Friday, December 30, 2011

Lelaki itu..




memang dia beri respon yang bagus..
kadang-kadang aku pun takleh nak tafsir respon tu sebagai apa..
penah nak avoid dia, dah avoid pun.. sebab aku rasa hati dia seperti tak sama rasa dengan hati aku.
yalah.. hati dia bukan aku pegang. aku keliru.
Tapi selalu jugak lah berdoa kalau betul dialah orangnya.. ^_^
hari ini. memang hari ini, darah aku menyirap ke muka tahan malu atau tahan gembira pun aku tak pasti.. yang pasti sengih kambing ni tak berenti-renti.. *blush
tak sangka dia akan tukar..
dan apakah maknanya tu? aku tau mungkin saja dia tukar atas dasar suka-suka. boleh jadi.
ntahlah.. aku lembap kah? ke dia yang lembap? atau sama-sama lembap? -_-''
yang pasti.. aku masih keliru.






camne nak beza antara suka-suka dan cinta?







Tuesday, December 27, 2011

What should I do?




It hurts, it hurts – my closed heart – a lot
Oh my honey, honey baby – what do I do?


After playing like crazy all day, I erase my thick makeup
Will I forget by being like this?
Looking quite miserable, on top of my half-erased cheeks
On top of the half-erased lipstick,
The fallen tears melt with the cleansing cream


Why, why, why, unni?
All throughout the night, why can’t I forget him?
Why, why, why, unni?
With my blackened and smeared tears, I can’t forget him
And I stubbornly say, bye, bye


What do I do, unni? I want to sleep now
But my heart keeps running to him
What to do, unni? I don’t think I can go on like this


Today, there was a really great guy who asked me out
But I kept seeing him
I stupidly ran out from that place,
I stupidly couldn’t do anything
What’s the use of pretty makeup?


It hurts, it hurts – my closed heart – a lot
Oh my honey, honey baby – what do I do?






Sunday, December 25, 2011

berdating berempat






semalam seharian keluar
keluar dengan member-member pompuan
berdating berempat di Titiwangsa
bergelak ketawa suka duka bersama
'girls talk, best things ever...'




semalam dah kuar seharian, harini duduk rumah saja lah ye..







Friday, December 23, 2011

masih berjalan untuk perjalanan




kalau dulu aku teringin backpacking kerana hendak mengetahui tempatnya.. orangnya.. sejarah asal usul nya.. tempat menariknya.. tapi tak tercapai kerna plan terkandas di tengah jalan.. tak apa mungkin tiada rezeki.. dan sekarang aku sekali lagi teringin berbackpacking (impian ni tak pernah padam), masih lagi mahu melihat orangnya.. dan tempatnya.. cuma tujuan aku saja lain.. aku ingin mencari erti hidup. Aku teringin sekali berjalan berbatu-batu di negeri yang aku tak berapa kenali untuk mencari tujuan hidup. untuk diberi kesedaran apabila aku memandang kehidupan dan kebesaran Allah.. Ya! aku sangat teringin.. mungkin ada rezeki, aku akan capai impian aku yang satu ni.



aku sangat bersyukur kerana Kau telah ketemukan aku dengan rumate ku sekarang ini.. aku banyak belajar tentang human being darinya.. aku suka cara dia pandang sesuatu masalah.. dan aku suka kesederhanaannya.. aku sangat kagumi dia.. terima kasih Arina kerana banyak mengubah persepsi aku tentang kehidupan dalam tak sedar.




Alang-alang, aku juga nak berterima kasih kepada suma kawan-kawan ku yang banyak mengajar betapa manispahitnya kehidupan.. betapa aku tahu aku tidak keseorangan dalam dunia ini.. maafkan aku sekiranya aku banyak sakitkan hati kalian.. aku tau mulut, mata, kaki, tangan dan hati ini tak lari dari buat kesalahan..
macam ucapan dapat anugerah pelakon terbaik pulak.. hahaha.




Terima kasih kerana ingatkan aku betapa berharganya aku kepada kalian dan tuhan saja tahu betapa kalian sungguh berharga buat ku..






Monday, December 19, 2011

pasrah






'Antara suka, suka-suka, minat, cinta.'




aku keliru



Saturday, December 17, 2011

mari menderma darah


setitik darah sejuta rasa




First time derma darah..
siap kol mak bagai hari sebelumnya.. saja cakap kalau aku pengsan camne?
as expected jawapan from ibu...
" pengsan ja la.. kan memang tengah terbaring time tu.."

pffftt



so harini pergi ke dewan dengan harapan tinggi supaya menderma dengan jayanya..
(sebelum ni selalu lari bila nak masuk dewan derma darah)

masuk dewan ja terus rasa kecut..
time cucuk jari nak cek darah pun tersentap..
cek blood pressure, nurse tu pulak tanya macam2, da jadi serba tak kene..
siap request kat nurse nak tgn kiri..
tapi tak dilayan..
time cucuk, muka da buat pelbagai aksi kerut da dekat membe seblah..
suka tgk darah mengalir..
boleh pulak akibat salur darah kecik, so perjalanan tu lambat dan nurse menyucuk2 menekan2 lagi jarum tu..
muka da Redha tahap gilak~~~


akhirya..


oh memangla terasa ohseeeemmm... walaupun lebam tangan..
bangga macam dapat 12A SPM. terus kol mak..
ngadu la sakit time cucuk..
as expected from my ibu.. "manade sakit... kan dah cucuk bius tuu.."
-___-''




pasni nak kol ayah ja la...



Friday, December 16, 2011

Diam, lone ranger lagi senang.



Aku memang sengaja jauhkan diri dari kau. Aku tak taulah kalau ini cara yang betul. seperti lari dari masalah kan? mungkin.. tetapi aku sebenarnya menahan diri dari tidak marah-marah depan kau hanya sebab aku terasa dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut kau. bila aku pandang muka kau, aku seperti teringat suma kata-kata tu dan seterusnya marah la yang akan disalurkan ke minda aku..


Mungkin kau tak tau yang aku terasa sebab lumrah kau cakap lepas macam tu.. aku boleh tahan tapi kesabaran manusia memang ada batasnya.. dan sejak akhir-akhir ni aku sangat annoy dengan perangai kau.. Pasal kereta pun jadi isu.. sebab tu la aku tekad nak beli beskal.. lone ranger lagi senang otak.. dan banyak lagi sebab lain.. jadi better la aku jauh kan diri supaya aku tidak buat muka..


aku bukanlah jenis orang yang membalas setiap perkataan perli orang ni termasuk kau.. aku takut apa yang keluar dari mulut aku lain jadinya.. maklumlah, aku juga lemah dengan kemarahan aku sendiri.. aku hanya tunjukkan dari segi body language ja.. kau tak paham? takpe la.. so, lebih baik aku jauhkan diri..


mungkin kau tidak perasan.. mungkin aku penting kan diri.. tapi ini memang cara aku untuk tidak lagi terasa dan marah dengan sikap kau.. sesungguhnya banyak lagi bende aku nak piki..


seperti lari dari masalah kan? hmmm...

Wednesday, December 14, 2011

bercampur baur






Sepatutnya aku nak post rasa gembira..
gembira sebab bermesejan...
gembira sebab berkomenan..
gembira sebab terjumpaan..


tapi... diesabkan tangguh nak post (atas dasar kene edit report last minit)
aku didatangi dengan berita serba salah dan sedih..


aku tak bermaksud nak cemburukan sapa-sapa..
nak sakitkan hati sapa-sapa..
maaflah andai aku terbuat begitu..
mungkin bukan dengan aku, kau cemburu.. tapi aku tak tau kenapa hati aku kuat menyatakan macam tu..
sekali lagi.. maaf.


sedih..
sebab aku tak ada bersama famili bila banjir tadi.. tidaklah teruk mana tapi setidak-tidaknya aku nak tengok dengan mata sendiri yang famili aku selamat..


sedih juga.. sebab aku tersangat rindukan kawan @ teman baik @ jiran baik..
Siti Aminah..
aku sangat perlukan kau malam ni..
terasa nak start enjin keta dan gerak ke rumah kau..
terasa nak bercakap luahkan segalanya tanpa henti depan kau..
kerna aku tau kau setia ja mendengar celoteh aku terhadap semua perkara..
kawan.. crush.. sayang.. geram.. sedih.. suka.. agama.. dosa.. pahala...



dan buat sekian kalinya aku menangis semahu-mahunya di hadapan laptop ini..





Sunday, December 11, 2011

stress





aku tak tau apa yang aku nak stresskan sangat..
ke aku tau penyebab nye? cuma tanak ngaku itu penyebabnye?
aku tau seminggu ni senyuman aku tak la selebar mana.
maafkan aku pada suma kawan.
aku tau aku dah berperangai macam palat sejak akhir-akhir ni..





mungkin ini penghujungnya..



Thursday, December 8, 2011

sudah cuba untuk tidak berputus asa. dan terus mencuba.






hectic life.


well bukan nama sudent life la kalau tak serabut. kan?
serabut assignment serabut test bagai serabut persekitaran pun amik kira.
so, susah nak expect kita akan score untuk suma test suma assign suma presentation.
dan YA. aku nak score. sapa tak nak? bodoh la org tu.


tapi perlu kira situasi juga.
kalau dalam sehari ada 2 test tough + minggu sama kene hantar 3 assign karangan panjang berjela + discussion group yang amik masa panjang.
boleh ke? tell me, boleh ke aku score test n assign minggu tu?


oh dan YA. maybe anda boleh. be proud of yourself.


pembelajaran di Malaysia ni sangat menitik berat pada kertas.
budak score A kire pandai gilak r.. baru boleh amik jadi pekerja taraf tinggi.
but then, tau ke orang yang score A tu rezeki depa ja hafal yang topik tu ja.. tup2 topik tu yang kuar. Yang budak tak score A ni sebenarnya lagi faham bukan hafal. tetapi tiba-tiba ada masalah peribadi yang melibatkan emosi. so?
dan YA. it could be the other way round. dan macam-macam round lagi.


dan rezeki tu masing-masing kan..


aku tak lah tak bersyukur dengan apa yang aku dapat. malah sangat syukur.
aku tau aku lemah bab-bab hafal.
sebab tu bila dapat result aku terima tapi dengan azam akan buat lebih baik.
tapi janganlah terus direct fikir yang orang tak score A tak boleh berjaya dalam hidup.


well honey, I learn to live not solely for exam.








oh dan lagi satu.
the other 'bird' web, I expose the other side of me. so if u can't stand the words or annoy in some ways, feel free to unfollow me.



Wednesday, December 7, 2011

Spread the love 2






menunggu..
dan terus menunggu..
dah on.
senyum.
berbunyi!
senyum melebar.
gurau.
nak tido.
ooh.
habis.
terusan senyum.
berbaloi menunggu.



can u take me to a deeper conversation?

Spread the love




sila klik untuk tumbesaran



hope can describe my own words toward you..



Sunday, December 4, 2011

Bila Rindu




budak kecik ni peneman gusti kalau boring kat kampung sementara tggu parents bersiap ke pantai..

budak kecik ni tempat orang luahkan perasaan..

budak kecik ni dulunye paling putih comel dalam keluarga dan skang dah tan dan hensem..

budak kecik ni dah ada makwe.. makwe die orang pakistan.. pandai dia pilih ek..
katanya 'Alhamdulillah..'

budak kecik ni terlalu beza luaran dan dalaman pemikirannya..

budak kecik ni dah besar...





*rindu*













pemenang anugerah vokal terbaik



















patah tangan hanya kerna accident beskal.













budak kecik yang selalu kuarkan jenakanya tersendiri..
yang selalu buat hati kakanya tersenyum
dan kadangkala buat hati kakanya risau tak sudah.



terfikir yang rasanya tak perlu fikir kot time ni..




macam tau ja jawapan nye..
ya. macam.
atau memang pon. kot?




oh ok.
keliru balik.







Friday, December 2, 2011

mentafsir itu susah.





aku tak pandai tafsir apa yang kau buat..
jadi silalah berterus terang.. boleh?
supaya aku tau apa langkah yang aku patut amik lepas ni..







Tuesday, November 29, 2011

Marathon beskal





Cabaran seminggu dah pun bermula hari ni..
pagi tadi..
Berbasikal ke kelas selama 7 hari!! yeah!
walaupun kelas aku 4 hari ja!! yeah!
walaupun bangun lambat dan sampai lambat ke kelas.. har har har...
berpeluh gak la ke kelas.. memang kene pakai jersi hari-hari baru cepat sejuk balik badan.. baju pun cepat kering... untungla sapa duk seblah aku, memang hari-hari bau 'natural' kuar..



pinjam pun dekat kolej kedua ja..
seminggu rm 8.. ok la tuu.. berbaloi ja...
tunggu nak beli beskal sendiri?? keje nanti la jawabnyee...



terketar gak lutut-lutut lagi-lagi part nak naik bukit area Palapes...
ada la 3 kali benti putuih napeh... haha
bila ada abang2 bawa motor lalu, kaver cam nak baiki beskal... lalalalalalala



sangat best meroyan ke kelas naik beskal..
bak kata botol 'go green' nampak... hahaha
terasa kat oversea pun ada, lagi-lagi bila satu negro tego..
dan dengan angin libas2 ke muka..
sangat lah Oxford. -___-''





ni yang rasa nak manja ngan mak nak suh sponsor beskal ni...
save duit minyak keta~~~



Saturday, November 26, 2011

1433


Salam Maal Hijrah..




tahun baru.. azam nak kene baru la ek..


tiap-tiap tahun pun bearazam ja lebih.. nak realisasikan cam tak kesampaian..

tapi azam kali ni nak dekatkan lagi diri pada Allah.. nak kuatkan lagi Iman.. nak cepatkan Solat.. tanak tinggal-tinggal solat dah..

dan nak cari jodoh... errrr


Harap dapat capai apa yang diazamkan ini.. Insyallah.




Thursday, November 24, 2011

Random Awesome





Lagu Background = Random Awesome by Yuna.




- da lama tak bawak baju kotor banyak-banyak balik umah.. last buat time matrik, tetiba rasa cam pemalas sebab tak basuh baju sendiri.. oh bukan pemalas.. cuma busy ngan assignment bagai..



- Recently baru sedar banyak koleksi bende-bende biru.. lagi terang lagi suka.. kebetulan abang pun bagi dompet nylon biru.. weehuu..



- ngidam cili padi tak habis-habis.. terasa nak kunyah setiap masa.. -___-''



- meja bersepah ngan buku-buku.. katil penuh dengan beg-beg kuliah..
(bajet pelajar cemerlang yang tengah busy)



- sebelum ni ibu jari terseliuh sebab terkena bola padu dari dak handball tapi aku tengah berlatih main softball time tu.. and skang ni urat kaki lak tersimpul tanpa tau sebab apa... pffttt...



- Banyak gap antara kelas tapi still rasa cam tiada masa untuk buat assignment + study + jog.. tapi FB sentiasa on..



- oh dan lagu background ni sangat lah haunted sebab dah berpuluh kali repeat pun tetap tak puas dengar...







''..I don't know what is up with me, I laugh to much recently...''

Tuesday, November 22, 2011

Ole-ole


semalam amik abang yang baru balik backpacking around Europe... (terasa jeles di sini)
Impian aku tapi die dulu yang merealisasikan.. takpe2.. ada rezeki InsyAllah aku pulak..


oh semalam sebelum abang aku kuar ada la beberapa minah terjerit-jerit sebab excited kawan die baru sampai.. sambil berpelukan.. dan2 tu aku tanya adek.. ''kita nak wat cmni ke kalau abg sampai?'' macam biasa adek aku hanyalah berikan muka blur die.. ceit.


dan abang aku tiba.
ibu peluk erat.
abang salam ayah.
kami? senyum sengeh kambing. haha!


pastu terus pi cari port untuk makan.. abang dah tak tahan nak makan makanan Melayu.. tulaa dulu bising sebab pagi-pagi tak buatkan scramble eggs untuk die.. dalam keta mulut abang dah macam hape tak berhenti cite.. sejarah castle ni la.. jalan Oxford la.. tower repunzel la.. camne kambing biri-biri jaga Standing Stone la..


Plus dengan ibu bebel kat ayah sebab salah jalan balik.. Plus ayah macam nak marah sebab bising-bising.. Plus abang aku sebok nak tunjuk video.. Plus adek aku blur kat belakang.
beauty.
aku memang rindu semua ni..
jadi tergelak sorang-sorang ja.. har har har


bila sampai tempat makan semua penuh.. oh lupa Malaysia vs Indonesia..
CONGRATS PEMAIN MALAYSIA!!
dah order. makan.
kami pakai sudu garpu. abang pakai tangan.
puas dah pakai sudu garpu katanya di sana..
belum sempat pinggan kitorang tggal setengah nasi, abang aku dah abes!
then gedik-gedik cakap Malaysia panas. ok gedik sungguh!



pagi ni da balik UPM. SABTU ni tak saba nak balik umah..
nak jumpa ngan family..
'' Family bahagia'' bak kata adek ku..
(pabila budak blur bersuara)

Saturday, November 19, 2011

You like a rocket in my mind







Rindu.

*blushing*







aah sudahh....

Thursday, November 17, 2011

Contengan Jalanan



''The man that decided to change on the 12th dies on the 11th ''




Contengan perjalanan.

macam biasa buku-buku Hlovate memang tak pernah menghampakan aku.. novel kali ni lain dari novel yang aku pernah baca.
lain sangat.


Bukan tersalah cetak. Disebabkan keunikan ni aku terus grab beli tanpa piki pape.



novel ni tentang anak-anak muda mencari erti hidup, mencari cahaya keimanan.. atau lebih tepat contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan.


Macam aku. Ya. AKU.
Aku tengah terkapai-kapai mencari jalan yang lurus.. sedang berusaha walaupun terasa tak seberapa usaha tu.. buku ni sangat bagus untuk tarik budak2 zaman skang untuk ke jalan Allah.. memang aku syorkan sangat novel ni terutama untuk orang-orang macam aku patut berubah tapi liat beno nak beli buku agama.. novel cintan boleh beli pulak an?
realiti hidup.. haha.


Ada 2 cerita dalam 1 novel.
baru habis baca 1 cerita. cerita FEND.
habis ja baca tersentap dengan ending dia.. dan... terus menangis semahu-mahunya..



Nangis kerna takut diri ini tak dapat nak buat banyak-banyak bekalan untuk berjumpa Allah kelak. Betapa jahil nya aku rasa diri aku skang sbb pengetahuan Iman aku nipis lagi dari kulit bawang..




dan aku terus menangis.




''The man that decided to change on the 12th dies on the 11th ''
(moga aku tidak menjadi orang di jam sebelas)


Friday, November 11, 2011

Aku seekor siambang



Atas kata sepakat dengan Syida Shu yang muka dah cengkung tapi perasaan chubby ag, maka terbentuk lah satu entry bertajuk 'aku seekor siambang'


siamang = haiwan tergolong dalam keluarga beruk
siambang = sebuah tanjung dalam Malaysia..

NOTED.


tulaa orang tua-tua kata jangan main nyampuk orang cakap... pastu terus TERcakap 'siambang' instead of 'siamang' and terus-menerus TERgunakan 'siambang'... sampai la ada satu suara tegor..

'siamang ke siambang. nadia??'

siamang la Nadiiiaaaaa sssiiaaammaannggg!! *tepuk2 mulut*
dah kene bahan sampai sudah *down*



cerita sebenarnya kami 15 orang bermain SKYTREX! akhirnyaaa!
sebelum mula kami diberi taklimat dulu.. dan dan semuanya kami kene buat sendiri kat atas tu! nak cangkuk kat tali kene sendiri, nak cangkuk mana satu pun kene sendiri.
ohh bergelodak perut aku dengar..
sebaik die nasihat kan pergi tandas dulu..
tang nak start panjat.. perut bergelodak lagi ceeeppaatt! oohh~~~




muka berlakon heppi..



menunggu giliran untuk mula
(start takut lettew)



tangga tu tinggi! serious.



dan terus ke flying fox! sangat lah riang ria time ni..



mungkin kecut perut die masih lagi terasa... errrr?



muka konon cooll..



oh yang ni la aku tersekat lama...
benci palang-palang tu tau..



Muka-muka menunggu giliran dengan jayanya..





pffttt..


style la akak ni..



semua senyum ketakutan..



apa-apa pun kami suma dah berjaya melengkapkan kesemua puluh-puluh trek tu.. haha.. gembira? YA! puas hati? YA! nak buat lagi ? TAK NAK!

Thursday, November 10, 2011

Muka merah tanpa disedari..




''bila jumpa terus paling konon nak menjaga pandangan, tapi bila dia dah pergi mula teleng-teleng kepala cari dia. menjaga pandangan konon. jaga hati tu dulu baru jaga pandangan cik kak oii..''


admit je la kau takleh berhenti senyum bila nampak dia kan nadia kan kan kan.





Monday, November 7, 2011

pokok beracun








nama diatas hanyalah nama timangan sahaja.. yang pasti bukan untuk sayep.. tetapi untuk ara yangkecikcomeirasanakcubitcubit. kenapa nama timangan die tu camtu.. ntah ler.. lupa nak selidik kat makteh.. haha

tiba-tiba rasa rindu sangat dengan ara.. nasib baik lah harini raya haji.. datangla sefamily mak na.. siap request malam sebelum tu lagi suh bawak ara siap-siap.. kalau tak meroyan la sorunk2 tahan rindu kat budak celoteh sorang ni..




dulu punye la kuning langsat muka.. skang dah makin golap aku tgk die.. apa pun bulu mata die kekal lentik.. kelaaaasss ko jah.. mata tu rasa nak cubit-cubit sebab bulat sangat.. ok tak boleh.
semua adek beradek ikut bapak.. mata besar. tapi die yang paling cute and not to mention cool beb!




tengookk mata bulat die..
*tgh tahan geram


oh die sangat la banyak cakap.. die suka bercerita.. even kalau first time jumpa pun die akan bercerita bagai.. tapi satu ja.. die pelat 'k'.. haha


'' kakak nadia kau kak? ara tak suka kito dalam kereta..''
'' laa.. kenapa?? tido je la kalau ngantok..''
'' taak naaakk.. kawan ara kan.. kie tido dalam kereta.. pastuuuu..''
'' pastu??''
'' pastu kie kito la...'' (muka selamba bagai)

hampeh betul.. sebaik selamber2 kau, kau tetap comei..!




buat-buat innocent lak..



lagi rasa nak gelak bila..

'' eh janganlah picit perut ara.. nanti kie meletuppp..''






pastu elok pulak die pi kunci pintu bilik pastu cakap kat aku '' ha ha kak kauu.. kakak buat..'' *sambil buat lakonan muka terkejut* adeh2.. nak gelak ke nak marah??


tapi sile jangan kacau die bila die takde mood.. die akan jadi sangatlah melenting.. tanya sikit nak jerit.. tanya banyak jangan cakap lah bape harkat jeritan die..





aku dah cakap dah.

Saturday, November 5, 2011

Raya tanpa dia




sekali lagi beraya Aidil Adha tanpa abang.. sebelum ni sebab kau pi PLKN kat Sabah.. kali ni sebab kau pergi merantau ke negeri orang.. walaupun tersangat best aku tau kau masih kempunan sambal petai kan kan kan.. aku tak tau nak terima macam mana kalau kau dah jadi milik orang nanti..




tak sangka aku menangis kali ke-2 sebab rindukan kau . . .

Friday, November 4, 2011

qluless quote




'' jangan sukakan orangnya, sebab orangnya dah jadi hak milik orang, sukakan perangainya sahaja... '' -novel BMHS-






tapi ko jugak yang bagi aku pinjam novel ni.... arghhh..
walaupun ko bukan milik orang
















Wednesday, November 2, 2011

Si dia




aku tak nak teringat kau..
kerna aku tau aku sendiri akan tertikam di hati
kerna aku tau perut ku akan bergelodak dengan sendiri
kerna aku tau pedih di mata ini

oh betapa aku nak berpaling bila melihat kau.
'makin dilawan makin lah dia datang' bak kata-kata novel lagaknya


tapi akhirnya
aku sendiri yang jatuh dengan helahku ini.
aku sudah terlajak . . .

Monday, October 31, 2011

saya nak berubah


memang teringin sangat... sangat teringin...
tetapi iman dalam diri ni turun naik..
nak nak lagi bila hadapi situasi tertentu..
harap tak terus turun..

dari segi pakaian, Alhamdulillah sekarang nak menuju ke jalan yang betul.. sedang mencuba sikit-sikit... atau aku yang tak bersungguh??

dari segi perangai... errrrr... susah jugak nak buang tabiat lama... suka lepak lama-lama, cakap nak kuat, gelak nak kuat, da la kuat pastu tanak benti-benti..
agaknya kalau jumpa ngn mak mertua kali pertama... terjerit-jerit panggil 'mak..! makk.. nak letak garam bape banyak niiiiii....??'
dapat lak mak mertua yang baik (maklumlah nak cari suami soleh), mau tak tersakit jantung orang tua tu walaupun medical history die sehat walafiat...?
harapla dapat mak mertua yang baik pastu boleh gamble sekaki...mesti best korek rahsia bakal suami.. lalalalalala


ok tajuk ni bukan pasai bakal suami



tapi tulah.. nak berubah kene ada niat yang betul.. bukan kerana orang tapi kerana Allah.. ingat tu nadia..

harap rakan-rakanku yang sudah biasa melihat ku sudi-sudikanlah biasa melihat perubahan ku... harap juga bakal suami boleh menerima segala kelemahan ni... eh?





Permata

Thursday, October 27, 2011

conversation

dalam telefon..



Ayah : Nadia nak selipar angry bird tak? banyak warna ni.. ada hitam, oren, tapi biru tak lawa la.. nak tak? kalau nak ayah belikan ni...

Aku : amik je la mana yang ayah rasa lawa...

Ayah : jap ayah lari pi kedai kawan ayah jap.. fuuh fuuh fuhh... ha. yang warna hitam la paling lawa.. Nadia saiz bape?

Aku : Nadia saiz 8, takpun ukur ja ikut kaki ibu..

Ayah : ok ok.. jap nak pi kat ibu lak.. fuuh fuuh .. ok bye.





how could my heart not smile in this cute conversation...

Sunday, October 23, 2011

Fear = kaget

AKU GAYAT!




sila klik untuk rasa apa yang aku rasa



ok itu pembukaan cerita aku.. mungkin sesuai digantikan 'pembukaan' dengan 'mukadimah'..
ke sama ja?? ahh bukan itu yang aku nak bangkitkan isu skang ni..
sekarang ini..


kenapa aku setuju nak main SKYTREX?? EXTREME CHALLENGE terus... thanks to suryani aka buryani aka jaga ko nanti aku carik water challenge yang super extreme aku heret ko..!
hari nak main sabtu ni.. so aku kene fit sebelum hari sabtu r...?


cuba bagi explanation sikit macam mana aku nak panjat tangga tu sedangkan tangga kat pokok bt ekspo aku naik masa pesta konvo aritu pun dah menjerit bagai nak turun... oohh~~ -___-''
ye aku gayat.. malah terlebih gayat sehinggakan suh naik atas meja pun aku takut..
tapi gayat2 aku, aku suka cabar diri.. pastu menyesal.. pastu tersekat tak naik2.. pastu dah abes, rasa bangga.. pastu bila nak naik cabaran lain still terketar lutut.. kesudahan gayat aku masih ada.



Skytrex ni main dari 1 pokok ke 1 pokok yang lain dan setiap kali nak ke pokok yg lain tu ada la caranya.. antaranya jalan kat atas tali ja.. jalan kat bamboo.. flying fox.. nak tgk gambar ke sini ye.. or yang ni.. tapi dah nama pun 'sky' sah2 r tinggi-tinggi tempat die... aku tak kesah sangat yang lain *tipu* sbb dah mmg ada kat atas tapi beginning ja dah kene naik tangga tggi tu..
piki tangga tu ja pun dah wat perut aku seperti ada rama-rama sedang girang menari..
camna??



nasib r korunk aku tersekat nanti suma kene tggu! wajib!




ok skang nak tgk youtube macamana nak kuatkan tangan untuk angkut badan yang comel ni...
oh sebelum tu pi dapur kali ke 9 jap r..
nadia! esok sile jogging!




*ani cakap nak rakam aku jerit... oohh tiiddaakk~~~

Thursday, October 20, 2011

Ditolak


Baru-baru ni..
aku dapat tau budak ni suka laki ni.. mula-mula aku pikir 'maybe suka gedik-gedik je kot', but then budak ni sangatlah mengharapkan kasih laki ni.. dia cuba sedaya upaya nak tarik perhatian laki ni tanpa nampak desperate walaupun di mata wanita seperti aku tau bahwa dia sangatlah boleh kata desperate. budak ni bagi coklat, luahkan ikut status, menangis sendiri dalam blog..

Oh.. aku tak lah ikut perkembangan die..
cuma hati aku terdetik..




begini kah aku semasa aku pernah suka insan bernama lelaki?




kesah budak ni agak nak sama dengan kesah aku cuma detail and cara berbeza, basic still sama.. (dolu-dolu takde la tulis kat blog. diari cukup..)
mula-mula aku agak tergelak dengan perangai kebudakkan budak ni.. siap cakap psycho betul dak ni.. siap permainkan setiap perbuatan dia..
lama-lama aku pun terpikir.. rupanya gelakan itu terpantul ke muka aku sendiri sebenarnya.. dan rakan-rakanku, aku tau kamu semua pun sebenarnya dahpun menghadapi situasi yang sama.. mungkin ini kali pertama budak ini laluinya..





kepada adikku..
Banyak definasi cinta yang kita sendiri memberikan maksudnya..
tetapi cinta kepada yang Maha Kuasa adalah segala-galanya.. Bercintalah ke jalan diredhaiNya..
pernah ku baca....
'bila kita suka seseorang, jangan beritahu padanya.. luahkan lah dekat Allah S.W.T, kerna Dia lebih mengetahui jodoh pertemuan kita..'






semoga memberi iktibar kepadaku..

Sunday, October 16, 2011

Kawal kemarahan...

Macam mana nak kawal marah??


Macam mana nak jadi cool macam brader-brader yang tak puas hati sebenarnya tapi rilek ja cara cakap depa.. ada seninya bila jawab.. tapi sampai part aku terus tersembur ayat-ayat kemarahan.. jangan risau sebab ayat aku tak lah kasar.. errr mungkin..
-__-''



lagi-lagi bila kalau berbentuk penulisan.. tetiba terlepas pulak ayat-ayat mengundang.. bilah dah send baru termalu sendiri sebab rasa cam wat perangai budak-budak tengah marah berebut eskem 20 sen.. kalau perkataan agak kaver sikit sbb taknak tgk muka depa-depa terasa.. aku pun tak suka tgk muka orang terasa..



aku bukan lah seorang yang pemarah.. (mungkin) tapi kadang-kadang bende yang remeh temeh seperti janji nak dtg support tapi batang idung ntah ke mana.. bila ajak pi tgk kawan alasan menebal padahal gerak ke pakwe.. bila ajak pi masuk apa-apa, ditolak, sbb tarak alasan tapi mulalah sebok nak amik tau.. oh ya.. aku akan jadi lebih marah apabila melibatkan friendship.. mungkin bagi aku time ni lah ko betul-betul nak bersama kawan-kawan, satgi dah kawen tanggunggjawab ke suami.. bila masa lak boleh melepak ngn kawan-kawan an..
tapi tak suma sama pendapat dengan aku..
ya. aku tau itu.. cuma aku tak paham.



jadi... macam mana saya nak melepaskan marah ini dengan cara baik?? ataupun pusing balik kemarahan ini menjadi satu bende positif??

Sunday, October 2, 2011

Mata terpaut



ehem ehem...

nak cakap.. dah jumpa hampir 80% ciri-ciri lelaki yang memang dicari-cari selama ni.. tapi tak berpeluang pun nak tego apatah lagi sembang-sembang kosong dengan dia.. kenapa mesti kosong? ok, sembang-sembang bermanfaat.. mungkin satu hari nanti atau mungkin juga tidak akan berlaku.. tapi, mana tahu kan...?



mood: blushing

(maaf post menggedik sikit)

Wednesday, September 21, 2011

LAST


' ... and this is the last slide....'


' the last question is...'


' .....last paragraph for this slide...'









ni antara perkataan yang aku tggu2 sepanjang dekat nak dua minggu aku belaja....
tapi kalau da nama student tak sah kalau tak buat keje last minit kan kan kan...

Thursday, September 8, 2011

nasihat



mak sedara bagi nasihat yang agak kelaka tapi rasanya agak berguna jugak di masa depan...




'....cari bakal suami yang tak kesah kita akan gemuk nnti.. senang kita takyah susah payah nak kurus.....'








tehehehehehe

Monday, September 5, 2011

Percutian yang paling bermakna

diva-diva turun padang



SELAMAT HARI RAYA!


raya kali ni memang raya yang sangat bermakna bagiku.. tak tipu.. selain daripada dapat duit raya banyak walaupun berumur 21 tahun disebabkan abang-abang sedara termasuk abang sendiri dah berkerjaya.. selain daripada dihujani pertanyaan bila nak kapel... betul.. selain tu, raya kali ni sangat bermakna..



walaupun 6 hari ja di kampung..





kalau berdiri seblah depa mesti depa ingat aku tua depa muda... uhuk uhuk



raya pertama macam biasa bermaaf-maafan.. nangis itu perlu.. tapi kali ni lain sbb 2 buah keluarga sudah menjadi natural.. 0-0 kata org muda.. Tok ki ku pun berdoa sedalam-dalam hatinya memanjatkan kesyukuran.. siapa tak rasa sebak bila tgk 5 dari 8 adik beradik ni bersama ayahanda mereka berpelukan?? kami anak-beranak yang juga dari 5 keluarga ini terasa keutuhan mereka lalu tisu di rumah kayu itu pun habis kontang sebab kami..




sebahagian family besar



raya-raya pada hari lain seperti biasa berlaku tiap-tiap tahun.. menziarah saudara-saudara lain.. melakukan barbeque tu mmglah wajib bagi family besar kami.. malam tu mmg sangatlah heppi sampai gelak kami boleh la gak meruntuhkan reban ayam belakang umah tu.. hahaha..



pembakar ayam




paling best bila hari terakhir kami.. beraya di air terjun!! weehuuu... hujan pun tak memberhentikan kami dari menerjah ke sungai betong, Terengganu.. walaupun agak sedikit takut sebab tiba-tiba air dari gunung macam laju sikit.. tapi suma perasaan tu terhenti bila main bola ramai-ramai dalam air.. termasuklah yang tua!.. ohhh sangat best!! rasa nak berhenti ja masa supaya malam tak menjelma.. macam biasa aku orang last yang naik ke darat.. maklumlah org gila air mcm ni la.. kene la jugak marah sikit sebab lambat tuka baju.. saba sikit derr...






sedara2 sengal yg nak meningkat matang..


walaupun kali ni aku tak bersama sedara rapatku, ika... sebabnya dia bekerja di hari raya.. walaupun umah nenek tu dah terhimpit dgn kami-kami ni yang tido tak tentu arah sampai tak nampak lantai.. (punye ramai lak anak2 dah besar sampai tarak ruang ooo), aku rasa sangat tenang raya kali ni... aku rasa seperti terubat rindu pada suma famili besarku ini!!...

oh mak2 sedara sekalian... silalah buat umh terbuka.. boleh lah kita berjumpa lagi.. hahaha..



jgn ingat Shah Alam ja ada i-city..
ini Terengganu mari~~



cuma takbestnye, anak-anak sedara lak boleh panggil aku doraemon...
'eh akak doraemon, arini kita kuar gi pantai ek??'
alasan depa sbb aku bulat dan comel.. aku tau 'comel' tu nak amik ati ja... cuih.


ohh nasib baeklah depa-depa ni comel.. kalau tak ada yang aku rembat sampai lebam kang...

Sunday, August 28, 2011

give up aaiihh..





berjam-jam tuka template... try warna ni, tak berkenan.. try corak tu, awat cam meriah no ni??
last-last putih gak sempoi..
tuka header ja untuk menyedapkan perasaan bahwa arini penah berusaha untuk memberi nafas baru pada blog empunya ni...

ohh dan gamba kucin di sebelah sedikit sebanyak menggambar kan sayep...

nape pilih kucin?? sebab binatang tu kucin...






Saturday, August 27, 2011

melantak?? lantak la...

ari selasa... kul 1 pagi..

tibai 3 pinggan nasi hanya berlaukkan telur dadar dan budu bersama cili padi yg dibawa khas dari kampung.. sekali titik kat pinggan telinga boleh kuar asap punye pedasnye cili padi tu.. mungkin budu pagi tu rasa cam chicken chop kot.. tu yg TERtambah 3 kali tu..


*seterusnya tak sahur konon ganti TERmakan banyak sebelum tu





ari khamis.. kul 4 pagi..

perut dah meronta-ronta nak ayam pedas mcD.. so ajak adik sahur mcD kat taman melati.. alih2 sampai sana terpaksa order GCB sebab ayam tarak.. ohh ohh.. sangat kempunan! abes makan terus kasi idea jitu kat adik untuk singgah gerai makan nasi lemak ayam.. konon nak tebus tak dapat makan ayam tapi perlu ke ada nasi lemak?? dann tak payah piki la camana senaknya perut ni meminta untuk diletup kan.







tu tak termasuk ag berbuka macam sepuluh ari tak makan.. tak tau la apa rasuk badan aku minggu ni sampai meronta-ronta mintak lemak lebih.. aku pun turut je la bagai pahat dan penukul... eh eh?






*tolong la muat baju raya ni.... tolong laaaaaaaa

Sunday, August 21, 2011

Cara kita tidak sama

maaflah kalau aku lebih suka berdiam diri menghadapi semua realiti ni..
tak bermaksud untuk tidak melayan sesapa cuma dalam kepala terlampau banyak benda berlaku jadi diam hanyalah cara lazim aku dari kecil..



maybe tiada yang memahami cara aku ni.. even my parents pun tak paham jadi aku memang tak salahkan sesiapa..



hanya Allah dan diri aku saja yang paham..















prenset betul setan ni!

Thursday, August 18, 2011

insomnia

kitaran hidup aku dah tak betul.. badan aku tak dapat terima yang malam itu malam dan siang itu siang.. dah skang insomnia pulak berlaku.. mata lak bengkak sebab lebihnya tido... ooohhh~~



rindu betul dengan udara waktu pagi..

Friday, August 12, 2011

Buku...!


Ya! akhirnya aku sudah pun memiliki buku ini..
bukan tak mahu membeli secara online tetapi memang dah perangai aku tak suka bende-bende online.. sekadar lihat sedapkan mata sahaja.. well, atleast buat masa sekarang la.. mungkin seminit kemudian aku berubah fikiran dan terus membeli secara online..



kamera hilang untuk mengambil gambar buku. jadi kredit tu pakcik google.



aku tidak membaca sepenuhnya lagi buku ini.. memang tabiat aku akan semak sehelai-sehelai muka surat sampai habis barulah akan serius membacanya.. err mungkin tabiat ini bukan untuk aku sorang..


ada juga aku membaca review buku ini di internet menyoalkan mengapa buku senipis ini dijual dengan harga rm 30??

sampai di MPH, aku terus mencari buku ini seperti aku sorang dalam kedai buku ni.
tak jumpa. hampa.
pikir nak tanya di kaunter service,
'kak, buku bogel menuju tuhan ada lagi tak?'
ayat itu aku pendam kerana malu pulak untuk aku bertanya atas sebab uniknya tajuk buku ini..
tiba-tiba hatiku terusik untuk ke top-seller,
melihat buku yang tertera,
aku hepi.
memengang buku yang diidamkan di tangan,
aku puas.
secara spontan aku teringat kembali review di atas. dalam fikiran aku agak menyoalkan juga kenapa buku senipis ini dijual dengan harga ini. tetapi aku tidak kisah sebab bagi aku setiap penulisannya ada lagi yang berharga lebih dari harga buku itu.




sedang menyelak buku ini aku terpana di muka surat 54.
lalu tersenyum puas tahap tiga kali ganda.








p/s : mungkin sebab terlampau asyik dengan puisi sejak akhir-akhir ini, so penulisan pun da ala-ala pemuisi yang bajet akan jadi terbit buku sendiri kelak. haha.

Thursday, August 11, 2011

Mencuba yang tak tercuba lagi

aku suka kata-kata ini




"aku nak rasa susah di tempat orang. Kalau orang kata itu benda yang paling susah, biar aku rasa benda yang diperkatakan tu supaya aku dapat cerita benda yang sama. Tapi aku percaya, kita akan lagi kreatif bila kita dalam kesusahan."

- sumber dari seorang pelakon -






dan sebenarnya jiwa aku sama dengan serangkap ayat di atas.

Friday, August 5, 2011

Dah angau balik..

nak bgtau ni.. sayep dah minat org lain.. die ni lagi macho walaupun tak se'tough' aaron aziz... suka tgk muka die slumber je.. *pengsan*


BETO KUSYARY
oooh comelnye die~~
sila klik gambar untuk lihat kemachoan dia



dah tak minat dah Faizal tahir n bye bye aaron aziz..


start minat ngn beto pun sbb kesah Juvana.. pahtu tetiba membuak lak minat kat dia ni.. dia ni dah lama berlakon cuma tak sefames artis2 lain.. tengah2 syok selongkar pasai beto ni.. terserempak la plak ngn cite yang die belakon..
KASHAF IMANI






cite ni sgtlah best.. kesah Kashaf (beto) yg ingin kembali ke pangkal jalan dan meminta pertolongn imani (amani) yg boleh melihat roh-roh.. ooh mungkin jugak terlampau minat kat beto jd suma cite die kurasakan best! ahaks. tapi time dia kacau amani dalam cite tu sangatlah sweeeet!! sampai sebelum tido doa dapat mimpikan dia..


then sedang-sedang lepak kat umah siang tadi tertengok la plak cite GENG SURAU.. n guess what, beto pelakon utama... *pengsan* apa lagi tercongok cam batu la depan tv tu.. sebaik cite die setengah jam ja.. kalau tak mau mak ngamuk tak masak ag untuk berbuka.. tehehehe..





cite ni pun sangatlah best! tapi ni bukan sbb beto pelakon utama, (err mungkin sikit) tapi cite ni lawak! penat eden golak depan tv td.. tapi cite ni bg byk pengajaran jugak.. kisah 'mayat'/Razif (beto) yang cuba untuk menyesuaikan diri kat kg selepas 3 tahun di pusat pemulihan akhlak.. die ni kira dak yg superb nakal la kat kg tu.. abeh suma org die kacau.. tapi skang dah alim, dah nak jdi budak baik.. yg lawaknya bila ekspresi dak2 kampung terhadap pemulangan 'mayat' ni.. hahahhaha..


tak saba nak tunggu esok untuk cite geng surau.. padahal kt utube dah lama ada -__-''









bila carik punya carik pasai beto ni barulah perasan yang ramai gak perempuan minat kat die.. *sigh*..


Yang paling tak nak amik taunye bahawasanya beto sama ja mcm faizal tahir n aaron aziz iaitu dia sudahpun berkahwin 2008 yang alu.. *sigh x2*






nak doa banyak-banyak supaya intake sem akan datang ada muka cam beto kusyairy boleh??

Sunday, July 31, 2011

PIki dulu sebelum cakap sesuatu.





I hate it when people easily admit some random people is their bestfriends.

Saturday, July 30, 2011

In reality

sayep mempunyai kawan-kawan yg kamera freak.. pantang jumpa kamera tak sah kalau tak penuhkan memori dgn gamba-gamba kitorang.. tangan buat peace sambil membentukkan mimik muka yg comel.. jadi, sayep pun sedikit sebanyak menjadi kamera freak ni. err cuma potong bahagian comel tu.. dan peace tu.. selalunya kawan-kawan ini akan sedaya upaya untuk tidak menampakkan cacat cela gambar mereka ni.. yg paling penting tak nampak gemuk.. tapi sayep hanya mampu diam bila diberi tengok gambar yg telah di snap td. sebab sayep tahu dari mana arah sayep diambil gambar pun, sayep tetap nampak camtu.. tak kurang tapi mcam terlebih..











*motif ?? mungkin sbb terlampau banyak tgk video musik korea sejak akhir-akhir ni.. aiigoo..

Tuesday, July 26, 2011

The meaning behind the dirty canvas




I adore art
the twist stories make me feel different every time I see them

Perubahan

dalam kesunyian baru aku sedar
bahwa kita dua dah tak seperti dulu
sudah tidak lagi duduk berdua dan hanya borak
borak kosong..

masa mengubah kita
busy hanyalah perkataan yg tergapai untuk diberi alasan
but change is good, right..?
itu yang ditaip lalu dihantar kepadanya

ya, aku hanya pentingkan diri
aku hanya ingtkan ko bila aku sunyi,
bila aku susah.

lama aku tenung skrin handphone
teringin sgt nak kol tapi apa yg harus aku borakkan?
apa yang aku buat hanyalah menangis
lagu-lagu di mp3 seakan memahami
dan hanyalah penulisan ini aku dapat luahkan

kadang-kadang aku salahkan persekitaran kita
mungkin juga selalu..
dan mulalah fikir yg tak sepatutnya

aku hanya nak sampaikan bahwa aku sgt rindukan kau..

Monday, July 25, 2011

idaman ku..

dah ada umah baru nanti aku nak renovate umah tapi byk fokus kat dapur n bilik air ja...
aku akan pastikan dapur aku besar n segala kelengkapan mesti ada.. chopping board mesti kene ada lima dgan warna yg berlainan..
ijau - hanya untuk potong sayur mayur n bahan kering,
biru - untuk ikan dan segala makanan laut,
putih - untuk buah - buahan,
merah - untuk daging n poultry,
coklat - untuk potong roti, kek, tart.. ect..
oh tidak lupa juga pada pisau-pisau untuk membelah haruslah complete.. dari chef knife ke bread knife ke paring knife ke peeler knife...
then, aku nak suh org tu terus wat oven lekat kat dinding tu.. kalau boleh microwave pun sekali r.. kalau blender tu bleh lekat pun aku suh depa lekat gak.. senang keje tak payah da nak bawak kuar masuk mnde2 ni bila nak guna.. tapi taknak r guna food processor sbb guna lesung batu lagi sedap.. lepastu mestilah ada bar supaya boleh hang out ngn buddies sambil minum menggunakan gelas champage padahal isinya teh ja..


nak bar cmni!! except yg bahagian atas tu jgn rendah sgt..


kat kabinet bawah pulak byk compartment supaya senang aku nak letak pinggan mangkuk, sudu, sudip, kuali, ect..
oh aku ada nampak 1 dapur tu seblah tempat yg kita masak kat dapur tu die letak tampat grill..
n aku pun nak tempat grill tu supaya senang aku nak grill n mungkin juga boleh wat rancangan 'girl meets grill' pasni..


peti ais wajib besar sbb aku nak penuh kan bahan2 untuk masak nnti.. warna tema dapur pulak aku nak itam putih ja.. untuk tiles dinding mahupun lantai.. tak payah nak decorate bunga bagai sbb aku nak simple ja.. ada tempat untuk letak botol2 seperti minyak.. bekas-bekas tempat letak botol minyak ataupun rempah ratus haruslah yg berseni sikit.. lagi unik lagi bagus... oh aritu pi JJ then masuk bahagian dapur jumpa section bekas-bekas ni, mula la stand still sambil mata bersinar membayang kan bekas2 ni duk susun teratus kat dapur idaman.. hahaha -__-+..


oh oh sgt kemas susunan itu..



kire ruang dapur must be perfect! macam bila org dtg depa like ooommmaaiggaad nadia.. dapur ko lengkap.. senang nak masak...
tapi tak tau la pulak kalau depa pi ruang tamu cmne an.. sbbnye errrr anak dara sorunk ni lebih fokus masak dari kemas umah.. bangun tido je terus masak sampai tgh hari.. then abg balik keje bebel umah tak kemas.. teehehehe.. *gigit kuku*

untuk bilik air lak aku impikan yg modern style sambil boleh tenangkan gelora jiwa ini dan wajiblah besar bilik air tu.. aritu tgk HGTV pasai top 10 most fabulous bathroom then terus rasa perlu sebenarnya bilik air cmni sbb dlm bilik air la kita byk membelai tubuh kita~~~

lets pics do the talking kay...









persoalanyya skang boleh ke beli umah sendiri n duduk sendiri sebelum kawin??
errrrrr.......

Monday, June 20, 2011

the pop up book






sebenarnya da lama ada buku pop up book ni... tapi tak diambil perhatiankan.. hanya berehat diam-diam dalam almari putih.. hari ini baru terdetik balik nak tgk buku pop up ni.. then terpikir.. dari duk wat rutin harian yg sama ja tiap-tiap hari, baik lipat-lipat, gunting-gunting kad ni.. mungkin mendatangkan faedah hari berikutnya... mungkin juga di dalam pop up book tu aku wat cite harian aku....



tiba-tiba rasa tersangat jeles dgn rakan2 yg dah pun mulakan keje.. miss my bz life.. dan2. skang ni tgh jadi anak yang boleh jadi bakal menantu yang berjaya.. yang sedap memasak.. yang kemas umah.. mungkin akan datang boleh buat bisnes pop up kad yang berjaya!





dah expert boleh wat cmni..






buat banyak-banyak then bukak exhibition sendiri...hmmmm..