Baru-baru ni..
aku dapat tau budak ni suka laki ni.. mula-mula aku pikir 'maybe suka gedik-gedik je kot', but then budak ni sangatlah mengharapkan kasih laki ni.. dia cuba sedaya upaya nak tarik perhatian laki ni tanpa nampak desperate walaupun di mata wanita seperti aku tau bahwa dia sangatlah boleh kata desperate. budak ni bagi coklat, luahkan ikut status, menangis sendiri dalam blog..
Oh.. aku tak lah ikut perkembangan die..
cuma hati aku terdetik..
begini kah aku semasa aku pernah suka insan bernama lelaki?
kesah budak ni agak nak sama dengan kesah aku cuma detail and cara berbeza, basic still sama.. (dolu-dolu takde la tulis kat blog. diari cukup..)
mula-mula aku agak tergelak dengan perangai kebudakkan budak ni.. siap cakap psycho betul dak ni.. siap permainkan setiap perbuatan dia..
lama-lama aku pun terpikir.. rupanya gelakan itu terpantul ke muka aku sendiri sebenarnya.. dan rakan-rakanku, aku tau kamu semua pun sebenarnya dahpun menghadapi situasi yang sama.. mungkin ini kali pertama budak ini laluinya..
kepada adikku..
Banyak definasi cinta yang kita sendiri memberikan maksudnya..
tetapi cinta kepada yang Maha Kuasa adalah segala-galanya.. Bercintalah ke jalan diredhaiNya..
pernah ku baca....
'bila kita suka seseorang, jangan beritahu padanya.. luahkan lah dekat Allah S.W.T, kerna Dia lebih mengetahui jodoh pertemuan kita..'
semoga memberi iktibar kepadaku..
No comments:
Post a Comment