Wednesday, February 29, 2012

beranjak lagi umurku..





Entah kenapa aku mengharapkan sesuatu yang miracle sempena hari lahir akan datang.. rasa macam belum tentu dapat tapi kalu nama miracle an, mestilah bende immposible itu boleh dilaksanakan.. Ya aku akan menantikannya. tapi tak mengapa kalau tak dapat capai miracle tu.. mungkin tiada rezeki.. jawapan nya kita sama-sama lihat nanti.









Friday, February 24, 2012

Bukak Sem Baru





masalah berkenaan kereta menimpa lagi.. sumpah lepas ni aku naik bas ja.

hasrat untuk membeli basikal tak kesampaian

jadual kelas sumanya start pagi..

kelas paling last jumaat petang. aiseh..

semalam terjadinya isu pilih-pilih ahli untuk group. pabila dah berkenalan lama dengan rakan-rakan maka sudah tahu hendak menilai baik buruk kerjanya.. feuh.

DUNIA pulak tangguh.. why oh whyy??

berusaha untuk datang awal dan tidak tidor dalam kelas. *gengam tangan

Foodcourt ni macam lagi teruk ada la..

oh lappy sedang mengalami kesakitan. jadi berpuasa FB bagai.. haha. bolehla sebagai alasan jugak untuk jauhkan diri dari dia.





Friday, February 17, 2012

cuti








cuti sem nak habis tapi badan tak jugak surut-surut... feuh =__=''






Saturday, February 11, 2012

luahan hati



kadang -kadang aku terasa seperti anak manja.. ya. anak yang tak tau apa itu erti kesusahan. aku tau susah tapi aku seperti mengelak dari mengalami. kalau tak, kenapa aku tak ikut mak aku berniaga? sebab panas? sebab boring tunggu customer? sebab tak cool? sebab tak mesra alam bila seisi tawar menawar? kenapa? puas aku piki. aku hanya beri alasan tak minat berniaga tapi jauh hati kecil ku mengatakan alasan lain. cuma tak tau apa. aku kesian tgk parents aku balik dengan kepenatan. muka mak aku burn mukanya. betapa kaki mereka kering, betapa bapakku sengal-sengal lutut. aku nampak tapi apa yang aku buat? aku cuba tebus dengan kemas umah masak lunch tapi seperti tidak cukup berbanding penat dengan mereka berniaga.


aku rasa seperti aku tidak berdikari sepenuhnya. jikalau namanya duduk hostel boleh berdikari, maka aku tidak setuju. pabila aku melihat kesusahan orang lain, kepayahan mencari duit sambil belajar. aku rasa kagum dan serta merta aku rasa diri aku ni dimanjakan. ada kesah di mana budak perempuan sebaya denganku tidak sanggup melanjutkan pelajaran sebab mahu tolong mak berniaga. maknya ibu tunggal. betapa cekalnya hati dia. aku tahu dari mata dia, dia teringin sangat mahu belajar pabila ku bersembang dengannya. pernah juga aku terpikir, jika satu hari aku tidak dapat sumber wang. dari mana aku mahu dapatkan? mampu aku bekerja sambil belajar? mampu tidur aku kurang atas sebab mencari wang dan dalam masa sama belajar untuk maintain pointer tinggi?


abang aku ada nasihat suruh berniaga di kolej tapi aku menolak alasan aku busy. see. mentah-mentah aku tolak cadangannya tanpa mencuba. aku kagum dengan abangku. dia sangat mencuba sehabes baik menambahkan pendapatan, hampir setiap malam balik kerja terus ke tapak niaga supaya boleh tolong parentsku. kenapa aku tidak ada semangat begitu? kerna itu aku malu untuk meminta apa-apa wang dari parentsku biarpun ptptn hampir nyawa-nyawa ikan. aku tersangat malu.


bukan aku tak syukur senang begini. malah aku sentiasa mendoakan rezeki halal kepada kami sekeluarga. cuma aku takut, kalau datang rintangan depan aku, mampukah aku menghadapinya? atau semngat aku terus hilang dan menagis saja jalan keluarku?



Thursday, February 9, 2012

Aku Hanya Mahu Membuatnya Tersenyum




Selesai sudah skrip aku untuk teater 10 minit ini. Skrip pertamaku. di atas itu tajukku. Tema yang diperlukan ialah JIWA. Ya. sangat subjektif jiwa ini. Mulanya aku mahu menceritakan tentang perjalanan seorang anak yang akhirnya insaf tapi sejak membaca novel Sang Pemimpi, kepala aku asik terngiang-ngiang jalan ceritanya. Asal mahu perah otak, lain yang dipikirnya. Jadi, aku mengambil keputusan untuk mengambil satu babak dalam cerita sang pemimpi. Mozek 4, Biola Nurmi. Ada jugakla perubahan yang aku lakukan takkan lah amik bulat-bulat kan. Ya. Ternyata memang bukan idea asal aku dan aku tahu skrip ini haruslah dari idea sendiri. Tapi dialognya aku bikin sendiri. aku hanya mahu penonton tersentuh sebagaimana aku tersentuh dengan babak ini. Itu pun kalau skrip aku diterima untuk penghasilan teater ini. Harapnya terima. :)




nasib baik skrip 4 muka surat ja.. dah nama untuk teater 10 minit. takkan nak buat skrip untuk setebal teater setengah jam, yedak?







Tuesday, February 7, 2012

Mee Bandung Ayah





aku suka bila ayah ku yang mengambil alih acara dapur.
ayah akan memotong semua bahan-bahan terlebih dahulu.
kalau ada 4 lauk yang akan dipersembahkan, maka keempat-empat bahan ayah siapkan terlebih dahulu sebelum mula memasak. maka penuh juga meja makan dengan semua bahan-bahan itu.
walhal boleh saja ayah sediakan lauk kedua sementara memasak lauk pertama.
dan mulalah kedengaran ibu mengomel sendiri kata ayah tak pandai bahagikan kerja.
ayah diam sahaja. aku tergelak.
dan yang paling aku suka, ayah sentiasa mengalas kerja-kerja dapurnya dengan surat khabar lama. walau potong bahan di atas papan pemotong sekalipun, surat khabar lama setia meneman di bawahnya.


hari ini. ayah memasak mee bandung!
mee bandung ayah memang pure sebabnya ayah pon memang asal johor.
sangat sedap! oh lupa ayah ku boleh tahan juga dalam bab-bab memasak. sehinggakan mak saudara aku cukup suka tempe masak kicap hasil dari air tangan ayahku sahaja.
mee bandung ayah belum sampai tengah hari dah tinggal setengah.
biasanya aku dan abangku yang akan semangat makan.
di mana lagi dapat cari di KL ni mee bandung pure sebegitu. Walau aku ke johor sekalipun dan merasa mee bandung tersedap di sana, mee bandung ayah tetap juara nombor satu.







Thursday, February 2, 2012

sekurang-kurangnya..




aku mempunyai kawan..
dia sentiasa tak puas hati dengan kehidupannya di sana..
semacam sebab diberikan supaya aku percaya bahwa tempat di sana sangat teruk..
dan bermula jugaklah naik statusnya..
kedengaran seperti tidak syukur pun ada..
mungkin juga kalau aku di sana aku lebih teruk berikan alasan..
cuma aku terpiki sejenak..
sudah 2 tahun dia di sana..
kenapa masih teruk lagi?
atau dia masih tersekat dalam pemikiran lama..
atau dia masih mahu percaya bahwa tempat itu teruk..
pabila aku beri nasihat bagai..
dia seperti kata aku tak paham..

ya memang aku tak paham..
sekurang-kurangnya kau sudah ada tempat belaja..
jadi syukurlah..