Saturday, June 30, 2012

Perahsia yang fail..





bila dah serabut camni mulalah rasa nak pergi berlari selaju yang boleh..
kadang-kadang rasa bagilah aku busy supaya aku tak memikirkan kekeliruan ini..
bende yang tak perlu pikir pun habes suma dipikirinnya.. atoii..
bukan aku yang mencari masalah tu.. bukan aku yang mencari sakit tu..
sebab aku penah kene dahulu jadi bodohlah aku nak pi mencari sakit tu balik sekarang.
maaflah rakan-rakan sekeliling sebab aku asik menyatakan masalah yang sama ja..
mesti korunk boring kan.. nak buat camne, dah jadi perahsia fail.








Friday, June 29, 2012

Novel




cuti ni ingat nak kill masa dengan main game tu yang pi ambil segedebuk game-game dari mami.. tapi tiada mood pula.. then sambung lah baca novel cinta high class. oh ya, novel Islamik.. aku teruja dengan cara si perempuan ini menjaga hatinya jadi aku pun beli untuk ketahui dengan lebih lanjut. dan sory to say, tak berapa berkenan dengan cara penulisan dia ecxept for kita kene banyak beristihghfar dan hadis-hadis yang dia beri. cuma tak suka dengan cara dia memandang dunia. Betul. kita kene create masa silam yang baik untuk masa depan yang cerah but hey semua manusia tak lari dari kesilapan. tipulah kalau kamu semua tak piki nak keluar lepak memalam, tak piki nak kapel dengan orang yang kita minat, tak piki nak pakai nail colors, tak piki nak kenekan budak gedik tu. no? okay maybe just me then... =___=''  dan cara dia pandang budak nakal tu jahat sesangat.. nampak main judge orang di situ.. oh then disebabkan aku hisap shisha aku jahat. homaigad! aku melihat sekeliling aku ramai juga budak nakal yang makin berubah.. Alhamdulillah.. jadi jangan cepat judge ya. oh dan bahasa dia berbunga sangat tu yang malas nak habeskan baca.. but berbunga ngan romantik lain ek. (okay dah menyimpang). Maybe itu semua cara dia pandang tak sama dengan aku pandang kehidupan, pandang sekeliling. Maybe juga anda marah bila aku kritik novel dia begini. Cuba baca Aku Terima Nikahnya dan compare cara mereka menyebarkan mesej Islamik pada dunia. Bagi aku sangat berbeza..



Ada beza samada beri nasihat dan beri cara untuk membaiki diri.



pst.. sori tenet, eden memang suka tulis entry pendek begini.. simple dan padat. *padatlasangat*









Tuesday, June 26, 2012

The N's Bros..



Abang dah nak tunang nanti kawen pastu duk umah baru..
Adik akan daftar ke kolej MMU then akan duk asrama..
pasni sapa lagi nak tinggalkan aku?? ha! cakap!





okay nadia, drama sangaaat..



tapi tula.. nanti bila suma takde kat umah aku nak gaduh dengan sapa..? selalu pukul-pukul manja dengan adek sebab dah tengah hari pun liat lagi nak bangun.. dengan abang jarang gurau tapi kalau dah kami bertiga bersatu ibu hanya mampu duk atas sofa layan tibi sambil geleng kepala.. hewhew.. siapa tak sayang adek beradik sendiri kan.. lagi-lagi kami ni bertiga ja.. tapi disebabkan kami mempunyai ego yang tinggi masing-masing namoh cakap yang masing-masing rindu masing-masing.. time matrik dulu-dulu pi curi bantal smiley kesayangan abang sebab nak peluk bantal tu tiap-tiap malam sebelum tido.. pastu selalu mesej abang sebab takut hidup sorang-sorang di matrik. abang la banyak layan adek dia ni sampai sudah.. meooww. ayah pernah cakap ada satu masa tu adek selalu tido bilik aku time aku kat matrik.. sweet kan? and ibu jugak pernah cakap abang bebel sorang-sorang sebab aku tak bagitau yang aku tak cukup duit kat upm ni.. *melt dengan kerisauan abang.. ada satu masa tu aku gaduh betul dengan adik dan aku sangat terasa dan balik ke matrik dengan hati yang duka. tiba-tiba beberapa hari lepas tu tersenyum terharu adik bagi mesej mintak maaf. *nanges*

aku tak pasti dengan orang lain.. tetapi disebabkan kami ni berjauhan, kami jadi makin rapat.. Bila balik memang rutin harian akan sakat sesama sendiri.. kadang-kadang tu cuba jadi serius nasihat adek.. then adek terus buat muka toya dan jerit "pondan pondan pondan". bermulalah adegan kejar mengejar kat rumah kechil ini.. pffftt.. apa-apa pun aku tau di hati mereka ada aku dan dalam hati aku sentiasa ada tempat special to my dearest bros..




muka bajet gedik..




muka tak cukup umur.. padan muka sapa suh deactivate fesbuk!




eh?
















Monday, June 25, 2012

Hantaran tunang yang pertama





Tak saba sangat nak buat hantaran tunang untuk abang.. sayep pegang bahagian makanan.. bahagian-bahagian lain ibu yang buat sebabnye ibu memang expert dari dulu lagi! selalu ibu yang tolong buatkan hantaran sedara mara.. tanga ibu terbaek! jadi kali ini sayep nak sumbangkan juga satu untuk abang.. kalau yang ni jadi, time kawen nanti boleh la sumbang banyak lagi... hehe.. mula-mula nak buat tema fairy tale which is guna agar-agar.. kire agar-agar sebagai air (basement) n dalam dia ada ikan-ikan comel an naga. dan atas dia ada castle siap dengan kasut cinderella, mushroom alice, teapot dalam beauty and the beast. feuh banyak gak keje tu.. suddenly abang cakap tunang kat penang bukan ampang.. lorrhh.. then tuka plan! nak buat kek castle pink ja.. jenis simple and nice.. ala-ala like this..


superb betul..


Then piki balik.. dalam dari kl ke penang amik masa 4-5 jam.. then nak bawak kek camtu.. elok ada yang terlentok tido kat kek tu kang... ohhh habes my masterpiece! haha. gonna need plan C. eventually, me come out dengan idea cake in jar sebab ada nampak satu gambar kek red velvet dalam jar tu.. terus heppi sbb buat camni lagi sesuai! takyah risau tergolek ke ter comot cream ke termakan ke.. eh? -__-.. sebabnya dalam jar kan.. nak bawak pon senang.. nak tido dengan aman pon senang..




and me gonna do the rainbow cake. weepiiee..


oh and another idea came out. nak cucuk kat cake tu with cake pops! shomeeeeeel sangaaaaattt~~~ dah dapat bayangkan dah ni.. cake pops tu camni..



ini design paling simple and nice..



soooo tak saba nak buat dua-dua jenis cake ini... dah dapat approval dari abang nak buat idea ni.. and now tak saba nak tunggu ibu balik untuk bentangkan idea ini (presentation sangat..) dan shopping barang-barang bakery.. homaigad!













Thursday, June 21, 2012

jaga hati punye pasai






tau tak perasaan di mana kau nak cerita sangat kat kawan kau or lebih tepat nak luahkan. tapi tak tercapai sebab kau dah janji dengan diri supaya tanak lagi bercerita pasal 'itu'. dan sekarang kau rasa ada beban kat hati kau yang meminta untuk diringankan. payah tau nak tahan lagi-lagi jenis yang akan berkongsi cerita dengan kawan-kawan. lantaklah kawan tu memahami atau tak. hanya nak mereka mendengar luahan ja. kadang-kadang tu dah nak terlepas tapi cepat-cepat tuka topik atau kaver dengan cerita lain. ohh aku bukanlah jenis perahsia. maksud aku rahsia diri sendiri la. seorang pencerita nak menjadi perahsia memang fail!



dan aku bukanlah suka off chat!!
eeeeeeeeeee








Friday, June 15, 2012

Sudah tiba masanya..





rasanya dah tiba masa awak sedar kot. kali ni betul-betul sedar ya. walaupun asik deny benda fakta. just jangan bercerita pasal dia.





Tuesday, June 12, 2012

penghujung study week




esok bakal bermula my first day of exam.. jadi mari kita imbas semula apa yang aku dah wat for the whole study week.

Rasanya boleh tuka la study week tu kepada esaimen week kerana baru semalam aku habes buat esaimen and belum mulakan study satu apa lagi.. hoyeah.. mari joget-joget. tapi dalam takde masa nak study sempat lagi naik broga kul 5 pagi. eh eh rhyme sangat~~~ =__=''. so last minit jah ajak naik broga kul 5 dan bila diri rasa nak bebas mula la nak feel natural alam sekitar. oleh itu tak dapat masuk hutan, broga pun jadi.. jadi teruslah mengajak maria dan rupanya yani, alie, chetah n cik qie pun ada sekali.. walaupun baru kenal korunk (gile kentang dah sem 6 baru kenal dak satu batch!) korunk sangat lawak dan suka nyakat ek.. blushing mak tauuu..

papepun tunggu dak laki pepagi kul 5 tu cam tunggu retis nak perform. lambatnya Nauzubillah.. aku syak depa pakai eye shadow buat smokey eyes tak pun sebok pakai blusher. papepun selamat la sampai broga walaupun maria terlajak lampu merah.. dan tak sangka aku sampai puncak keempat sebabnya dah lemau habes akibat tak tido siapkan esaimen lalu terus ke broga. tapi time balik aku dan maria tido seperti tiada hari esok. sebaik tak dengkur ja..

oh kat atas tu aktiviti biasa. bergambar. tapi tanak masuk gambar kat sini nanti nano cakap 'sudah sudah la'... haha. ok bukan. malas nak upload.

conclusion nye selain buat esaimen saya pi broga untuk study week ni. wish me luck untuk final okayh!




*stalker pepagi buta terbaek oooo





Monday, June 4, 2012

Let pics do the writing..





berjimba bersama kosmate di pantai bagan lalang..




 















































had a very great time with gegurlz.. main game sesama, bergelak bersama, mandi bersama, melepak bersama, main pasir bersama, keriangan bersama, makan besar bersama..
Thanks a lot girls with this memory.
Bila dah camni rasa rindu sudah pun menjelma..






korunk jangan graduate laaa..