kalau dulu aku teringin backpacking kerana hendak mengetahui tempatnya.. orangnya.. sejarah asal usul nya.. tempat menariknya.. tapi tak tercapai kerna plan terkandas di tengah jalan.. tak apa mungkin tiada rezeki.. dan sekarang aku sekali lagi teringin berbackpacking (impian ni tak pernah padam), masih lagi mahu melihat orangnya.. dan tempatnya.. cuma tujuan aku saja lain.. aku ingin mencari erti hidup. Aku teringin sekali berjalan berbatu-batu di negeri yang aku tak berapa kenali untuk mencari tujuan hidup. untuk diberi kesedaran apabila aku memandang kehidupan dan kebesaran Allah.. Ya! aku sangat teringin.. mungkin ada rezeki, aku akan capai impian aku yang satu ni.
aku sangat bersyukur kerana Kau telah ketemukan aku dengan rumate ku sekarang ini.. aku banyak belajar tentang human being darinya.. aku suka cara dia pandang sesuatu masalah.. dan aku suka kesederhanaannya.. aku sangat kagumi dia.. terima kasih Arina kerana banyak mengubah persepsi aku tentang kehidupan dalam tak sedar.
Alang-alang, aku juga nak berterima kasih kepada suma kawan-kawan ku yang banyak mengajar betapa manispahitnya kehidupan.. betapa aku tahu aku tidak keseorangan dalam dunia ini.. maafkan aku sekiranya aku banyak sakitkan hati kalian.. aku tau mulut, mata, kaki, tangan dan hati ini tak lari dari buat kesalahan..
macam ucapan dapat anugerah pelakon terbaik pulak.. hahaha.
Terima kasih kerana ingatkan aku betapa berharganya aku kepada kalian dan tuhan saja tahu betapa kalian sungguh berharga buat ku..
2 comments:
Isk isk isk :'(
errr.. jangan menangis?
Post a Comment