aku jerit... oohh tiiddaakk~~~

Thursday, October 20, 2011

Ditolak


Baru-baru ni..
aku dapat tau budak ni suka laki ni.. mula-mula aku pikir 'maybe suka gedik-gedik je kot', but then budak ni sangatlah mengharapkan kasih laki ni.. dia cuba sedaya upaya nak tarik perhatian laki ni tanpa nampak desperate walaupun di mata wanita seperti aku tau bahwa dia sangatlah boleh kata desperate. budak ni bagi coklat, luahkan ikut status, menangis sendiri dalam blog..

Oh.. aku tak lah ikut perkembangan die..
cuma hati aku terdetik..




begini kah aku semasa aku pernah suka insan bernama lelaki?




kesah budak ni agak nak sama dengan kesah aku cuma detail and cara berbeza, basic still sama.. (dolu-dolu takde la tulis kat blog. diari cukup..)
mula-mula aku agak tergelak dengan perangai kebudakkan budak ni.. siap cakap psycho betul dak ni.. siap permainkan setiap perbuatan dia..
lama-lama aku pun terpikir.. rupanya gelakan itu terpantul ke muka aku sendiri sebenarnya.. dan rakan-rakanku, aku tau kamu semua pun sebenarnya dahpun menghadapi situasi yang sama.. mungkin ini kali pertama budak ini laluinya..





kepada adikku..
Banyak definasi cinta yang kita sendiri memberikan maksudnya..
tetapi cinta kepada yang Maha Kuasa adalah segala-galanya.. Bercintalah ke jalan diredhaiNya..
pernah ku baca....
'bila kita suka seseorang, jangan beritahu padanya.. luahkan lah dekat Allah S.W.T, kerna Dia lebih mengetahui jodoh pertemuan kita..'






semoga memberi iktibar kepadaku..

Sunday, October 16, 2011

Kawal kemarahan...

Macam mana nak kawal marah??


Macam mana nak jadi cool macam brader-brader yang tak puas hati sebenarnya tapi rilek ja cara cakap depa.. ada seninya bila jawab.. tapi sampai part aku terus tersembur ayat-ayat kemarahan.. jangan risau sebab ayat aku tak lah kasar.. errr mungkin..
-__-''



lagi-lagi bila kalau berbentuk penulisan.. tetiba terlepas pulak ayat-ayat mengundang.. bilah dah send baru termalu sendiri sebab rasa cam wat perangai budak-budak tengah marah berebut eskem 20 sen.. kalau perkataan agak kaver sikit sbb taknak tgk muka depa-depa terasa.. aku pun tak suka tgk muka orang terasa..



aku bukan lah seorang yang pemarah.. (mungkin) tapi kadang-kadang bende yang remeh temeh seperti janji nak dtg support tapi batang idung ntah ke mana.. bila ajak pi tgk kawan alasan menebal padahal gerak ke pakwe.. bila ajak pi masuk apa-apa, ditolak, sbb tarak alasan tapi mulalah sebok nak amik tau.. oh ya.. aku akan jadi lebih marah apabila melibatkan friendship.. mungkin bagi aku time ni lah ko betul-betul nak bersama kawan-kawan, satgi dah kawen tanggunggjawab ke suami.. bila masa lak boleh melepak ngn kawan-kawan an..
tapi tak suma sama pendapat dengan aku..
ya. aku tau itu.. cuma aku tak paham.



jadi... macam mana saya nak melepaskan marah ini dengan cara baik?? ataupun pusing balik kemarahan ini menjadi satu bende positif??

Sunday, October 2, 2011

Mata terpaut



ehem ehem...

nak cakap.. dah jumpa hampir 80% ciri-ciri lelaki yang memang dicari-cari selama ni.. tapi tak berpeluang pun nak tego apatah lagi sembang-sembang kosong dengan dia.. kenapa mesti kosong? ok, sembang-sembang bermanfaat.. mungkin satu hari nanti atau mungkin juga tidak akan berlaku.. tapi, mana tahu kan...?



mood: blushing

(maaf post menggedik sikit)