Tuesday, November 29, 2011

Marathon beskal





Cabaran seminggu dah pun bermula hari ni..
pagi tadi..
Berbasikal ke kelas selama 7 hari!! yeah!
walaupun kelas aku 4 hari ja!! yeah!
walaupun bangun lambat dan sampai lambat ke kelas.. har har har...
berpeluh gak la ke kelas.. memang kene pakai jersi hari-hari baru cepat sejuk balik badan.. baju pun cepat kering... untungla sapa duk seblah aku, memang hari-hari bau 'natural' kuar..



pinjam pun dekat kolej kedua ja..
seminggu rm 8.. ok la tuu.. berbaloi ja...
tunggu nak beli beskal sendiri?? keje nanti la jawabnyee...



terketar gak lutut-lutut lagi-lagi part nak naik bukit area Palapes...
ada la 3 kali benti putuih napeh... haha
bila ada abang2 bawa motor lalu, kaver cam nak baiki beskal... lalalalalalala



sangat best meroyan ke kelas naik beskal..
bak kata botol 'go green' nampak... hahaha
terasa kat oversea pun ada, lagi-lagi bila satu negro tego..
dan dengan angin libas2 ke muka..
sangat lah Oxford. -___-''





ni yang rasa nak manja ngan mak nak suh sponsor beskal ni...
save duit minyak keta~~~



Saturday, November 26, 2011

1433


Salam Maal Hijrah..




tahun baru.. azam nak kene baru la ek..


tiap-tiap tahun pun bearazam ja lebih.. nak realisasikan cam tak kesampaian..

tapi azam kali ni nak dekatkan lagi diri pada Allah.. nak kuatkan lagi Iman.. nak cepatkan Solat.. tanak tinggal-tinggal solat dah..

dan nak cari jodoh... errrr


Harap dapat capai apa yang diazamkan ini.. Insyallah.




Thursday, November 24, 2011

Random Awesome





Lagu Background = Random Awesome by Yuna.




- da lama tak bawak baju kotor banyak-banyak balik umah.. last buat time matrik, tetiba rasa cam pemalas sebab tak basuh baju sendiri.. oh bukan pemalas.. cuma busy ngan assignment bagai..



- Recently baru sedar banyak koleksi bende-bende biru.. lagi terang lagi suka.. kebetulan abang pun bagi dompet nylon biru.. weehuu..



- ngidam cili padi tak habis-habis.. terasa nak kunyah setiap masa.. -___-''



- meja bersepah ngan buku-buku.. katil penuh dengan beg-beg kuliah..
(bajet pelajar cemerlang yang tengah busy)



- sebelum ni ibu jari terseliuh sebab terkena bola padu dari dak handball tapi aku tengah berlatih main softball time tu.. and skang ni urat kaki lak tersimpul tanpa tau sebab apa... pffttt...



- Banyak gap antara kelas tapi still rasa cam tiada masa untuk buat assignment + study + jog.. tapi FB sentiasa on..



- oh dan lagu background ni sangat lah haunted sebab dah berpuluh kali repeat pun tetap tak puas dengar...







''..I don't know what is up with me, I laugh to much recently...''

Tuesday, November 22, 2011

Ole-ole


semalam amik abang yang baru balik backpacking around Europe... (terasa jeles di sini)
Impian aku tapi die dulu yang merealisasikan.. takpe2.. ada rezeki InsyAllah aku pulak..


oh semalam sebelum abang aku kuar ada la beberapa minah terjerit-jerit sebab excited kawan die baru sampai.. sambil berpelukan.. dan2 tu aku tanya adek.. ''kita nak wat cmni ke kalau abg sampai?'' macam biasa adek aku hanyalah berikan muka blur die.. ceit.


dan abang aku tiba.
ibu peluk erat.
abang salam ayah.
kami? senyum sengeh kambing. haha!


pastu terus pi cari port untuk makan.. abang dah tak tahan nak makan makanan Melayu.. tulaa dulu bising sebab pagi-pagi tak buatkan scramble eggs untuk die.. dalam keta mulut abang dah macam hape tak berhenti cite.. sejarah castle ni la.. jalan Oxford la.. tower repunzel la.. camne kambing biri-biri jaga Standing Stone la..


Plus dengan ibu bebel kat ayah sebab salah jalan balik.. Plus ayah macam nak marah sebab bising-bising.. Plus abang aku sebok nak tunjuk video.. Plus adek aku blur kat belakang.
beauty.
aku memang rindu semua ni..
jadi tergelak sorang-sorang ja.. har har har


bila sampai tempat makan semua penuh.. oh lupa Malaysia vs Indonesia..
CONGRATS PEMAIN MALAYSIA!!
dah order. makan.
kami pakai sudu garpu. abang pakai tangan.
puas dah pakai sudu garpu katanya di sana..
belum sempat pinggan kitorang tggal setengah nasi, abang aku dah abes!
then gedik-gedik cakap Malaysia panas. ok gedik sungguh!



pagi ni da balik UPM. SABTU ni tak saba nak balik umah..
nak jumpa ngan family..
'' Family bahagia'' bak kata adek ku..
(pabila budak blur bersuara)

Saturday, November 19, 2011

You like a rocket in my mind







Rindu.

*blushing*







aah sudahh....

Thursday, November 17, 2011

Contengan Jalanan



''The man that decided to change on the 12th dies on the 11th ''




Contengan perjalanan.

macam biasa buku-buku Hlovate memang tak pernah menghampakan aku.. novel kali ni lain dari novel yang aku pernah baca.
lain sangat.


Bukan tersalah cetak. Disebabkan keunikan ni aku terus grab beli tanpa piki pape.



novel ni tentang anak-anak muda mencari erti hidup, mencari cahaya keimanan.. atau lebih tepat contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan.


Macam aku. Ya. AKU.
Aku tengah terkapai-kapai mencari jalan yang lurus.. sedang berusaha walaupun terasa tak seberapa usaha tu.. buku ni sangat bagus untuk tarik budak2 zaman skang untuk ke jalan Allah.. memang aku syorkan sangat novel ni terutama untuk orang-orang macam aku patut berubah tapi liat beno nak beli buku agama.. novel cintan boleh beli pulak an?
realiti hidup.. haha.


Ada 2 cerita dalam 1 novel.
baru habis baca 1 cerita. cerita FEND.
habis ja baca tersentap dengan ending dia.. dan... terus menangis semahu-mahunya..



Nangis kerna takut diri ini tak dapat nak buat banyak-banyak bekalan untuk berjumpa Allah kelak. Betapa jahil nya aku rasa diri aku skang sbb pengetahuan Iman aku nipis lagi dari kulit bawang..




dan aku terus menangis.




''The man that decided to change on the 12th dies on the 11th ''
(moga aku tidak menjadi orang di jam sebelas)


Friday, November 11, 2011

Aku seekor siambang



Atas kata sepakat dengan Syida Shu yang muka dah cengkung tapi perasaan chubby ag, maka terbentuk lah satu entry bertajuk 'aku seekor siambang'


siamang = haiwan tergolong dalam keluarga beruk
siambang = sebuah tanjung dalam Malaysia..

NOTED.


tulaa orang tua-tua kata jangan main nyampuk orang cakap... pastu terus TERcakap 'siambang' instead of 'siamang' and terus-menerus TERgunakan 'siambang'... sampai la ada satu suara tegor..

'siamang ke siambang. nadia??'

siamang la Nadiiiaaaaa sssiiaaammaannggg!! *tepuk2 mulut*
dah kene bahan sampai sudah *down*



cerita sebenarnya kami 15 orang bermain SKYTREX! akhirnyaaa!
sebelum mula kami diberi taklimat dulu.. dan dan semuanya kami kene buat sendiri kat atas tu! nak cangkuk kat tali kene sendiri, nak cangkuk mana satu pun kene sendiri.
ohh bergelodak perut aku dengar..
sebaik die nasihat kan pergi tandas dulu..
tang nak start panjat.. perut bergelodak lagi ceeeppaatt! oohh~~~




muka berlakon heppi..



menunggu giliran untuk mula
(start takut lettew)



tangga tu tinggi! serious.



dan terus ke flying fox! sangat lah riang ria time ni..



mungkin kecut perut die masih lagi terasa... errrr?



muka konon cooll..



oh yang ni la aku tersekat lama...
benci palang-palang tu tau..



Muka-muka menunggu giliran dengan jayanya..





pffttt..


style la akak ni..



semua senyum ketakutan..



apa-apa pun kami suma dah berjaya melengkapkan kesemua puluh-puluh trek tu.. haha.. gembira? YA! puas hati? YA! nak buat lagi ? TAK NAK!

Thursday, November 10, 2011

Muka merah tanpa disedari..




''bila jumpa terus paling konon nak menjaga pandangan, tapi bila dia dah pergi mula teleng-teleng kepala cari dia. menjaga pandangan konon. jaga hati tu dulu baru jaga pandangan cik kak oii..''


admit je la kau takleh berhenti senyum bila nampak dia kan nadia kan kan kan.





Monday, November 7, 2011

pokok beracun








nama diatas hanyalah nama timangan sahaja.. yang pasti bukan untuk sayep.. tetapi untuk ara yangkecikcomeirasanakcubitcubit. kenapa nama timangan die tu camtu.. ntah ler.. lupa nak selidik kat makteh.. haha

tiba-tiba rasa rindu sangat dengan ara.. nasib baik lah harini raya haji.. datangla sefamily mak na.. siap request malam sebelum tu lagi suh bawak ara siap-siap.. kalau tak meroyan la sorunk2 tahan rindu kat budak celoteh sorang ni..




dulu punye la kuning langsat muka.. skang dah makin golap aku tgk die.. apa pun bulu mata die kekal lentik.. kelaaaasss ko jah.. mata tu rasa nak cubit-cubit sebab bulat sangat.. ok tak boleh.
semua adek beradek ikut bapak.. mata besar. tapi die yang paling cute and not to mention cool beb!




tengookk mata bulat die..
*tgh tahan geram


oh die sangat la banyak cakap.. die suka bercerita.. even kalau first time jumpa pun die akan bercerita bagai.. tapi satu ja.. die pelat 'k'.. haha


'' kakak nadia kau kak? ara tak suka kito dalam kereta..''
'' laa.. kenapa?? tido je la kalau ngantok..''
'' taak naaakk.. kawan ara kan.. kie tido dalam kereta.. pastuuuu..''
'' pastu??''
'' pastu kie kito la...'' (muka selamba bagai)

hampeh betul.. sebaik selamber2 kau, kau tetap comei..!




buat-buat innocent lak..



lagi rasa nak gelak bila..

'' eh janganlah picit perut ara.. nanti kie meletuppp..''






pastu elok pulak die pi kunci pintu bilik pastu cakap kat aku '' ha ha kak kauu.. kakak buat..'' *sambil buat lakonan muka terkejut* adeh2.. nak gelak ke nak marah??


tapi sile jangan kacau die bila die takde mood.. die akan jadi sangatlah melenting.. tanya sikit nak jerit.. tanya banyak jangan cakap lah bape harkat jeritan die..





aku dah cakap dah.

Saturday, November 5, 2011

Raya tanpa dia




sekali lagi beraya Aidil Adha tanpa abang.. sebelum ni sebab kau pi PLKN kat Sabah.. kali ni sebab kau pergi merantau ke negeri orang.. walaupun tersangat best aku tau kau masih kempunan sambal petai kan kan kan.. aku tak tau nak terima macam mana kalau kau dah jadi milik orang nanti..




tak sangka aku menangis kali ke-2 sebab rindukan kau . . .

Friday, November 4, 2011

qluless quote




'' jangan sukakan orangnya, sebab orangnya dah jadi hak milik orang, sukakan perangainya sahaja... '' -novel BMHS-






tapi ko jugak yang bagi aku pinjam novel ni.... arghhh..
walaupun ko bukan milik orang
















Wednesday, November 2, 2011

Si dia




aku tak nak teringat kau..
kerna aku tau aku sendiri akan tertikam di hati
kerna aku tau perut ku akan bergelodak dengan sendiri
kerna aku tau pedih di mata ini

oh betapa aku nak berpaling bila melihat kau.
'makin dilawan makin lah dia datang' bak kata-kata novel lagaknya


tapi akhirnya
aku sendiri yang jatuh dengan helahku ini.
aku sudah terlajak . . .